Jalan Negeri Kedah K822 (Jalan Jambatan Lunas atau Jalan Jambatan Sungai Seluang) ialah jalan negeri yang melalui kawasan perkampungan dan perumahan di bahagian barat Daerah Kulim, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulim. K822 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.23 kilometer (1.4 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Kampung Batu 6 di barat dengan Kampung Sungai Seluang.[3][4]
Gambaran keseluruhan
Dari penghujung barat, K822 (Jalan Jambatan Lunas) bermula di simpang tiga FT136 (Jalan Bandar Baharu–Kuala Ketil) di Kampung Batu 6, berdekatan dengan Balai Polis Lunas. K820 akan menuju ke arah timur laut menuju melalui kawasan Kampung Aman. Berhampiran dengan padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas, terdapat simpang menuju ke Taman Desa Sentosa. K820 melewati kawasan perumahan dan bersimpang dengan jalan menuju ke Taman Simfoni, berhampiran stesen pencawang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ia akan melintasi sungai bernama Sungai Seluang; jambatan itu dikenali sebagai Jambatan Lunas atau Jamabatan Sungai Seluang. K820 akan melalui Kampung Sungai Seluang, dan seterusnya bersimpang dengan jalan ke Taman Makmur, Taman Industri Makmur serta Taman Aman. K820 akan tamat di persimpangan K811 (Jalan Naga Lilit) dan K812 (Jalan Sepakat/Jalan Sungai Seluang).[4][5]
Jajaran Jalan Negeri Kedah K822 sebahagian besarnya terletak di Mukim Sungai Seluang, dan selebihnya terletak di Mukim Lunas. Ia dipisahkan dengan Jambatan Lunas, di mana Sungai Seluang melintasinya.[2][5] Nama jalan untuk K822 yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan Jambatan Lunas–Sungai Seluang.[1] Hampir kesemua bahagian jalan K822, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.
Lihat juga
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|