Jalan Negeri Kedah K273 |
---|
|
|
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu |
Panjang | 3.27 km[1] (2.03 mi) |
---|
|
Hujung barat | LP 1 FT1 di Jitra |
---|
Persimpangan utama |
- K274 di Taman Rasa Sayang
- K272 di Kampung Kelubi Luar
|
---|
Hujung timur | K276 di Kampung Kelubi |
---|
|
---|
|
Destinasi utama |
- Kampung Kelubi Luar
- Taman Bunga Raya
- Taman Darulaman
- Taman Jitra Jaya
- Taman Rasa Sayang
- Taman Sri Kelubi
- Taman Sri Utama
|
---|
|
---|
|
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Negeri Kedah K273 (Jalan Jitra–Kelubi dan Jalan Tan Seri Osman Aroff) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K273 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.27 kilometer (2.0 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Bandar Jitra di barat dengan Kampung Kelubi di timur.[3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Negeri K273 bermula sebagai kilometer sifar di Bandar Jitra dekat simpang tiga Jalan Persekutuan 1 (Jalan Jitra), berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Jitra dan Kompleks Kesihatan Jitra, yang di mana merangkumi Klinik Pergigian Jitra, Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak Jitra, Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu dan Kolej Kesihatan Awam Jitra. Permulaan jajaran K273 terletak dalam zon Bandar Jitra, Mukim Jitra, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Seterusnya, K273 akan menelusuri kawasan perniagaan dan perumahan kos rendah seperti Taman Jitra Jaya, Taman Darulaman, Taman Bunga Raya, dan Taman Rasa Sayang. Berdekatan dengan Stadium Mini Jitra, K272 akan melintasi sebatang sungai kecil iaitu Sungai Keroncho yang bermuara di Sungai Tanjung Pauh. Kira-kira 800 meter dari hujung barat K273, akan bersimpang dengan Jalan Negeri K274 (Jalan Pusat Pembiakan Ikan Jitra), di kawasan perumahan Taman Rasa Sayang/Taman Bunga Raya, lalu melintasi terusan buatan, iaitu Terusan Utara.[3][4]
Selepas melalui jambatan Terusan Utara, K273 akan melalui kawasan perumahan kos rendah Taman Sri Utama dahulu, kemudian Taman Sri Kelubi. berdekatan dengan kawasan sawah padi di Taman Sri Kelubi, Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (E1) akan melintasi K273. K273 akan membuat lintasan saliran ketiga iaitu Sungai Bata dan lintasan saliran keempat iaitu anak Charok Palong, di kawasan perindustrian Kampung Kelubi Luar. Tidak jauh dari lintasan saliran keempat, K273 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K272 di kawasan kampung yang sama. Lalu, K273 akan membuat selengkoh ke selatan menuju ke penamat timurnya di Kampung Kelubi. Ia bersimpang dengan Jalan Negeri K276 (Jalan Kampung Tanjung–Kampung Kelubi).[3][4]
Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K273 yang telah diwartakan, sebahagian besarnya terletak dalam Mukim Jitra, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu, dan selebihnya terletak di Mukim Pelubang. K273 juga merupakan jalan raya tunggal barat-timur dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K273 dikenali sebagai Jalan Jitra/Kelubi dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][5] K273 juga dikenali sebagai Jalan Tan Seri Osman Aroff, dari persimpangan FT1 di Jitra sehingga prsimpangan K274 di Taman Rasa Sayang yang diambil sempena nama Menteri Besar Kedah yang keenam iaitu Osman bin Aroff, yang telah berkhidmat pada tahun 1985 sehingga 1996.[6] Manakala jajaran selebihnya bermula di persimpangan K274 sehingga persimpangan K276, dikenali sebagai Jalan Kelubi.[7]
Senarai persimpangan
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|