Daerah Kabong

Kabong
كابوڠ
Kabong كابوڠ yang terletak di Malaysia Timur
Kabong كابوڠ
Kabong
كابوڠ
Koordinat: 1°48′03″N 111°07′16″E / 1.8009°N 111.1211°E / 1.8009; 111.1211Koordinat: 1°48′03″N 111°07′16″E / 1.8009°N 111.1211°E / 1.8009; 111.1211
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Betong
PBTMajlis Daerah Saratok
Pentadbiran
 • Pegawai daerahMohamad Rashdan Hazemi
Keluasan
 • Jumlah799 km2 (308 batu persegi)
Aras
5 m (16 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah18,404
 • Kepadatan23/km2 (60/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
95xxx

Kabong ialah sebuah daerah di wilayah Sarawak, Malaysia.[1][2] Daerah ini adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang merangkumi Betong, Saratok, Pusa, Kabong, Spaoh, Debak, Roban, Maludam dan Budu.[3] Majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini merupakan masyarakat beretnik Melayu.[4]

Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Pekan Kabong. Daerah Kabong mempunyai keluasan kira-kira 799 kilometer persegi (79,900.0 he) yang juga merupakan daerah ketiga terbesar dalam Bahagian Betong.[5] Terdapat satu daerah kecil yang dibawah daerah Betong iaitu Daerah Kecil Roban.[3]

Sejarah

Sebelum Kabong dinaik taraf ke sebuah daerah penuh, ia merupakan salah satu daerah kecil yang dibawah pentadbiran Daerah Saratok yang mempunyai keluasan kira-kira 398.14 kilometer persegi (153.7 bt2).[6] Pada era pemerintahan Ketua Menteri Sarawak kelima iaitu Adenan Satem, Daerah Kecil Kabong telah dinaiktaraf kepada daerah penuh dan berpisah sepenuhnya daripada Daerah Saratok.[7]

Pentadbiran

Daerah Kabong secara keseluruhannya berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kabong yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Betong. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Saratok. Petempatan di Daerah Kabong mempunyai 26 buah rumah panjang Iban dan 27 buah perkampungan Melayu.[8] Kesemua kampung dan rumah panjang di daerah ini dipimpin oleh seorang ketua kaum (ketua kampung; tuai rumah) yang menjadi wakil kepada kerajaan. Daerah Kabong dipimpin oleh seorang pegawai daerah; pemegang jawatan terkini ialah Mohd. Rashdan Bin Haji Hazemi.[9]

Politik

Dari segi politik, Daerah Kabong mempunyai kawasan pilihan raya negeri tersendiri yang diberi nama yang sama, Kabong yang berada dibawah Parlimen Saratok. ADUN Kabong ialah Mohd Chee Kadir.[10]

Geografi

Daerah Kabong terletak di barat negeri Sarawak, dan di utara bahagian Betong. Daerah Kabong bersempadan dengan daerah Sarikei di utara, daerah Saratok di timur, daerah Pusa di selatan dan Laut China Selatan di barat.

Daerah Kabong mempunyai keluasan kira-kira 799 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 188 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rendah dan rata kerana lokasinya yang berada di kawasan pesisir pantai. Namun beberapa kawasan di timur daerah ini merupakan kawasan yang sedikit berbukit.

Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Sungai Krian, Sungai Seblak, Sungai Limut dan Sungai Nyabor.

