Daerah Saratok

Saratok
Transkripsi lain
 • Jawiسراتوق
Map
Saratok yang terletak di Malaysia Timur
Saratok
Saratok
Koordinat: 1°44′30″N 111°19′45″E / 1.74167°N 111.32917°E / 1.74167; 111.32917Koordinat: 1°44′30″N 111°19′45″E / 1.74167°N 111.32917°E / 1.74167; 111.32917
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Betong
Pusat pentadbiranSaratok
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Saratok
Keluasan
 • Jumlah887 km2 (342 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah23,105
 • Kepadatan26/km2 (67/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
95xxx
Laman sesawangbetong.sarawak.gov.my

Daerah Saratok ialah sebuah daerah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang dimana turut merangkumi Pusa, Spaoh, Debak, Maludam, Roban, Kabong, Betong dan Budu.[3] Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Saratok. Terdapat sebuah daerah kecil yang dibawah Daerah Saratok iaitu Daerah Kecil Budu. Ia memiliki keluasan sebanyak 887 kilometer persegi yang juga merupakan daerah ketiga terbesar dalam Bahagian Betong.[4]

Sejarah

Pejabat Daerah Saratok telah beroperasi sejak tahun 1888.[5] Daerah Saratok dahulunya dinamakan sebagai Kalaka, bersempena dengan nama Sungai Kalaka yang mengalir di daerah ini. Pada 26 Mac 2002, iaitu sewaktu pembentukan Bahagian Betong, daerah Kalaka kemudiannya ditukar nama kepada Saratok, bersempena dengan nama pekan pentadbiran daerah ini.[6]

Pentadbiran daerah Saratok pada mulanya turut merangkumi Kabong dan Roban, di mana kedua-duanya menjadi daerah kecil di bawah pentadbirannya. Pada tahun 2015, Kabong dan Roban dipisahkan daripada daerah Saratok, setelah daerah Kabong diwujudkan.

Pentadbiran

Daerah Saratok secara keseluruhannya berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Saratok yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Betong. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Saratok. Terdapat sebuah daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah Saratok, iaitu Budu.

Politik

Daerah Saratok diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kalaka (N38) dan Krian (N39) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Saratok (P205).

Geografi

Daerah Saratok terletak di barat negeri Sarawak, dan di timur bahagian Betong. Daerah Saratok bersempadan dengan daerah Sarikei di utara, daerah Pakan di timur, daerah Betong di selatan, daerah Pusa di barat daya dan daerah Kabong di barat.

Daerah Saratok mempunyai keluasan kira-kira 887 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi yang mencecah 380 meter. Bentuk muka bumi daerah boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian barat daerah yang merupakan kawasan rendah, rata dan mendatar, manakala bahagian timur daerah merupakan kawasan yang berbukit dan tinggi. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Sungai Krian.

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
197029,994—    
198033,956+13.2%
199137,939+11.7%
200021,899−42.3%
201025,920+18.4%
202023,105−10.9%
Data tahun 1970–1991 termasuk Kabong dan Roban.
Sumber: [7]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Iban
  
61.0%
Melayu
  
30.4%
Cina
  
7.3%
Lain-lain
  
1.3%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Saratok ialah seramai 23,105 orang dengan kepadatan penduduk 26 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 5,478 isi rumah dengan 7,594 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Saratok merupakan masyarakat Bumiputera Sarawak, dengan sebahagian besarnya berbangsa Iban dan Melayu. Masyarakat Cina merupakan kelompok bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 243 orang.[8][9]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[8]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 6,206
Bumiputera lain 15,449
Cina 1,178
India 6
Lain-lain 23
Bukan warganegara - 243
Jumlah 23,105

Agama

Agama di Saratok - Banci 2020
Agama Peratusan
Kristian
  
65.2%
Islam
  
29.3%
Buddha
  
4.8%
Tidak beragama
  
0.5%
Lain-lain
  
0.2%

Di daerah Saratok, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 65 peratus diikuti agama Islam sebanyak lebih 29 peratus. Penduduk beragama Buddha membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan lebih empat peratus dari jumlah penduduk. Terdapat juga penganut agama lain seperti Hindu serta tidak beragama yang membentuk kumpulan minoriti dengan peratusan kira-kira satu peratus.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Kristian 15,065
Islam 6,771
Buddha 1,115
Hindu 3
Lain-lain 40
Tidak beragama 111
Jumlah 23,105

Rujukan

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  3. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  4. ^ "Peta Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
  5. ^ "Sejarah Daerah Saratok - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-20.
  6. ^ "Sejarah Daerah Betong - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-20.
  7. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  8. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  9. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!