Daerah Dalat

Dalat
دالت
Pemandangan udara sekitar Dalat
Pemandangan udara sekitar Dalat
Cogan kata: Berakar Rumbia, Berinti Budaya[1]
Dalat دالت yang terletak di Borneo
Dalat دالت
Dalat
دالت
Koordinat: 2°44′20″N 111°56′19″E / 2.73889°N 111.93861°E / 2.73889; 111.93861
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianSarawak Mukah
Pusat pentadbiranDalat
PBTMajlis Daerah Dalat dan Mukah
Pentadbiran
 • Pegawai daerahKueh Lei Poh
Keluasan
 • Jumlah905.29 km2 (349.53 batu persegi)
Aras
40 m (130 ft)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah21,147
 • Kepadatan23/km2 (61/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
96300
Daerah kecilOya
PekanDalat, Oya dan Sungai Kut

Dalat ialah sebuah daerah yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Mukah, wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini meliputi kawasan dari Kampung Penat ke Oya dan dari muara Sungai Kut ke Ulu Baoh.[2] Daerah ini memiliki keluasan sebanyak 905.29 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 21,147 orang pada tahun 2020. Daerah ini juga mempunyai satu daerah kecil, iaitu Oya.

Waktu piawai yang digunakan di Daerah Dalat ialah Waktu Piawai Malaysia dengan lapan jam lebih awal dari Waktu Universal Selaras (UTC). Iklim di kawasan ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[3] Purata suhu 23°C. Bulan yang paling panas pada bulan Oktober, 24°C dan Januari yang paling sejuk, 21°C.[4] Purata hujan adalah 4,359 milimeter per tahun.[5]

Sejarah

Pada 2 April 1974, Dalat telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah penuh, dengan bandar Dalat sebagai pusat pentadbiran daerah. Daerah ini berada di bawah Bahagian Sibu dari tahun 1974 hingga 28 Februari 2002 dan merangkumi Oya, Dalat Proper, Nanga Baoh, Nanga Tamin, Stapang, Skim Sekuau dan Nanga Pakoh. Daerah ini pada ketika itu mempunyai empat bandar kecil, 23 kampung dan 115 rumah panjang.

Pada 1 Mac 2002, setelah Mukah telah diisytihar sebagai Bahagian ke-10 di Sarawak, daerah ini telah diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Mukah. Kawasan daerah Dalat meliputi Kampung Penat ke Oya, dan dari muara Sungai Kut ke Ulu Baoh. Pada ketika itu terdapat tiga bandar kecil, 23 kampung dan 22 rumah panjang di daerah ini.[2]

Pentadbiran

Peta daerah

Daerah Dalat terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Dalat yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Mukah. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Dalat dan Mukah. Terdapat 16 kampung dan 22 rumah panjang berada di bawah pentadbiran daerah ini.[6]

Daerah Dalat turut mempunyai satu daerah kecil, iaitu Oya yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Oya. Daerah Kecil Oya mempunyai sembilan kampung.[6]

Geografi

Daerah Dalat terletak di tengah negeri Sarawak, juga di tengah bahagian Mukah. Daerah Dalat bersempadan dengan daerah Mukah di timur, daerah Selangau di selatan, daerah Matu di barat dan Laut China Selatan di utara.

Daerah Dalat mempunyai keluasan kira-kira 905 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 83 meter. Bentuk muka bumi daerah ini keseluruhannya merupakan kawasan rata dan mendatar namun terdapat sedikit kawasan berbukit di hujung tenggara daerah. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Oya, yang mengalir di tengah daerah ini.

Kawasan penempatan penduduk kebanyakannya tertumpu di kawasan pinggir pantai berdekatan Oya, dan di sepanjang kawasan tebing sungai Batang Oya hingga ke pekan Dalat di bahagian tengah daerah.

Iklim

Daerah Dalat ialah kawasan beriklim khatulistiwa (Af).

Carta iklim untuk Dalat
JFMAMJJOSOND
 
 
470
 
23
19
 
 
463
 
25
21
 
 
368
 
26
21
 
 
312
 
26
23
 
 
272
 
25
22
 
 
187
 
25
22
 
 
243
 
25
21
 
 
362
 
26
22
 
 
295
 
25
20
 
 
323
 
27
22
 
 
480
 
25
22
 
 
583
 
23
21
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: NASA[4]
Penukaran imperial
JFMAMJJOSOND
 
 
19
 
73
66
 
 
18
 
77
70
 
 
14
 
79
70
 
 
12
 
79
73
 
 
11
 
77
72
 
 
7.4
 
77
72
 
 
9.6
 
77
70
 
 
14
 
79
72
 
 
12
 
77
68
 
 
13
 
81
72
 
 
19
 
77
72
 
 
23
 
73
70
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
197038,712—    
198054,800+41.6%
199186,132+57.2%
2000139,012+61.4%
2010183,402+31.9%
2020178,646−2.6%
Sumber: [7]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Melanau
  