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
201019,095—    
202018,404−3.6%
Sumber: [11][12]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Melayu
  
53.2%
Iban
  
41.0%
Cina
  
4.6%
Bumiputera lain
  
1.0%
Lain-lain
  
0.2%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kabong ialah seramai 18,404 orang dengan kepadatan penduduk 23 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 4,234 isi rumah dengan 5,521 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Kabong merupakan masyarakat berbangsa Melayu. Kelompok Bumiputera selain Melayu merupakan kumpulan kedua terbesar di daerah ini, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 111 orang.[13][14]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[13]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 9,052
Bumiputera lain 8,421
Cina 800
Lain-lain 20
Bukan warganegara - 111
Jumlah 18,404

Agama

Agama di Kabong - Banci 2020
Agama Peratusan
Islam
  
50.8%
Kristian
  
42.2%
Tidak beragama
  
3.5%
Buddha
  
3.1%
Lain-lain
  
0.4%

Di daerah Kabong, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 50 peratus dari jumlah penduduk di daerah ini diikuti agama Kristian sebanyak lebih 42 peratus. Penduduk yang tidak beragama membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan hampir empat peratus daripada jumlah penduduk. Penduduk beragama Buddha pula mencatatkan peratusan tiga peratus manakala agama lain-lain membentuk kumpulan minoriti.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Islam 9,344
Kristian 7,764
Tidak beragama 646
Buddha 577
Lain-lain 72
Hindu 1
Jumlah 18,404

Rujukan

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  3. ^ a b M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  4. ^ "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  5. ^ "Peta Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
  6. ^ "Latar Belakang Daerah Saratok". Majlis Daerah Saratok. 2012-03-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2012. Dicapai pada 27 Disember 2014.
  7. ^ Annuar Kapok (13 Januari 2017). "Dua tinggalan Tok Nan catat sejarah buat Kabong". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-13. Dicapai pada 20 November 2020.
  8. ^ "Daerah Kecil Kabong". sarawak.com.my. Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-06. Dicapai pada 12 Julai 2005.
  9. ^ "Direktori Staf | Pejabat Daerah Kabong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2021.
  10. ^ Adibasuf (23 Januari 2020). "Mohd Chee Kadir Terus Aktif Majukan Kawasan di DUN Kabong". sarawaknewsnetwork.com. Sarawak News Network (SNN). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2021.
  11. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  12. ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 December 2017.
  13. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  14. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.

Pautan luar

Read other articles:

Artikel ini membutuhkan rujukan tambahan agar kualitasnya dapat dipastikan. Mohon bantu kami mengembangkan artikel ini dengan cara menambahkan rujukan ke sumber tepercaya. Pernyataan tak bersumber bisa saja dipertentangkan dan dihapus.Cari sumber: Kernel ilmu komputer – berita · surat kabar · buku · cendekiawan · JSTOR (Januari 2023) Kernel menghubungkan perangkat lunak aplikasi dengan perangkat keras komputer. Kernel merupakan program komputer ya...

 

ميرزا فاريشانوفيتش معلومات شخصية الميلاد 31 مايو 1972 (العمر 51 سنة)سراييفو الطول 1.86 م (6 قدم 1 بوصة) مركز اللعب مدافع الجنسية البوسنة والهرسك  أبناء ماك فارشانوفيتش  مسيرة الشباب سنوات فريق 0000–1991 ساراييفو المسيرة الاحترافية1 سنوات فريق م. (هـ.) 1991–1995 ساراييفو 14 (1) 1995

 

تحتاج هذه المقالة كاملةً أو أجزاءً منها لإعادة الكتابة حسبَ أسلوب ويكيبيديا. فضلًا، ساهم بإعادة كتابتها لتتوافق معه. جزء من سلسلة مقالات حولالإسلام العقيدة الإيمان توحيد الله الإيمان بالملائكة الإيمان بالكتب السماوية الإيمان بالرسل والأنبياء الإيمان باليوم الآخر الإيم...

Wim Van Besien Wim Van Besien (Brugge, 4 mei 1956) is een Belgisch entertainer en ondernemer, die vooral in de toeristische- en de evenementensector actief was. Biografie Van Besien doorliep het Sint-Lodewijkscollege te Brugge waar hij zijn liefde ontwikkelde voor zang en muziek bij 'Ons Dorado', een aan deze school verbonden jeugdensemble dat ook daarbuiten bekend was. Hij volgde opleidingen aan de muziekschool, en bekwaamde zich in voordracht, dictie en toneel. Tevens was hij actief in scou...

