Daerah Julau

Julau
Map
Julau yang terletak di Malaysia Timur
Julau
Julau
Koordinat: 2°01′00″N 111°55′00″E / 2.016667°N 111.916667°E / 2.016667; 111.916667Koordinat: 2°01′00″N 111°55′00″E / 2.016667°N 111.916667°E / 2.016667; 111.916667
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Sarikei
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Maradong dan Julau
Pentadbiran
 • Pegawai daerahWee Teck Min
Keluasan
 • Jumlah1,703 km2 (658 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah15,333
 • Kepadatan9.0/km2 (23/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
96xxxx

Julau merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah pekan Julau.

Daerah ini dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 1,703 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai 15,333 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Iban.

Sejarah

Pada asalnya daerah Julau merupakan sebuah daerah kecil dalam daerah Kanowit yang berada di bawah pentadbiran Bahagian Sibu. Pada 1 April 1973, Julau telah dinaik taraf sebagai sebuah daerah penuh dan diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei, yang baru sahaja ditubuhkan pada tarikh yang sama.[1]

Pentadbiran

Daerah Julau terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Julau yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Sarikei. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Meradong dan Julau.

Politik

Daerah Julau diletakkan di bawah satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Meluan (N48) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Julau (P209).

Geografi

Daerah Julau terletak di tengah negeri Sarawak, dan di tenggara bahagian Sarikei. Daerah Julau bersempadan dengan daerah Sibu di utara, daerah Kanowit di timur, daerah Song di tenggara, daerah Lubok Antu di selatan, daerah Betong di barat daya dan daerah Pakan di barat.

Daerah Julau mempunyai keluasan kira-kira 1,703 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 881 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rata dan mendatar di bahagian selatan manakala di bahagian utara daerah ini merupakan kawasan tanah tinggi dan berbukit. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Sungai Kanowit dan Sungai Melurun.

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
198026,240—    
199128,104+7.1%
200031,723+12.9%
201015,449−51.3%
202015,333−0.8%
Sumber: [2]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Iban
  
94.1%
Cina
  
2.8%
Melayu
  
1.6%
Bumiputera lain
  
1.4%
Lain-lain
  
0.1%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Julau ialah seramai 15,333 orang dengan kepadatan penduduk sembilan orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 3,855 isi rumah dengan 5,487 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Julau merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan kedua terbesar diikuti penduduk berbangsa Melayu. Penduduk bukan warganegara hanya terdiri daripada 20 orang.[3][4]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 247
Bumiputera lain 14,635
Cina 412
India 2
Lain-lain 17
Bukan warganegara - 20
Jumlah 15,333

Agama

Agama di Julau - Banci 2020
Agama Peratusan
Kristian
  
92.4%
Tidak beragama
  
2.9%
Islam
  
2.2%
Buddha
  
1.3%
Lain-lain
  
1.3%

Di daerah Julau, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 92 peratus diikuti agama Islam sebanyak lebih dua peratus. Namun penduduk yang tidak beragama membentuk kelompok kedua terbesar dengan peratusan tiga peratus daripada jumlah penduduk. Penduduk beragama Buddha dan lain-lain membentuk kumpulan minoriti.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Kristian 14,164
Tidak beragama 437
Islam 343
Lain-lain 196
Buddha 193
Jumlah 15,333

Rujukan

  1. ^ "Pengenalan Pejabat Daerah Julau". sarikei.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-09.
  2. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  3. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  4. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!