Jalan Kupang-Kampung Padang (Laluan Negeri Kedah K718) ialah jalan raya negeri di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[1]
Gambaran keseluruhan
Jalan Kupang-Kampung Padang diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Baling dengan panjang keseluruhan iaitu, 8.88 kilometer (5.5 bt).[2] Permulaan jajaran Jalan Kupang-Kampung Padang terletak di Pekan Kupang, di simpang Jalan Sungai Petani-Baling (FT67) dan akan berakhir Kampung Padang di simpang Jalan Kuala Pegang-Kampung Padang-Asam Jawa (K717).[3] Pada 1 Jun 2021 hingga 1 Ogos 2021, Jalan Kupang-Kampung Padang telah ditutup kepada pengguna jalan raya untuk kerja-kerja menyenggara sistem saliran, pebentung serta pengukuhan tebing di kawasan Kampung Gua Tinggi.[4] JKR Baling mencadangkan penduduk setempat menggunakan laluan alternatif yang terdekat seperti pengguna jalan raya dari Kupang yang hendak ke Kampung Tebing Tinggi atau Parit Panjang hendaklah menggunakan Jalan Gua Reban-Charok Sikin (K719) atau Jalan Banggol Sadang (K748).[4]
Senarai simpang
Rujukan
Pautan luar
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|