 

هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (أكتوبر 2019) كارل قسطنطين كوساك (بالإنجليزية: Carl Constantine Kosak)‏  معلومات شخصية الميلاد 24 يوليو 1934[1]  ماكيز روكس  [لغات أخرى]‏  الوفاة 23 مارس 2023 (88 سنة) [2&#...

 

Malke kan verwijzen naar: Carl Malke (1874–1947), een Duits politicus Flavianus Michael Malke (1858–1915), een Aramees prelaat Gary D., pseudoniem van Gerald Malke (1963–2016), een Duits trance- en techno-dj Horst Malke (1937), een Duits moleculair geneticus Bekijk alle artikelen waarvan de titel begint met Malke of met Malke in de titel. Dit is een doorverwijspagina, bedoeld om de verschillen in betekenis of gebruik van Malke inzichtelijk te maken. Op deze pagi...

Script variety of Arabic calligraphy Calligraphic panel with prayer in thuluth, which reads: the grasping of God brings the knowledge of His comfort. The later inscription attributed this work to Alaeddin Tabrizi. Library of Congress.Part of a series onIslamic culture Architecture Azerbaijani Indo-Islamic Indonesian Moorish Ottoman Persian Somali Sudano-Sahelian Tatar Swahili Yemeni Art Arabian carpet Azerbaijani carpet Batik Calligraphy Damask Embroidery Ikat Iznik pottery Khatam Kilim Minia...

 

Джоджик Ярослав Іванович Народився 9 січня 1960(1960-01-09) (63 роки)Тернопіль, Українська РСР, СРСРГромадянство  УкраїнаНаціональність УкраїнецьМісце проживання ТернопільДіяльність підприємецьAlma mater Фізичний факультет Львівського національного університету імені Івана Фр

 

Cuban baseball player and manager For the actor, see Tony Perez (actor). For the boxing referee, see Tony Perez (referee). Baseball player Tony PérezPérez with the Cincinnati Reds, c. 1976First baseman / Third baseman / ManagerBorn: (1942-05-14) May 14, 1942 (age 81)Ciego de Ávila, CubaBatted: RightThrew: RightMLB debutJuly 26, 1964, for the Cincinnati RedsLast MLB appearanceOctober 5, 1986, for the Cincinnati RedsMLB statisticsBatting average.279Hi...

Voivodato de Ahtum. Ahtum,[1]​[2]​ también Achtum[3]​ o Ajtony[4]​[5]​ (en búlgaro: Охтум, húngaro: Ajtony, rumano: Ahtum, serbio: Ахтум), fue un gobernante local (vaivoda,[1]​ «rey»,,[6]​ «príncipe»[4]​ o caudillo tribal[6]​[7]​) en el moderno Banato (ahora dividido entre Rumania y Serbia) en las primeras décadas del siglo XI.[6]​ El rey san Esteban I de Hungría (1000/1001-1038) envió a Csanád, uno de los...

 

Museum in Baku, Azerbaijan Azerbaijan State Museum of Musical CultureAzərbacan Musiqi Mədəniyyət Dövlət MuzeyiEstablished1967 (1967)LocationAzerbaijan, Baku, Neftchilar Avenue, 49Coordinates40°21′59″N 49°49′58″E / 40.3665237°N 49.8326589°E / 40.3665237; 49.8326589Collection sizemore than 20 000 itemsWebsiteMuseum website The Azerbaijan State Museum of Musical Culture (Azerbaijani: Azərbacan Musiqi Mədəniyyət Dövlət Muzeyi) was opened in 196...