78.2%
Iban
  
8.9%
Cina
  
6.8%
Bumiputera lain
  
3.4%
Melayu
  
2.5%
Lain-lain
  
0.1%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Dalat ialah seramai 21,147 orang dengan kepadatan penduduk 23 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 5,551 isi rumah dengan 5,901 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Dalat merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Melanau. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan kedua terbesar diikuti penduduk berbangsa Melayu. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 2,819 orang.[8][9]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[8]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 688
Bumiputera lain 16,494
Cina 1,130
India 4
Lain-lain 12
Bukan warganegara - 2,819
Jumlah 21,147

Bahasa

Majoriti penduduk di daerah Dalat menggunakan bahasa Melanau dalam kehidupan seharian mereka, terutamanya dalam kalangan masyarakat Melanau. Terdapat sedikit perbezaan dialek mengikut setiap kawasan yang berlainan. Bahasa lain seperti Bahasa Melayu (terutamanya dialek Sarawak), Bahasa Iban, Mandarin, Hokkien dan Bahasa Inggeris turut digunakan.

Agama

Agama di Dalat - Banci 2020
Agama Peratusan
Islam
  
58.5%
Kristian
  
31.9%
Tiada agama
  
7.1%
Buddha
  
2.5%
Lain-lain
  
0.1%

Di daerah Dalat, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 59 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 32 peratus. Sebanyak hampir tujuh peratus penduduk tidak beragama manakala hampir tiga peratus penduduk beragama Buddha. Penduduk beragama Hindu dan lain-lain membentuk kumpulan minoriti.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Islam 12,363
Kristian 6,745
Tidak beragama 1,494
Buddha 520
Lain-lain 23
Hindu 2
Jumlah 21,147

Ekonomi

Hasil pertanian utama daerah ini adalah tepung sagu. 28.765 hektar (71.1 ekar) tanah pertanian digunakan untuk perkebunan sagu. Empat kilang tepung sagu di daerah ini mampu menghasilkan 75 tan tepung sagu setiap hari.[10]

Pendidikan

Terdapat dua sekolah menengah di daerah ini iaitu SMK Dalat (ditubuhkan pada tahun 1977) dan SMK Oya (ditubuhkan pada tahun 2004). Terdapat 25 sekolah rendah kebangsaan yang berada di bawah bidang kuasa daerah.[11]

Rujukan

  1. ^ "Dalat waiting to be explored by culture, history buffs". The Borneo Post. Dicapai pada 2 August 2013.
  2. ^ a b c "Visi, Misi dan Latar Belakang". Pejabat Daerah Dalat. Dicapai pada 28 January 2011.
  3. ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification". Hydrology and Earth System Sciences. 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  4. ^ a b "NASA Earth Observations Data Set Index". NASA. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  5. ^ "NASA Earth Observations: Rainfall (1 month - TRMM)". NASA/Tropical Rainfall Monitoring Mission. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  6. ^ a b "Sejarah Pentadbiran Daerah Dalat - Portal Web Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah". mukah.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-05.
  7. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  8. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  9. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  10. ^ "Mukah: Dari Taman Rumbia ke Kota Bestar". Pejabat Residen Mukah. Dicapai pada 12 September 2014.
  11. ^ "Daerah Dalat". Federation of Malaysian Consumers Associations. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2016. Dicapai pada 7 Jun 2016.

Pautan luar

Read other articles:

Si ce bandeau n'est plus pertinent, retirez-le. Cliquez ici pour en savoir plus. Cet article ne cite pas suffisamment ses sources (mars 2015). Si vous disposez d'ouvrages ou d'articles de référence ou si vous connaissez des sites web de qualité traitant du thème abordé ici, merci de compléter l'article en donnant les références utiles à sa vérifiabilité et en les liant à la section « Notes et références » En pratique : Quelles sources sont attendues ? Comme...

 

Чемпіонат Боснії і Герцеговини з футболу 2012—2013 Подробиці Дата проведення 4 серпня 2012 — 26 травня 2013 Кількість учасників 16 Призові місця  Чемпіон Желєзнічар (6-й раз) Віцечемпіон Сараєво Третє місце Борац Путівки в континентальні кубки Ліга чемпіонів Желєзнічар Ліг

 

Ксенія ДесніXenia Desni Ім'я при народженні Ксенія Олександрівна ДесницькаДата народження 19 січня 1894(1894-01-19)Місце народження Остер (Київ), УкраїнаДата смерті 27 червня 1954(1954-06-27) (60 років)Місце смерті  ФранціяГромадянство  Російська імперіяПрофесія акторкаКар'єра 1921–1929IMDb ...

