Yan merupakan sebuah daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Daerah ini terletak di barat negeri Kedah dan berkeluasan 241 kilometer persegi. Daerah ini bersempadan dengan daerah Kota Setar di utara, Pendang di timur laut, Kuala Muda di tenggara dan Selat Melaka di barat.
Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Yan Besar.
Etimologi
Perkataan "Yan" dikatakan berasal daripada penghujung perkataan "Sendayan" iaitu suatu tumbuhan yang banyak terdapat di daerah ini dahulu. Perkataan "Yan" juga dikatakan berasal daripada perkataan "durian".[2] Perkataan "Yan" juga dipercayai disebut sebagai "Yen" pada zaman dahulu yang bermaksud sejuk dalam bahasa Thai dan berkemungkinan nama tersebut diambil bersempena nama sebatang sungai di daerah ini.[3]
Sejarah
Daerah Yan telah dibuka secara rasmi pada tahun 1904 dan ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-Qadri. Sultan Kedah telah menganugerahkan kawasan Yan kepada beliau bagi menjalankan tugas memungut cukai dan mentadbir daerah ini. [2]
Apabila pemerintahan British telah bermula pada tahun 1909, daerah Yan telah diwujudkan secara rasmi dan pegawai daerah pertama telah dilantik iaitu Tunku Mansor ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tugasan utama pegawai daerah ketika itu termasuklah menguruskan pentadbiran, hakim bagi kesalahan kecil dan pemungut cukai.[3]
Pentadbiran
Terdapat lima mukim di daerah Yan yang merangkumi beberapa buah bandar dan pekan;
Daerah Yan ditadbir oleh Majlis Daerah Yan yang berpusat di Yan Besar.
Demografi
Sejarah kependudukan
Tahun
Pend.
±%
1991
60,483
—
2000
62,217
+2.9%
2010
66,606
+7.1%
2020
73,384
+10.2%
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Yan ialah seramai 73,384 orang dengan kepadatan penduduk 298 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Yan merupakan Bumiputera, dengan peratusan 96 peratus daripada jumlah penduduk.[4]
Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Yan. Terdapat sebanyak 38 buah sekolah di daerah ini. Daerah Yan juga mempunyai enam buah balai polis, dua balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.[4]