 

Curry dish made with meat and potatoes Aloo goshtA plate of Aloo goshtTypeCurryCourseMain courseRegion or stateSouth AsiaAssociated cuisinePakistani IndianMain ingredientsMeat and potato Saloonay chawal (brown rice) served with Aloo gosht Aloo gosht (Urdu: آلو گوشت, Hindi: आलू गोश्त, Bengali: আলু গোশ্ত, romanized: Alu göshto, Assamese: আলু গোছ, romanized: Alu güs) is a meat curry, and is a popular dish in North Indian, Pakistani, ...

Ground-launched missile designed to attack aerial targets A pair of S-300 missiles being launched A surface-to-air missile (SAM), also known as a ground-to-air missile (GTAM) or surface-to-air guided weapon (SAGW), is a missile designed to be launched from the ground to destroy aircraft or other missiles. It is one type of anti-aircraft system; in modern armed forces, missiles have replaced most other forms of dedicated anti-aircraft weapons, with anti-aircraft guns pushed into specialized ro...

 

Speaker of the Maryland House of DelegatesSeal of MarylandIncumbentAdrienne A. Jonessince May 1, 2019StyleThe Honorable (diplomatic)Madam Speaker (within the assembly)Inaugural holderThomas Wootton1777FormationMaryland State ConstitutionWebsiteMaryland House of Delegates The Speaker of the Maryland House of Delegates presides as speaker over the House of Delegates in the state of Maryland in the United States. List of speakers Order Name District Session(s) 1 Thomas Wootton[1] Mo...

 

Funai Domain府内藩Domain of Japan1601–1871CapitalFunai CastleHistory • TypeDaimyō Historical eraEdo period• Established 1601• Disestablished 1871 Today part ofOita Prefecture Bridge at Funai Castle, seat of the Funai Domain Funai Domain (府内藩, Funai-han) was a Japanese domain of the Edo period. It is associated with Bungo Province in present-day Ōita Prefecture on the island of Kyushu. In the han system, Funai was a political and economic abstraction base...

American geologist and botanist William Tufts Brigham William Tufts Brigham (1841–1926) was an American geologist, botanist, ethnologist and the first director of the Bernice P. Bishop Museum in Honolulu.[1] Biography William Tufts Brigham was born on May 24, 1841. After finishing the Boston Latin School he attended the Harvard University and graduated with the degree Master of Arts in 1862. In 1864 he studied Botany and from 1864 and 1865 he accompanied botanist Horace Mann Jr....

 

Russian singer and songwriter (born 1994) You can help expand this article with text translated from the corresponding article in Russian. (May 2023) Click [show] for important translation instructions. View a machine-translated version of the Russian article. Machine translation, like DeepL or Google Translate, is a useful starting point for translations, but translators must revise errors as necessary and confirm that the translation is accurate, rather than simply copy-pasting machine...

 

Various musical traditions found across the vast region of Melanesia This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Music of Melanesia – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (August 2015) (Learn how and when to remove this template message) Music of Melanesia Maluku New Caledonia Papua Papua New Guin...

21st Battalion (Eastern Ontario), CEFThe distinguishing patch of the 21st Battalion (Eastern Ontario), CEF.Active1914-1920CountryCanadaBranchCanadian Expeditionary ForceRoleInfantrySizebattalionEngagementsFirst World WarMilitary unit The 21st Battalion (Eastern Ontario), CEF was an infantry battalion of the Canadian Expeditionary Force in the Great War. History The battalion was authorized on 7 November 1914 and embarked for Britain on 6 May 1915. It disembarked in France on 15 September 1915...

 

1895 novel by H. G. Wells The Wonderful Visit First edition cover (UK)AuthorH. G. WellsCover artistRobert Anning BellCountryUnited States/EnglandLanguageEnglishGenreFantasyPublisherJ. M. Dent (UK)MacMillan and Co. (US)Publication date1895Media typePrintPages245TextThe Wonderful Visit at Wikisource The Wonderful Visit is an 1895 novel by H. G. Wells.[1] With an angel—a creature of fantasy unlike a religious angel—as protagonist and taking place in contemporary England, th...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!