Daerah Kanowit

Kanowit
كانوويت
Kanowit كانوويت yang terletak di Malaysia Timur
Kanowit كانوويت
Kanowit
كانوويت
Koordinat: 2°00′00″N 112°10′00″E / 2°N 112.166667°E / 2; 112.166667Koordinat: 2°00′00″N 112°10′00″E / 2°N 112.166667°E / 2; 112.166667
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
Pusat pentadbiranKanowit
PBTMajlis Daerah Kanowit
Pentadbiran
 • Pegawai daerahJackline August Jahar
Keluasan
 • Jumlah2,253.5 km2 (870.1 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah24,700
 • Kepadatan11/km2 (28/batu persegi)

Kanowit ialah sebuah daerah yang terletak di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini terletak di bawah pentadbiran Bahagian Sibu. Daerah ini mempunyai keluasan sebanyak kira-kira 2,253.5 kilometer persegi (870.1 batu persegi) dan jumlah penduduk seramai kira-kira 31,400 orang pada tahun 2016.[1][2] Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Kanowit.

Sejarah

Pentadbiran daerah Kanowit dipercayai bermula seawal zaman pemerintahan keluarga Brooke lagi apabila Kubu Emma yang telah dibina di daerah ini, telah dijadikan pejabat kepada pegawai daerah pada masa itu. Pada zaman pemerintahan Rajah Vyner Brooke, tingkat atas kubu ini telah dijadikan tempat tinggal bagi pegawai daerah dan orang kenamaan.[3]

Pentadbiran

Daerah Kanowit terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kanowit yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Sibu. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Kanowit. Ia beribu pejabat di Pekan Kanowit.

Pentadbiran daerah Kanowit melibatkan tiga kampung dan 318 rumah panjang. Masyarakat di daerah ini juga ditadbir oleh 13 penghulu dan 318 ketua kaum.[4]

Politik

Daerah Kanowit diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Ngemah (N49) dan Machan (N50) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Kanowit (P210).[5][6]

Geografi

Daerah Kanowit terletak di tengah negeri Sarawak, dan di selatan bahagian Sibu. Daerah Kanowit bersempadan dengan daerah Selangau di utara, daerah Song di timur, daerah Julau di barat dan daerah Sibu di barat laut.

Daerah Kanowit mempunyai keluasan kira-kira 2,253 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi yang mencecah 942 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rata dan mendatar di bahagian utara daerah manakala di bahagian selatan daerah, ketinggian bentuk muka buminya merupakan kawasan yang tinggi dan berbukit.

Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Rajang, Sungai Ngemah dan Sungai Poi.

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
197028,235—    
198026,690−5.5%
199125,380−4.9%
200027,143+6.9%
201028,259+4.1%
202024,700−12.6%
Sumber: [7]
Kumpulan etnik warganegara (2020)
Etnik Peratusan
Iban
  
83.4%
Cina
  
8.8%
Melayu
  
4.2%
Bumiputera lain
  
2.1%
Melanau
  
1.4%
Lain-lain
  
0.1%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kanowit ialah seramai 24,700 orang dengan kepadatan penduduk 11 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 6,720 isi rumah dengan 9,744 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Julau merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan kedua terbesar diikuti penduduk berbangsa Melayu. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 467 orang.[8][9]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[8][7]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera Iban 20,200
Melayu 1,025
Lain-lain 397
Melanau 334
Bidayuh 101
Cina 2,141
Lain-lain 31
India 4
Bukan warganegara - 467
Jumlah 24,700

Agama

Agama di Kanowit - Banci 2020
Agama Peratusan
Kristian
  
84.8%
Islam
  
7.1%
Buddha
  
5.9%
Tidak beragama
  
1.9%
Lain-lain
  
0.2%

Di daerah Kanowit, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 84 peratus diikuti agama Islam sebanyak lebih tujuh peratus. Penduduk yang beragama Buddha membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan hampir enam peratus daripada jumlah penduduk. Penduduk yang selebihnya beragama lain-lain atau tidak beragama, membentuk kumpulan minoriti.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Kristian 20,955
Islam 1,765
Buddha 1,465
Tidak beragama 467
Lain-lain 32
Hindu 16
Jumlah 24,700

Rujukan

  1. ^ a b "Demografi Pentadbiran Bahagian Sibu". www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  2. ^ "Profail Bahagian Sibu 2017" (PDF). www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  3. ^ "Sejarah Awal Pemerintahan di Daerah Kanowit - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sibu". sibu.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-11.
  4. ^ "Profail Bahagian Sibu 2017". Dicapai pada 11 November 2024.
  5. ^ "BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU, SABAH DAN SARAWAK" (PDF). www.spr.gov.my. 30 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  6. ^ "P210 Kanowit". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  7. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  8. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  9. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!