Jalan Kampung Tembak-Padang Geh (Laluan Negeri Kedah K722) ialah jalan raya negeri di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[1]
Gambaran keseluruhan
Jalan Kampung Tembak-Padang Geh diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Baling dengan panjang keseluruhan iaitu, 13.24 kilometer (8.2 bt).[2] Permulaan jajaran Jalan Kampung Tembak-Padang Geh terletak di Kampung Tembak B (sebahagian daripada Kampung Tembak), di simpang Jalan Kuala Ketil-Parit Panjang (K165) dan akan berakhir di Kampung Padang Geh di simpang Jalan Sungai Petani-Baling (FT67).[3] Pada 21 November 2018, kejadian jalan runtuh telah berlaku di Jalan Kampung Tembak-Padang Geh pada jam 7:00 pagi.[4] JKR Baling telah menutup laluan ini kepada semua pengguna jalan raya akibat keadaan jalan yang tidak selamat dan berbahaya, dan mencadangkan pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif yang terdekat.[4]
Jalan Kampung Tembak-Padang Geh, juga salah satu laluan negeri yang terletak di Mukim Tawar dan Mukim Teloi Kanan.[2]
Senarai simpang
Rujukan
Pautan luar
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|