Jalan Peranginan Sik (Laluan Negeri Kedah K564) ialah jalan raya negeri dan jalan raya pelancongan yang terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.[2][3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Peranginan Sik diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Sik dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.98 kilometer (0.6 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Peranginan Sik adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4] Permulaan jajaran Jalan Peranginan Sik terletak di Bandar Sik, di persimpangannya dengan Jalan Gurun–Kepala Batas, Laluan Persekutuan 175 dan akan menuju ke barat. Kira-kira 450 meter di hadapan, jalan raya ini akan bersilang dengan Jalan Batu Lapan–Charok Kit (Laluan Negeri K565) di Kampung Charok Kit. Jajaran akan tamat di pintu gerbang kawasan Rimba Rekreasi Rimba Taqwa bersebelahan dengan Kolej KEDA Sik.[4][5]
Senarai simpang
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Pautan luar
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|