Daerah Pusa

Pusa
ڤوسا
Pusa ڤوسا yang terletak di Malaysia Timur
Pusa ڤوسا
Pusa
ڤوسا
Koordinat: 1°37′04″N 111°17′34″E / 1.6177466°N 111.2928179°E / 1.6177466; 111.2928179Koordinat: 1°37′04″N 111°17′34″E / 1.6177466°N 111.2928179°E / 1.6177466; 111.2928179
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Betong
Pusat pentadbiranPusa
PBTMajlis Daerah Betong
Pentadbiran
 • Pemangku Pegawai DaerahBujang Ladi
Keluasan
 • Jumlah947 km2 (366 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah19,557
 • Kepadatan21/km2 (53/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
95xxx

Pusa (Jawi: ڤوسا) merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Betong. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah pekan Pusa. Antara pekan lain yang terdapat di daerah ini termasuklah Beladin, Samarang dan Maludam.

Daerah Pusa dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 947 kilometer persegi. Daerah ini juga mempunyai jumlah penduduk seramai 19,557 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat Bumiputera dengan sebilangan besar antara mereka berbangsa Melayu.

Sejarah

Pusa pada mulanya merupakan sebuah daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah Betong. Pada 1 Ogos 2015, Pusa secara rasminya telah dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh dan diletakkan di bawah Bahagian Betong. Daerah kecil Maludam yang sebelumnya berada di bawah pentadbiran daerah Betong turut dimasukkan ke dalam pentadbiran daerah Pusa.[1]

Pentadbiran

Daerah Pusa secara keseluruhannya berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Pusa yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Betong. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Betong. Terdapat satu daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah Pusa, iaitu Maludam.

Di bawah pentadbiran daerah Pusa, terdapat 27 buah kampung yang dipimpin oleh enam ketua masyarakat dan 27 orang ketua kaum.[2] 27 orang ketua kaum tersebut terdiri daripada 19 orang ketua kampung, enam orang tuai rumah dan dua orang kapitan Cina.[3]

Politik

Daerah Pusa diletakkan di bawah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Lingga (N28) dan Beting Maro (N29) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Batang Lupar (P201) serta Saribas (N35) yang terletak di bawah Parlimen Betong (P204).[3]

Geografi

Daerah Pusa terletak di barat negeri Sarawak, juga di barat bahagian Betong. Daerah Pusa bersempadan dengan daerah Kabong dan Saratok di utara, daerah Betong di timur, daerah Lingga di selatan dan daerah Sebuyau serta Laut China Selatan di barat.

Daerah Pusa mempunyai keluasan kira-kira 947 kilometer persegi. Bentuk muka bumi daerah ini sebahagian besarnya merupakan kawasan rendah, rata dan mendatar, dengan ketinggian maksimum hanya mencapai 89 meter. Kedudukannya yang berada di kawasan lembah sungai dan pesisir laut menyumbang kepada bentuk muka buminya yang landai. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Layar dan Sungai Rimbas.

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
201020,822—    
202019,557−6.1%
Sumber: [4][5]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Melayu
  
93.5%
Iban
  
4.3%
Cina
  
1.5%
Lain-lain
  
0.7%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Pusa ialah seramai 19,557 orang dengan kepadatan penduduk 21 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 4,605 isi rumah dengan 5,393 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Pusa merupakan Bumiputera Sarawak, dengan majoriti antara mereka berbangsa Melayu. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 701 orang.[6][7]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 17,753
Bumiputera lain 922
Cina 163
India 2
Lain-lain 16
Bukan warganegara - 701
Jumlah 19,557

Agama

Agama di Pusa - Banci 2020
Agama Peratusan
Islam
  
94.1%
Kristian
  
5.2%
Buddha
  
0.6%
Tidak beragama
  
0.1%
Lain-lain
  
0.1%

Di daerah Pusa, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 94 peratus dari jumlah penduduk di daerah ini diikuti agama Kristian sebanyak lima peratus. Terdapat juga penduduk beragama lain-lain seperti Buddha atau tidak beragama yang membentuk kumpulan minoriti dengan peratusan dalam satu peratus daripada keseluruhan penduduk.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Islam 18,403
Kristian 1,011
Buddha 117
Tidak beragama 15
Lain-lain 8
Hindu 3
Jumlah 19,557

Kemudahan

Pendidikan

Di daerah Pusa, terdapat 13 buah sekolah yang terdiri daripada 11 sekolah rendah dan dua sekolah menengah.[8] Dua sekolah menengah tersebut ialah SMK Beladin dan SMK Pusa.

Kesihatan

Di daerah Pusa, terdapat lima klinik kesihatan.

Rujukan

  1. ^ "Sejarah Daerah Pusa - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-19.
  2. ^ "Latar Belakang Daerah Pusa - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-19.
  3. ^ a b "Info Ketua Masyarakat & Ketua Kaum - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-19.
  4. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  5. ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 December 2017.
  6. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  7. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  8. ^ "Kemudahan Infrastruktur Asas Daerah Pusa - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-19.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!