Jalan Negeri Kedah K252 (Jalan Bendang Tok Leh–Batu 15 atau Jalan Changkat Setol) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K266 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.131 kilometer (1.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Bendang Tok Leh di barat dan Kampung Batu 15 di timur.[3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Negeri K252 bermula sebagai kilometer sifar di perkampungan Kampung Bendang Tok Leh, berdekatan dengan kawasan perumahan Taman Resak, Taman Seri Meranti, Taman Mernati dan Taman Keruing, di simpang tiga FT276 (Jalan Lama Changlun). K252 akan memasuki kawasan perkampungan Kampung Changhai, dan menuju ke tenggara dengan menelusuri kawasan perumahan Taman Seraya dan Taman Akasia. K252 akan membuat lintasan pertama dengan Sungai Titi Serong, berdekatan dengan perumahan Taman Akasia 2, lalu membuat pertemuan secara simpang empat dengan Jalan Negeri K253 (Jalan Kampung Baru). Lintasan Sungai Titi Serong merupakan sempadan antara zon kawasan bandar Changlun dan Mukim Temin.[3][4]
K252 akan melintang dan melalui kawasan perhutanan kecil, dan perkampungan, lalu bersimpang dengan jalan akses ke Taman Saga. Di Kampung Changkat Setol, K252 akan membuat dua kali lintasan dengan dua batang sungai yang berbeza namanya, iaitu Sungai Tok Kassim di kilometer 2.1 dan Sungai Badak di kilometer 2.4. Sebelum lintasan pertama, terdapat simpang kecil ke jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Kampung Rawa. Melepasi lintasan ketiga, terdapat simpang kecil ke Kampung Tok Kong. K252 akan menuju ke timur laut bermula di sini, dan akan melalui kawasan perhutanan di kaki Bukit Tunggal dan kependudukan yang jarang. Sebaik sahaja memasuki kawasan perkampungan Kampung Batu 15, K252 akan membengkok ke utara menuju ke penamat timurnya, di simpang FT276 (Jalan Baru Changlun). Simpang ini hanya boleh diakses oleh pengguna dari arah Universiti Utara Malaysia (UUM) sahaja.[3][4]
Secara keseluruhannya, hampir kesemua jajaran Jalan Negeri K252 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Temin.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K252 terletak di Zon 2 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K252 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K252 dikenali sebagai Jalan Kampung Changhai/Kampung Bendang Tok Leh/Kampung Changkat Setoi dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]
Senarai persimpangan
Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|