Jalan Negeri Kedah K686 (Jalan Masuk ke Petronas Fertiliser Kedah) ialah jalan negeri pendek yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia. Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K686 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.5 kilometer (0.3 bt),[1][2] menghubungkan Kampung Guar Nenas di barat dengan Petronas Fertiliser Kedah di timur dengan melalui kawasan Ladang Cempedak.[3]
Gambaran keseluruhan
Dari penghujung barat di Kampung Guar Nenas, Jalan Negeri Kedah K686 bermula di persimpangannya dengan Jalan Guar Nenas K603 berhampiran dengan persimpangan Jalan Simpang Gua Nenas K604. Ia akan menuju ke timur melalui kawasan perladangan. Di sepanjang Jalan Petronas Fertiliser Kedah K686 tiada persilangan dengan jalan utama. Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1 akan melintasi jalan K686 berhampiran Ladang Cempedak. Jajaran K686 akan berakhir betul-betul tamat jambatan menyeberangi Lebuhraya E1, ia akan dilanjutkan dengan jalan raya peribadi menuju ke Pintu 3 Petronas Fertiliser Kedah.[3][2] Secara keseluruhan, Jalan Petronas Fertiliser Kedah K686 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Gurun, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[3][2]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lihat juga
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|