Kawasan DUN Aulong telah wujud sejak pilihan raya negeri Perak tahun 1955.[1] Kawasan DUN ini memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri di DUN Perak mengikut sistem undian terbanyak.
Daerah mengundi
Berdasarkan warta yang diperakui pada 29 April 2016, kawasan pilihan raya ini mempunyai 15 daerah mengundi. Setiap daerah mengundi mempunyai satu atau lebih tempat mengundi calon-calon yang bertanding semasa pilihan raya tersebut.[2] Berikut adalah senarainya:
2016: Museum, Aulong, Aulong Barat, Aulong Timur, Aulong Tengah, Aulong Selatan, Batu Dua, Assam Kumbang, Station, Kampung Boyan, Taman Marisa, Kota Lama, Simpang Road, Aulong Lama dan Taman Sening.[2]
2018: Simpang Baru, Pengkalan Aor, Barrack Road, Aulong, Aulong Barat, Aulong Timur, Aulong Tengah, Aulong Selatan, Batu Dua, Assam Kumbang, Station, Kampung Boyan, Taman Marisa, Kota Lama, Aulong Lama dan Taman Sening.[3]
^"Warta Kerajaan Persekutuan: Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu". Jabatan Peguam Negara Malaysia. 30 Mac 2018. Diperolehi pada 3 Januari 2020.