Daerah Samarahan

Samarahan
Transkripsi lain
 • Jawiسماراهن
 • Cina三马拉汉 (Sānmǎlāhàn)
Map
Samarahan yang terletak di Malaysia Timur
Samarahan
Samarahan
Koordinat: 1°27′35″N 110°29′44″E / 1.4596157°N 110.4954562°E / 1.4596157; 110.4954562Koordinat: 1°27′35″N 110°29′44″E / 1.4596157°N 110.4954562°E / 1.4596157; 110.4954562
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianSamarahan
Pusat pentadbiranKota Samarahan
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kota Samarahan
Keluasan
 • Jumlah407 km2 (157 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah128,284
 • Kepadatan320/km2 (820/batu persegi)
Poskod
93xxx, 94xxx

Samarahan (Jawi: سماراهن) merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Kota Samarahan.

Daerah Samarahan dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 407 kilometer persegi. Daerah ini juga mempunyai jumlah penduduk seramai 128,284 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Melayu.

Sejarah

Samarahan pada mulanya dikenali dengan nama Muara Tuang, dan merupakan sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran daerah Kuching. Pada tahun 1983, daerah kecil Muara Tuang secara rasminya dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh, dan ditukarkan nama kepada daerah Samarahan.[1]

Pada masa itu, pentadbiran daerah Samarahan juga merangkumi Asajaya yang menjadi sebuah daerah kecil di bawah daerah ini.[1] Asajaya kemudiannya dipisahkan dari daerah Samarahan dan dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh pada tahun 1999.

Pentadbiran

Daerah Samarahan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Samarahan yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Samarahan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Perbandaran Kota Samarahan.

Terdapat 82 buah kampung yang berada di bawah pentadbiran daerah Samarahan. Setiap kampung diketuai oleh seorang ketua masyarakat atau ketua kaum.[2]

Politik

Daerah Samarahan diletakkan di bawah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Asajaya (N15), Muara Tuang (N16) dan Stakan (N17) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Kota Samarahan (P197).

Geografi

Pemandangan udara daerah Samarahan

Daerah Samarahan terletak di barat negeri Sarawak, juga di barat bahagian Samarahan. Daerah Samarahan bersempadan dengan daerah Asajaya di utara, daerah Gedong di tenggara, daerah Serian dan Siburan di selatan serta daerah Kuching di barat.

Daerah Samarahan mempunyai keluasan kira-kira 407 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi yang hanya mencecah 124 meter. Bentuk muka bumi daerah ini sebahagiannya merupakan kawasan rendah, rata dan mendatar, dengan terdapat sedikit kawasan berbukit di barat daerah. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Samarahan dan Sungai Tuang.

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199146,583—    
200046,966+0.8%
201085,495+82.0%
2020128,284+50.0%
Sumber: [3]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Melayu
  
48.1%
Iban
  
21.5%
Cina
  
19.4%
Bidayuh
  
6.9%
Lain-lain
  
4.1%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Samarahan ialah seramai 128,284 orang dengan kepadatan penduduk 320 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 37,080 isi rumah dengan 42,499 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Samarahan berbangsa Melayu, seramai lebih 57 ribu orang. Penduduk bumiputera selain Melayu pula membentuk kelompok kedua terbesar, dengan majoritinya berbangsa Iban. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 1,418 orang.[4][5]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 57,533
Bumiputera lain 45,342
Cina 23,010
India 697
Lain-lain 284
Bukan warganegara - 1,418
Jumlah 128,284

Agama

Agama di Samarahan - Banci 2020
Agama Peratusan
Islam
  
49.7%
Kristian
  
36.3%
Buddha
  
12.9%
Lain-lain
  
0.7%
Tidak beragama
  
0.4%

Di daerah Samarahan, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan hampir 50 peratus diikuti agama Kristian sebanyak lebih 36 peratus. Penduduk beragama Buddha membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan lebih 12 peratus dari jumlah penduduk. Terdapat juga penganut agama lain seperti Hindu serta tidak beragama yang membentuk kumpulan minoriti dengan peratusan kira-kira satu peratus.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Islam 63,679
Kristian 46,621
Buddha 16,611
Tidak beragama 506
Hindu 504
Lain-lain 363
Jumlah 128,284

Rujukan

  1. ^ a b "Profil Bahagian Samarahan - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Samarahan". samarahan.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-19.
  2. ^ "Ketua Masyarakat & Ketua Kaum Daerah Samarahan - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Samarahan". samarahan.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-19.
  3. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!