Jalan Negeri Kedah K271 (Jalan Kampung Kota Giam) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K271 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.12 kilometer (1.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Bata di utara dengan Kampung Malau di selatan.[3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Kampung Kota Giam (Jalan Negeri K271), bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Bata dekat simpang tiga Jalan Jitra–Bukit Wang (Jalan Negeri K109), berhampiran dengan Persimpangan Bertingkat Jitra Utara (Susur Keluar 182) Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (NSE). Permulaan jajaran K271 terletak dalam Mukim Jitra, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K271 akan melengkung sedikit ke barat, lalu melalui kawasan perumahan kos rendah, Taman Cermai. Terdapat dua simpang tiga untuk memasuki ke Taman Cermai, kemudian K271 akan membengkok tajam ke timur meninggalkan Taman Cermai dan memasuki kawasan perkampungan Kampung Kota Giam. Di selekoh ini, terdapat simpang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Kampung Sungai Baharu.[3][4]
Seterusnya, ia akan melintasi sebatang sungai, Sungai Bata, meninggalkan kawasan petempatan penduduk Kampung Kota Giam lalu memasuki kawasan penanaman sawah padi sepanjang 700 meter. K271 akan melintasi sebatang sungai kali kedua iaitu Sungai Charok Palong, untuk memasuki kawasan perkampungan Kampung Manggol, serta Mukim Malau. Simpang tiga hala Jalan Kelubi Luar (Jalan Negeri K273) terletak selepas Jambatan Charok Salong. Di Kampung Manggol, terdapat beberapa simpang jalan untuk ke kawasan perumahan dan komersial Taman Pulasan. Selepas itu, K271 akan melalui kawasan pembinaan, lalu mencapai penghujung selatan, di Jalan Kelubi–Kampung Tanjung (Jalan Negeri K276), dekat Kampung Malau.[3][4]
Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K271 sebahagian besarnya terletak di Mukim Jitra, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu dan selebihnya terletak di Mukim Malau. K271 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4]
Senarai persimpangan
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|