Daerah Selangau

Selangau
Map
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
Pusat pentadbiranSelangau
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Luar Bandar Sibu
Keluasan
 • Jumlah3,795 km2 (1,465 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah19,844
 • Kepadatan5.2/km2 (14/batu persegi)
Poskod
96xxx

Selangau ialah sebuah daerah dalam Bahagian Sibu di Sarawak, Malaysia. Keluasan Daerah Selangau ialah 3,795 kilometer persegi (1,465 batu persegi) sementara jumlah penduduk ialah 22,000 orang pada tahun 2016.[1][2] Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Selangau. Daerah Selangau merupakan salah satu dari tiga daerah dalam Bahagian Sibu; daerah-daerah lain ialah Daerah Kanowit dan Daerah Sibu.[3]

Sejarah

Daerah Selangau pada asalnya terletak di bawah pentadbiran daerah Mukah dan daerah kecil Balingian. Pada 1 Mac 2002, daerah Selangau telah dibentuk menjadi daerah baharu, dengan mengambil bahagian selatan daerah Mukah dan daerah kecil Balingian.[4]

Pentadbiran

Daerah Selangau terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Selangau yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Sibu dan diketuai seorang pegawai daerah. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Luar Bandar Sibu yang diketuai seorang pengerusi majlis.

Daerah Selangau diwakili dalam Dewan Rakyat Malaysia oleh sebuah kerusi iaitu Selangau dengan kod P214, sementara dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak ia diwakili oleh dua kerusi iaitu Tamin (N59) dan Kakus (N60).[5][6]

Geografi

Daerah Selangau terletak di tengah negeri Sarawak, dan di timur laut bahagian Sibu. Daerah Selangau bersempadan dengan daerah Mukah di utara, daerah Tatau di timur, daerah Song di tenggara, daerah Kanowit di selatan, daerah Sibu di barat dan daerah Dalat di barat laut.

Daerah Selangau mempunyai keluasan kira-kira 3,795 kilometer persegi, menjadikannya daerah terbesar di Bahagian Sibu. Bentuk muka bumi di daerah Selangau sebahagian besarnya berbukit dengan dataran tertingginya tertumpu di tenggara daerah, mencecah ketinggian maksimum 969 meter. Kawasan yang rendah dan mendatar pula tertumpu di bahagian utara daerah. Kawasan penempatan penduduk sebahagian besarnya tertumpu di kawasan utara daerah.

Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Mukah, Batang Balingian dan Batang Oya.

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
201022,318—    
202019,844−11.1%
Sumber: [7]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Iban
  
90.0%
Cina
  
4.3%
Melayu
  
2.6%
Bumiputera lain
  
2.6%
Lain-lain
  
0.5%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Selangau ialah seramai 19,844 orang dengan kepadatan penduduk lima orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 5,746 isi rumah dengan 7,601 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Meradong merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan kedua terbesar diikuti penduduk berbangsa Melayu. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 1,201 orang.[8][9]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[8]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 318
Bumiputera lain 17,845
Cina 451
India 3
Lain-lain 26
Bukan warganegara - 1,201
Jumlah 19,844

Agama

Agama di Selangau - Banci 2020
Agama Peratusan
Kristian
  
78.2%
Tidak beragama
  
12.5%
Islam
  
7.2%
Lain-lain
  
1.9%
Buddha
  
0.3%

Di daerah Selangau, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 78 peratus dari jumlah penduduk. Penduduk tidak beragama atau ateis merupakan kelompok kedua terbesar dengan peratusan lebih 12 peratus. Kumpulan ketiga terbesar di daerah ini merupakan penduduk beragama Islam dengan peratusan lebih tujuh peratus. Terdapat juga penganut agama lain seperti Hindu dan Buddha di daerah ini yang membentuk kumpulan minoriti dengan peratusan lebih dua peratus.[8]

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Kristian 15,510
Tidak beragama 2,485
Islam 1,419
Buddha 50
Hindu 1
Lain-lain 379
Jumlah 19,844

Rujukan

  1. ^ a b "Demografi Pentadbiran Bahagian Sibu". www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  2. ^ "Profail Bahagian Sibu 2017" (PDF). www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  3. ^ "Pentadbiran Bahagian dan Daerah". www.sarawak.gov.my. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  4. ^ "Sejarah Pentadbiran Daerah Mukah - Portal Web Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah". mukah.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-21.
  5. ^ "BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU, SABAH DAN SARAWAK" (PDF). www.spr.gov.my. 30 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  6. ^ "P214 Selangau". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  7. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  8. ^ a b c "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  9. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!