Ministério do Ambiente e do Ordenamento do Território Organização Natureza jurídica Ministério Atribuições Gestão dos assuntos respeitantes ao Ambiente, Ordenamento do Território e Energia Dependência Governo de Portugal Localização Jurisdição territorial  Portugal Sede Rua de O Século, Lisboa Histórico Antecessor Ministério do AmbienteMinistério das Cidades, Ordenamento do Território e AmbienteMinistério do Ambiente, do Ordenamento do Território e do Desenvolviment...

 

Former fish market in Tokyo, Japan Tsukiji as seen from Shiodome, 2018 Tsukiji Market (築地市場, Tsukiji shijō) is a major tourist attraction for both domestic and overseas visitors in Tokyo.[1] The area contains retail markets, restaurants, and associated restaurant supply stores. Before 2018, it was the largest wholesale fish and seafood market in the world.[2] The market opened on 11 February 1935 as a replacement for an older market that was destroyed in the 1923 Grea...

 

2021 film by Appu N. Bhattathiri NizhalTheatrical release posterDirected byAppu N. BhattathiriScreenplay byS. SanjeevProduced byAnto JosephAbhijith M. PillaiBadushaFellini T. P.Ginesh JoseStarringKunchacko BobanNayantharaCinematographyDeepak D. MenonEdited byAppu N. BhattathiriArunlal S. P.Music bySooraj S. KurupProductioncompaniesAnto Joseph Film CompanyMelange Film HouseTentpole MoviesDistributed byAan Mega MediaRelease date 9 April 2021 (2021-04-09) Running time124 minutesCo...

Długość 20 km Kraje związkowe Dolna Saksonia Mapa Przebieg trasy Legenda w użyciu   projekt, budowa, konieczność modernizacji węzeł drogowy typu WA węzeł drogowy typu WB skrzyżowanie rondo przejście granicznepunkt poboru opłat (PPO) stacja poboru opłat (SPO) most / wiadukt / estakada prom rzeka – brak przeprawy przejazd kolejowo-drogowy tunel parking z bufetem stacja paliw restauracja hotel / motel lub inne miejsce noclegowe drogowy odcinek lotniskowy roboty budowlane za...

 

FIS Alpine World Ski Championships 1978Host cityGarmisch-Partenkirchen,Bavaria, West GermanyEvents6Opening28 January 1978Closing5 February 1978Opened byWilli RitschardMain venueGarmisch Classic,Gudiberg (slalom)← Saint Moritz 1974Schladming 1982 → Garmischclass=notpageimage| Location in the Alps of Europe Garmischclass=notpageimage| Location in southern Germany The FIS Alpine World Ski Championships 1978 were held in Garmisch-Partenkirchen, Bavaria, West Germany, between...

 

Military Enigma machine, model Enigma I, used during the late 1930s and during the war; displayed at Museo scienza e tecnologia Milano, Italy German Army cryptographic systems of World War II were based on the use of three types of cryptographic machines that were used to encrypt communications between units at the division level. These were the Enigma machine,[1] the teleprinter cipher attachment (Lorenz cipher),[2] and the cipher teleprinter the Siemens and Halske T52,[3...

هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (يوليو 2019) كلوز بيتر فلور   معلومات شخصية الميلاد 16 مارس 1953 (70 سنة)[1]  لايبزيغ  مواطنة ألمانيا  الحياة العملية المهنة قائد أوركسترا،  وموسيقي  اللغات ...

 

Gemaal Tilburg Het gemaal Tilburg is gelegen in het Wetsingermaar waar deze de weg van Sauwerd naar Winsum kruist. Het gemaal en de naastgelegen (kano)schutsluis zijn gebouwd in 2002 om de relatieve waterspiegelstijging als gevolg van de bodemdaling door de winning van aardgas te compenseren. De maximale maalcapaciteit bedraagt 90 m³ per minuut. Het gemaal werd ontworpen door Olga Architecten. Bij de aanlegwerkzaamheden voor het gemaal werd in oktober 2000 een neolithische nederzetting aange...

 

Indian neurologist, health activist, researcher This article is an orphan, as no other articles link to it. Please introduce links to this page from related articles; try the Find link tool for suggestions. (January 2023) Bindu MenonBorn1970 (age 52–53)Andhra Pradesh, IndiaNationalityIndianEducationMBBS, MD (Medicine), DM (Neuro), DNB (Neuro)Alma materGandhi Medical College, Bhopal Gajara Raja Medical CollegeBombay Hospital Institute of Medical SciencesUniversity College Londo...

