Daerah Betong ialah sebuah daerah di wilayah Sarawak, Malaysia.[1][2] Daerah ini adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang juga merangkumi Pusa, Spaoh, Debak, Maludam, Saratok, Roban, Kabong dan Nanga Budu.[3] Sebelum ini, ia terletak dibawah pentadbiran Bahagian Sri Aman dengan nama Saribas.
Kawasan pentadbiran utama bagi daerah ini ialah Bandar Betong yang juga merupakan daerah terbesar dalam Bahagian Betong. Daerah Betong mempunyai keluasan kira-kira 1,547 kilometer persegi (154,700.0 he).[4] Terdapat dua daerah kecil yang dibawah daerah Betong iaitu Debak dan Spaoh.[3]
Etimologi
Nama "Betong" diambil bersempena dengan nama sejenis pokok buluh tempatan yang banyak terdapat di daerah ini iaitu buluh betong. Nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah Dendrocalamus asper.[5][6]
Sejarah
Sebelum daerah Betong terbentuk dalam Bahagian Betong, ia terletak di bawah pentadbiran sepenuhnya Bahagian Sri Aman dengan nama "Daerah Saribas". Pada 26 Mac 2002, ia telah dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Sri Aman dan telah membentuk daerah serta bahagian baharu iaitu Bahagian Betong. Bandar Betong telah dipilih sebagai pusat pentadbiran daerah dan nama bandar tersebut dipilih sebagai nama bahagian.[6] Betong adalah sebuah petempatan yang amat penting dari segi sejarah Sarawak kerana terdapat banyaknya peristiwa penentangan pemerintahan Brooke berlaku di sini.[6]
Pentadbiran
Daerah Betong terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Betong yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Betong. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Betong. Terdapat dua daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah ini, iaitu Spaoh dan Debak.
Politik
Daerah Betong diletakkan di bawah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Saribas (N35), Layar (N36) dan Bukit Saban (N37) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Betong (P204).
Geografi
Daerah Betong terletak di barat negeri Sarawak, dan di tenggara bahagian Betong. Daerah Betong bersempadan dengan daerah Saratok di utara, daerah Julau dan Pakan di timur laut, daerah Pusa di barat dan daerah Sri Aman di selatan.
Daerah Betong mempunyai keluasan kira-kira 1,546 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 685 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rata dan mendatar manakala di bahagian timur daerah ini merupakan kawasan tanah tinggi dan berbukit. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Layar.
Demografi
Sejarah kependudukanTahun | Pend. | ±% |
---|
1970 | 34,741 | — |
---|
1980 | 36,821 | +6.0% |
---|
1991 | 43,993 | +19.5% |
---|
2000 | 50,392 | +14.5% |
---|
2010 | 60,728 | +20.5% |
---|
2020 | 36,303 | −40.2% |
---|
Sumber: [7] |
Kumpulan etnik warganegara (2020) |
Etnik |
|
Peratusan |
Bumiputera lain |
|
54.9% |
Melayu |
|
41.3% |
Cina |
|
3.7% |
Lain-lain |
|
0.1% |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Betong ialah seramai 36,303 orang dengan kepadatan penduduk 23 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 8,873 isi rumah dengan 12,132 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Betong merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Namun penduduk berbangsa Melayu secara keseluruhannya membentuk kelompok paling besar di daerah ini jika dibandingkan dengan etnik lain. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 347 orang.[8][9]
Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[8]
Status
|
Bangsa
|
Jumlah
|
Warganegara
|
Melayu
|
14,855
|
Bumiputera lain
|
19,741
|
Cina
|
1,318
|
India
|
8
|
Lain-lain
|
34
|
Bukan warganegara
|
-
|
347
|
Jumlah
|
36,303
|
Agama
Di daerah Betong, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 54 peratus diikuti agama Islam sebanyak 43 peratus. Sebanyak hampir tiga peratus penduduk beragama Buddha. Penduduk beragama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama membentuk kumpulan minoriti.
Rujukan
Pautan luar
|
---|
|
Sejarah | |
---|
Bahagian pentadbiran | |
---|
Bahagian perundangan | P - Parlimen N - Negeri | |
---|
DUN | |
---|
Pihak Berkuasa Tempatan | Dewan Bandaraya | |
---|
Majlis Perbandaran | |
---|
Majlis Daerah | |
---|
|
---|
|
---|