Jalan Negeri Kedah K581 (K581) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia. Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik. K581 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.6 kilometer (1.0 bt),[1] menghubungkan K554 di barat dengan Kampung Sungai Senam di timur, melalui kawasan perkampungan tersebut dan Kampung KEDA Sungai Senam.[2]
Gambaran keseluruhan
Dari hujung barat di Kampung Sungai Senam, Jalan Negeri Kedah K581 bermula di persimpangannya dengan K554 (Jalan Kubang Lintah–Paya Terendam), berdekatan dengan Stesen Minyak Buraq Oil Kampung Sungai Senam. Simpang tiga ini tidak dilengkapi dengan kemudahan lampu isyarat dan kilometer sifar bermula di sini. Ia akan melalui kawasan perhutanaan hijau, melintasi Sungai Charok Tenam. Berdekatan dengan Klinik Desa Sugai Senam, ia membengkok sedikit ke arah timur laut. K581 akan melalui petempatan Kampung Keda Sungai Senam yang mempunyai pola petempatan berjajar. K581 membengkok ke arah tenggara di Kampung KEDA Sungai Senam kemudian kembali ke arah timur laut berhampiran dengan Surau Al Hidayah Kampung Sungai Senam.[2][3]
Jalan Negeri K581 membengkok tajam ke arah barat menuju ke hujung selatan dan tamat di Kampung Sungai Senam. Jajaran jalan raya akan dilanjutkan dengan jalan kampung sedia ada. Disebabkan jalan negeri ini melalui kawasan perkampungan, terdapat banyak simpang kecil jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) selorong.[2][3] Nama jalan raya yang sudah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K581 ialah Jalan Kampung Sungai Senang.[1] Ia juga dikenali sebagai Jalan Sungai Senam, Jalan Kampung Sungai Senam dan Jalan Sungai Senang. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Sik, salah satu mukim di Daerah Sik.[3]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.
Mercu tanda
- Klinik Desa Sungai Senang
- Perpustakaan Awam Desa KEDA Kampung Sungai Senang
- Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS Kampung Sungai Senang[4]
- Surau Al Hidayah Kampung Sungai Senang
Lihat juga
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|