Jalan Negeri Kedah K265 (Jalan Natoi–Bendang Dalam atau Jalan Kampung Dalam) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K265 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.131 kilometer (1.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Natoi di barat dan Kampung Bendang Dalam di timur.[3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Negeri K265 bermula sebagai kilometer sifar di utara Kampung Natoi, dalam pecahan pentadbiran selatan Pekan Napoh, dalam Mukim Husba, di simpang tiga Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (bertindih dengan Jalan Persekutuan 1), lebuh raya ekspres utama di Malaysia. K265 akan memalui kawasan perkampungan Kampung Natoi dan beberapa kawasan pertaniah yang diusahakan oleh penduduk setempat, seperti padi dan pokok getah. K265 akan melengkung sedikit ke timur laut, lalu menjunam tajam ke tenggara menuju ke penamat timur. Di sini juga, terdapat simpang ke jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) Kampung Tebing, lalu membuat lintasan dengan Sungai Temin (atau Sungai Bata), 260 meter dari simpang Kampung Tebing.[3][4]
Setelah menjelajah sepanjang 1.7 kilometer (1.1 bt), K265 akan melintang sementara menuju ke arah barat, apabila simpang jalan kampung ke kawasan petempatan kecil, Kampung Lembah hampir. K265 akan menjunam ke selatan menelusuri kawasan kaki bukit Bukit Keluang, kemudian kemabli menuju ke arah barat dan membentuk huruf "L", di kawasan Kampung Kubang Besah. K265 melalui kawasan perladangan getah Kampung Bendang Dalam dan tiba di penamat timurnya, bersimpang dengan Jalan Negeri K110 (Jalan Binjal–Kampung Bukit) secara simpang tiga.[3][4] Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K265 terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Husba. K265 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K265 dikenali sebagai Jalan Kampung Natoi/Kampung Lembah/Kampung Bendang Dalam dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]
Senarai persimpangan
Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|