Daerah Muallim merupakan daerah ke-11 di negeri Perak diwartakan pada 1 Oktober 2015 setelah mendapat kelulusan kabinet pada 10 April 2015.
Daerah ini terletak di selatan negeri Perak berkeluasan 93,434.65 kilometer persegi dengan penduduk seramai 76,688 orang[5], meliputi mukim Hulu Bernam Barat, Hulu Bernam Timur dan Slim. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Tanjong Malim. Pihak berkuasa tempatan bagi daerah ini ialah Majlis Daerah Tanjong Malim.
Latar belakang
Daerah ini sebelumnya adalah sebahagian daripada daerah Batang Padang. Pada 11 Januari 2016, Daerah ini telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah baharu oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim. [6][7]
Etimologi
Asal nama daerah ini adalah daripada perkataan Bahasa Arab; muallim yang bermaksud orang yang arif dalam bidang agama. Pemilihan nama Muallim juga adalah ekoran daripada wujudnya Sultan Idris Training College (SITC) yang dibuka pada 29 November 1922 dan menjadi pusat pengajian tertinggi tempatan untuk orang Melayu sewaktu zaman pra-kemerdekaan Tanah Melayu dan melahirkan golongan pemikir Melayu yang mendorong nasionalisme bangsa dan perjuangan menuntut kemerdekaan.[7][8][9]
Geografi
Terletak di selatan negeri Perak, Daerah Muallim bersempadan dengan Daerah Batang Padang di utara, Daerah Bagan Datuk di barat, Daerah Raub, Pahang di timur dan Daerah Hulu Selangor, Selangor di selatan. Daerah ini dipisahkan dengan Pahang oleh Banjaran Titiwangsa dan dengan Selangor oleh Sungai Bernam.
Pecahan pentadbiran
Daerah ini terbahagi kepada tiga mukim, tiga bandar dan satu pekan;
Demografi
Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Muallim ialah seramai 76,688 orang dengan kepadatan penduduk 82 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, dengan jumlah 58,254 orang. Seramai 3,200 orang atau 4.2 peratus merupakan bukan warganegara.[10]
Pecahan etnik di daerah Muallim (2020)
Majoriti penduduk di daerah ini beragama Islam, diikuti agama Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Sejumlah penduduk juga tidak beragama.
Rujukan
Lihat juga
Pautan luar
|
---|
|
Topik | | |
---|
Masyarakat | |
---|
Pemerintahan | |
---|
Bahagian pentadbiran | |
---|
Tempat menarik | |
---|
Bahagian pilihan raya | |
---|
|