Daerah Serian

Serian
Map
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSerian
DitubuhkanFebruari 1955 (1955-02)
Pusat
pentadbiran
Bandar Serian
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Serian
Keluasan
 • Jumlah1,774.58 km2 (685.17 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah85,345
 • Kepadatan48/km2 (120/batu persegi)
Poskod
94700
Laman sesawangmpp.sarawak.gov.my

Serian ialah sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Serian. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Bandar Serian. Antara pekan lain yang berada di daerah ini termasuklah Balai Ringin.

Daerah ini mempunyai penduduk seramai 85,345 orang pada tahun 2020. . Pihak berkuasa tempatan (kerajaan tempatan) ialah Majlis Daerah Serian.

Sejarah

Daerah Serian telah ditubuhkan pada Februari 1955, yang mana sebelum ini ia merupakan kawasan Sadong Atas (bahasa Inggeris: Upper Sadong) iaitu sebahagian daripada Daerah Sadong.[1] Pegawai daerah pertama ialah H. R. Harbow.[1]

Daerah Serian menjadi salah sebuah daerah dalam Bahagian Serian sejak 1 Ogos 2015.[1] Sebelum ini, Daerah Serian merupakan salah sebuah daerah dalam Bahagian Samarahan apabila bahagian tersebut diisytiharkan pada 1 Januari 1987.[1]

Pada 27 November 2021, daerah kecil Siburan yang berada di bawah pentadbiran daerah Serian telah diisytihar sebagai sebuah daerah penuh. Satu daerah kecil yang baharu turut dibentuk di dalam daerah Serian iaitu Balai Ringin.[2]

Pentadbiran

Daerah Serian terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Serian yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Serian. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Serian. Terdapat satu daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah Serian, iaitu Balai Ringin.

Politik

Daerah Serian diletakkan di bawah lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kedup (N22) dan Bukit Semuja (N23) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Serian (P199), Muara Tuang (N16) yang terletak di bawah Parlimen Kota Samarahan (P197), Tarat (N20) yang terletak di Parlimen Puncak Borneo (P198) dan Balai Ringin (N30) yang terletak di bawah Parlimen Sri Aman (P202).

Geografi

Daerah Serian terletak di barat negeri Sarawak, dan di tengah serta timur bahagian Serian. Daerah Serian bersempadan dengan daerah Gedong di utara, daerah Pantu di timur, daerah Tebedu di barat daya, daerah Siburan di barat dan daerah Samarahan di barat laut. Daerah Serian juga mempunyai sempadan antarabangsa dengan Kalimantan Barat, Indonesia di selatan.

Daerah Serian mempunyai keluasan kira-kira 1,774 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 826 meter. Bentuk muka bumi daerah ini sebahagian besarnya merupakan kawasan rendah, rata dan mendatar. Namun di terdapat beberapa kawasan yang sedikit tinggi dan berbukit terutamanya di selatan daerah. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Sadong.

Demografi

Kumpulan etnik warganegara (2010)[3]
Etnik Peratusan
Bidayuh
  
57.4%
Iban
  
18.0%
Melayu
  
13.3%
Cina
  
10.1%
Lain-lain
  
1.2%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Serian ialah seramai 85,345 orang dengan kepadatan penduduk 48 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana padat. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 21,663 isi rumah dengan 29,766 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Serian merupakan Bumiputera Sarawak, dengan majoriti antara mereka berbangsa Bidayuh. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan warganegara bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 1,633 orang.[4][5]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 9,763
Bumiputera lain 59,317
Cina 14,412
India 124
Lain-lain 96
Bukan warganegara - 1,633
Jumlah 85,345

Agama

Agama di Serian - Banci 2020
Agama Peratusan
Kristian
  
68.9%
Islam
  
16.0%
Buddha
  
14.3%
Lain-lain
  
0.8%

Di daerah Serian, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 68 peratus dari jumlah penduduk diikuti agama Islam dengan peratusan sebanyak 16 peratus. Kumpulan ketiga terbesar di daerah ini merupakan penduduk beragama Buddha dengan peratusan lebih 14 peratus. Terdapat juga penganut agama lain seperti Hindu dan penduduk tidak beragama di daerah ini yang membentuk kumpulan minoriti.[4]

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Kristian 58,786
Islam 13,619
Buddha 12,171
Lain-lain 641
Tidak beragama 68
Hindu 60
Jumlah 85,345

Rujukan

  1. ^ a b c d "Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian". serian.sarawak.gov.my. Dicapai pada 14 Februari 2019.
  2. ^ "Profil Bahagian Serian - Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian". serian.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-22.
  3. ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 December 2017.
  4. ^ a b c "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.

Pautan luar

Koordinat: 1°10′15″N 110°33′59″E / 1.170762°N 110.566426°E / 1.170762; 110.566426


Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!