Daerah Song

Song
Map
Song yang terletak di Malaysia Timur
Song
Song
Koordinat: 2°01′N 112°33′E / 2.017°N 112.550°E / 2.017; 112.550Koordinat: 2°01′N 112°33′E / 2.017°N 112.550°E / 2.017; 112.550
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianKapit
Pusat pentadbiranSong
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Kapit
Keluasan
 • Jumlah3,935 km2 (1,519 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah9,961
 • Kepadatan2.5/km2 (6.6/batu persegi)
Poskod
96xxx

Song merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Kapit. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Pekan Song.

Daerah Song dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 3,935 kilometer persegi. Daerah ini juga mempunyai jumlah penduduk seramai 9,961 orang pada tahun 2020. Daerah Song juga merupakan antara daerah yang mempunyai kepadatan penduduk paling kurang di Malaysia. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat Bumiputera Sarawak yang sebahagian besarnya berbangsa Iban.

Sejarah

Sejak tahun 1873, Song telah diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Ketiga dan dijadikan sebuah daerah kecil setelah tertubuhnya pentadbiran daerah kecil Song. Pusat pentadbiran Song pula pada mulanya terletak di Nanga Sungai Song. Pada tahun 1948, iaitu setelah tamatnya pemerintahan Jepun, pusat pentadbiran Song telah dipindahkan ke Nanga Katibas setelah pekan Song di Nanga Sungai Song musnah dalam kebakaran akibat perang.

Pada 2 April 1973, Song secara rasminya telah dijadikan sebuah daerah baharu, bersama dengan pengisytiharan pembentukan Bahagian Kapit. Pada 9 Julai 1977, pentadbiran Song telah dipindahkan ke Bukit Song yang terletak di tengah pekan Song.[1]

Pentadbiran

Daerah Song terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Song yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Kapit. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Kapit.

Politik

Daerah Song diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Katibas (N62) dan Bukit Goram (N63) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Kapit (P215).

Geografi

Daerah Song terletak di bahagian tengah negeri Sarawak dan bersempadan dengan Daerah Selangau di bahagian utara, Daerah Kapit di bahagian timur, Daerah Bukit Mabong di bahagian tenggara, Daerah Lubok Antu dan Julau di bahagian barat daya dan Daerah Kanowit di bahagian barat. Sebagai sebuah daerah pentadbiran dalam Bahagian Kapit, Daerah Song terletak di bahagian barat Bahagian Kapit.

Daerah Song mempunyai keluasan kira-kira 3,935 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 1,286 meter.[2] Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan tinggi dan berbukit, dengan kawasan tertinggi di tenggara dan selatan daerah. Namun kawasan yang berdekatan dengan sungai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata, menjadi kawasan penempatan penduduk.

Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Rajang yang mengalir di utara daerah ini dan Sungai Katibas yang merupakan anak sungai utama kepada Batang Rajang.

Demografi

Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Iban
  
89.1%
Cina
  
4.5%
Melayu
  
3.6%
Lain-lain
  
2.8%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Song ialah seramai 9,961 orang dengan kepadatan penduduk dua perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 2,942 isi rumah dengan 4,876 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Song merupakan Bumiputera Sarawak, dengan majoriti antara mereka merupakan masyarakat berbangsa Iban. Penduduk berbangsa Cina menjadi kelompok bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara hanya terdiri daripada 26 orang.[3][4]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 456
Bumiputera lain 8,936
Cina 536
India 1
Lain-lain 6
Bukan warganegara - 26
Jumlah 9,961

Rujukan

  1. ^ "Sejarah Daerah Song". Pusat Internet Song. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2017. Dicapai pada 3 Disember 2024.
  2. ^ Malaysia, Department of Statistics. "Song Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-03.
  3. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  4. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!