Dewan Negara Negeri Perak

Lambang Ahli Dewan Negara Perak


Dewan Negara Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Negara ini mempunyai peranan penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam sistem hierarki. Dewan Negara ini tiada perkaitan dengan dewan perwakilan rakyat yang merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen bagi negara Malaysia.

Objektif

Objektif utama penubuhan Dewan Negara ini bagi membantu dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara tugas-tugas lain Dewan Negara ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam perlantikan Bakal-bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar.

Persidangan

Persidangan Dewan Negara hanya boleh bersidang apabila dititah oleh Raja Pemerintah. Sekiranya Baginda tidak berangkat hadir, maka Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu atau Orang Besar Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa Bakal Sultan yang hadir.

Tetapi sekiranya persidangan Dewan Negara itu akan membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah atau pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan Jemaah Pemangku Raja atau apa-apa perkara lain yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah atau persidangan itu menganggap adalah berfaedah Baginda tidak bersama, maka tidaklah boleh Baginda berangkat hadir dan mempengerusikan persidangan itu. Begitulah juga dengan Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Bergelar.

Keanggotaan

Dewan Negara Perak dipengerusikan oleh Sultan Perak. Ia dianggotai oleh Raja Muda, Raja Di Hilir, empat Raja Bergelar, empat Orang Besar Empat,[1] lapan Orang Besar Delapan dan dua belas orang tua-tua (seorang daripadanya dari bukan Melayu) yang dilantik oleh Sultan; berserta Menteri Besar dan Mufti Kerajaan Negeri sebagai ahli kerana jawatan.

Penjawat semasa

Kemaskini pada 2 Oktober 2029

Keanggotaan semasa Dewan Negara Negeri Perak
Jawatan Penyandang
Yang di-Pertua
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Ahli kerana jawatan
Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah A’fifullah
Menteri Besar Perak Dato' Seri Saarani Mohamad
Mufti Negeri Perak Dato' Wan Zahidi Wan Teh
Raja Bergelar Raja Kecil Besar Perak Raja Azlan Muzzaffar Shah Sultan Nazrin Muhhizzuddin Shah
Raja Kecil Sulong Perak Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Muhhizzuddin Shah
Raja Kecil Tengah Perak Raja Iskandar Raja Zaid
Raja Kecil Bongsu Perak kosong
Ahli rasmi
Orang Besar Empat Perak Orang Kaya Bendahara Seri Paduka Maharaja Jeneral Tan Sri Dr Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara)
Orang Kaya Besar Seri Maharaja DiRaja Dato’ Seri Abdul Rahman Zainuddin
Orang Kaya Menteri Seri Paduka Tuan Dato’ Wan Mohd Isa Wan Mohd Razalli
Orang Kaya Temenggung Paduka Raja Dato’ Seri Wan Mohd Fathir Wan Hussain
Orang Besar Lapan Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato' (Dr) Meor Haji Redwan Mahayudin
Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato’ Seri Ir Mohamad Othman Zainal Azim
Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan
Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja Profesor Madya Dr Ahmad Ruslan Mohd Ridzuan
Orang Kaya-Kaya Shahbandar Paduka Indera Ahmad Raziff Mohamad Zulkifli
Orang Kaya-Kaya Setia Bijaya DiRaja kosong
Orang Kaya-Kaya Seri Agar DiRaja Tan Sri Ramli Ngah Talib
Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan kosong
Ahli tidak rasmi
Orang Besar Enam Belas Toh Seri Maharaja Lela Dato’ Seri Zainal Adzam Abdul Ghannie
Toh Seri Bijaya Leftenan Kolonel Dato’ Shaharudin Nazari (Bersara)
Toh Paduka Raja Kapten Dato’ Mohd Daud Samsuddin (Bersara)
Toh Raja DiRaja Kolonel Dato’ Abdul Rahim Mohamad Nor (Bersara)
Toh Seri Wangsa Haji Ahmad Suhaili Muhammad Hashim
Tan Sri Mohamed Annuar Zaini
Jeneral Tan Sri Mohammedzar Azumi Mohamed (Bersara)
kosong
Dato’ Ir Md Shabrizan Ahmad
Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan
Tan Sri Lee Oi Hian
Kosong

Pautan luar

Lihat juga

Kerabat diraja Perak

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!