Jalan Negeri Kedah K256 (Jalan Kampung Pering atau Jalan Kampung Wang) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K256 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.785 kilometer (3.6 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Pering di barat dan Kampung Kubang Menerong di timur.[3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Negeri K256 bermula sebagai kilometer sifar di barat kawasan perkampungan Kampung Pering, di mana K256 bertemu dengan Jalan Persekutuan 175 (Jalan Kodiang). K256 akan melintasi dua batang saliran, yang pertama ialah Terusan Utara manakala lintasan kedua ialah Sungai Pering, lalu memasuki kawasan perkampungan Kampung Pering. Ia akan melengkung sedikit, menuju ke timur laut dan seterusnya K256 akan bertemu dengan Jalan Negeri K254 (Jalan Tok Arang), di kawasan Kampung Raja. Tidak jauh daripada simpang itu, K256 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K258 (Jalan Kubang Menerong), sebuah jalan ke Kampung Kubang Menerong.[3][4]
K256 akan membengkok ke selatan, memasuki kawasan pentadbiran Mukim Ah, dan meninggalkan kawasan pentadbiran Mukim Pering, di samping memasuki perkampungan Kampung Wang. K256 akan melalui kawsan pertanian sawah padi di sepanjang jajaran ini sehingga tamat, melalui kawasan perkampungan tersusan Kampung KEDA Wang, Kampung Kubang Chenok dan Kampung Kubang Menerong Dalam. K256 tiba di penamat timurnya di simpang tiga Jalan Negeri K104 (Jalan Napoh–Padang Sera), di kawasan perkampungan Kampung Kubang Menerong.[3][4]
Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K256 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Ah dan Mukim Pering.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K254 terletak di Zon 4 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K255 juga merupakan jalan raya tunggal timur–barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K255 dikenali sebagai Jalan Kampung Pering/Kampung Wang MK Ah dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]
Senarai persimpangan
Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|