Pendang merupakan salah satu daerah di Kedah, Malaysia. Daerah ini terletak di bahagian tengah negeri Kedah dan berkeluasan 629 kilometer persegi. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Pendang.
Etimologi
Perkataan "Pendang" dikatakan berasal daripada perkataan "pendiat" yang bermaksud parit atau lubang yang digali bagi memerangkap dan menjinakkan gajah.[2]
Sejarah
Pendang pada mulanya sebahagian daripada daerah Kota Setar. Pada Februari 1975, Pendang telah diwartakan sebagai sebuah daerah baharu dalam negeri Kedah.[2]
Pentadbiran
Daerah Pendang dibahagikan kepada lapan buah mukim;
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Pendang ialah seramai 98,922 orang dengan kepadatan penduduk 157 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Pendang merupakan Bumiputera, dengan peratusan 90.8 peratus daripada jumlah penduduk.[3]
Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Pendang. Terdapat sebanyak 51 buah sekolah di daerah ini, iaitu 33 buah sekolah kebangsaan (SK), empat sekolah jenis kebangsaan (SJK), sembilan buah sekolah menengah kebangsaan (SMK), tiga buah sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SM SABK), sebuah sekolah rendah agama bantuan kerajaan (SR SABK) dan sebuah sekolah model khas.[4] Daerah Pendang juga mempunyai enam buah balai polis, sebuah balai bomba, beberapa klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.