Jalan Negeri Kedah K282 (Jalan Kampung Gelong Rambai) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K280 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.946 kilometer (1.8 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Padang Limau di utara dengan Kampung Tanjung di selatan.[3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Negeri K282 bermula sebagai kilometer sifar di utara Kampung Padang Limau, dalam pecahan pentadbiran selatan Mukim Tunjang, di simpang tiga Jalan Negeri K108 (Jalan Tunjang–Ayer Hitam). K282 akan memalui kawasan perkampungan berselerak, lalu melengkung sedikit ke barat, menuju ke Kampung Belukar dan Kampung Telok Bilek. Sebelum lengkungan bermula, terdapat simpang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Kampung Binjal dan Kampung Jeram. Tidak jauh dari simpang jalan kampung itu, iatu kira-kira 90 meter dari penamat utara, K282 akan memasuki zon pentabdiran Mukim Jeram dan meninggalkan Mukim Tunjang. K282 akan melalui kawasan penanaman sawah padi, sebelum lengkungan tamat di kawasan perkampungan Kampung Gelong Rambai.[3][4]
K282 akan diteruskan melalui kawasan perkampungan Kampung Gelong Rambai dan Kampung Tanah Rang dan beberapa kawasan pertanian yang diusahakan oleh penduduk setempat seperti kelapa sawit serta perhutanan kecil. K282 akan tamat di simpang tiga Jalan Negeri K281 (Jalan Stesen Keretapi Tunjang), di barat kawasan perkampungan Kampung Tanjung. Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K282 terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Jeram dan Mukim Tunjang. K282 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K280 dikenali sebagai Jalan Jeram/Kampung Gelong Rambai/Kampung Binjal dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]
Senarai persimpangan
Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|