Jalan Negeri Kedah K267 (Jalan Batas Jenalik–Guar Arang atau Jalan Kampung Batas Jenalik) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K267 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.149 kilometer (2.0 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Guar Arang di barat dan Kampung Batas di timur.[3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Negeri K267 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Batas, dalam zon pecahan pentadbiran Bandar Changloon, di barat Mukim Temin, di simpang tiga Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (bertindih dengan Jalan Persekutuan 1), lebuh raya ekspres utama di Malaysia. K267 akan melalui kawasan perkampungan Kampung Batas dan kawasan pertanian seperti penanaman pokok getah, dan sawah padi, yang diusahakan oleh penduduk setempat di sepanjang jajarannya. K267 akan meninggalkan kawasan Bandar Changloon, kira-kira 650 meter dari penamat timurnya, dan memasuki kawasan Mukim Temin. K267 akan bersimpang dengan jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) di kawasan perladangan kelapa sawit di selatan Kampung Tok Paroh. Simpang jalan kampung itu menuju ke kawasan perkampungan kecil Kampung Tok Paroh dan Kampung Sira. K267 akan melalui kawasan perladangan sekali lagi tetapi agak berbukit sedikit, lalu tiba di penamat baratnya, di Kampung Guar Arang, ia bersimpang dengan Jalan Negeri K103 (Jalan Batu 13–Kampung Langsat).[3][4]
Secara keseluruhannya, hampir kesemua jajaran Jalan Negeri K267 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Temin.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K267 terletak di Zon 2 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K267 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K267 dikenali sebagai Jalan Kampung Batas Jenalik/Kampung Guar Arang dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]
Senarai persimpangan
Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|