British record producer For the footballer, see Jake Gosling (footballer). Jake GoslingOriginSurrey, UKGenresPopacoustichip hopgrimedanceOccupation(s)Music producersongwritermusic publishermusic managementWebsitethemovement.uk.comMusical artist Jake Gosling is an English music producer,[1] songwriter, remixer, manager, and publisher best known for his work with artists such as Ed Sheeran, Lady Gaga, The Libertines, James Bay, Shawn Mendes, All Time Low, One Direction, Major Lazer, Chr...

 

Human settlement in EnglandWhalleySt. Mary and All Saints Church, WhalleyWhalleyShown within Ribble ValleyShow map of the Borough of Ribble ValleyWhalleyLocation within LancashireShow map of LancashirePopulation3,629 (Parish 2011)[1]OS grid referenceSD735365Civil parishWhalleyDistrictRibble ValleyShire countyLancashireRegionNorth WestCountryEnglandSovereign stateUnited KingdomPost townCLITHEROEPostcode districtBB7Dialling code01254PoliceLancashireFir...

 

Fictional character from The Simpsons franchise Fictional character Barney GumbleThe Simpsons characterFirst appearanceSimpsons Roasting on an Open FireDecember 17, 1989Created byMatt GroeningBased onBarney RubbleDesigned byDan HaskettVoiced byDan CastellanetaIn-universe informationFull nameBarnard Arnold GumbleGenderMaleOccupationBarney's Bowl-A-Rama (ex-owner) helicopter pilot, snowplow driver, astronaut, military service (unknown occupation and branch served in)FamilyArnie Gumble (deceased...

Class of British rigid airships within the Royal Naval Air Service during WWI R33-class R34 landing at Mineola, New York in 1919 Role Patrol airshipType of aircraft National origin United Kingdom Manufacturer Armstrong Whitworth (R33)Beardmore (R34) First flight 6 March 1919 Primary user Royal Naval Air Service (to 1918)Royal Air Force (1918 onwards) Number built 2 Developed from R31 class airship Developed into R36 The R.33 class of British rigid airships were built for the Royal Naval ...

 

Mystic Ballet – Mystic Dark Room Theatre at 325 Mistuxet Ave. Stonington CT. Mystic Ballet is a modern dance company based in Mystic, Connecticut, founded in 1997 by Goran Subotic. History Mystic Ballet began in 1997 as a small group of students. In the years since then, the company has engaged close to 450 affiliates, including 185 performing artists from close to 40 different countries.[citation needed] With support from the National Endowment of the Arts, Connecticut Office of th...

 

Mountainous area of Iraqi Kurdistan near the Iraq-Iran border Qandil MountainsقەندیلÇiyakanî QendîlHighest pointElevation3,587 m (11,768 ft)Coordinates36°32′28″N 44°59′46″E / 36.54111°N 44.99611°E / 36.54111; 44.99611GeographyQandil MountainsArbil, Iraq (near Iraq–Iran border) Parent rangeZagros The Qandil Mountains (Kurdish: چیای قەندیل Çiyayên Qendîl), are a mountainous area of Kurdistan Region near the Iraq-Iran bor...

Elections in Maine Federal offices U.S. President 1820 1824 1828 1832 1836 1840 1844 1848 1852 1856 1860 1864 1868 1872 1876 1880 1884 1888 1892 1896 1900 1904 1908 1912 1916 1920 1924 1928 1932 1936 1940 1944 1948 1952 1956 1960 1964 1968 1972 1976 1980 1984 1988 1992 1996 2000 Dem 2004 Dem 2008 Dem Rep 2012 Rep 2016 Dem Rep 2020 Dem Rep 2024 Dem Rep U.S. Senate 1820 1821 1823 1823 1827 1829 sp 1835 1835 sp 1837 sp 1839 1840 1843 sp 1846 1848 sp 1851 1854 sp 1857 1857 sp 1859 1861 sp 1863 18...

 

Hong Kong TV series or program The Hippocratic Crush IIPromo posterAlso known asOn Call 36 Hours IIOn Call 36小時IIGenreMedical dramaCreated byHong Kong Television Broadcasts LimitedWritten byShin Shu Mui 冼淑梅Lee Hui Yee 李慧儀Wong Siu Ching 黃秀清Lau Chee Heng 劉芷恒Leong Kin Bong 梁建邦Wong Bin Yee 黃秉怡Chum Kin Wai 譚劍偉Yu Kar Kun 余家冠StarringLawrence NgKenneth MaTavia YeungMandy WongHim LawTracy ChuEliza SamLouisa SoBenjamin YuenJerry KuCrystal LiDerek...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!