Jalan Negeri Kedah K164 (dikenali sebagai Jalan Sidam Kanan dan Jalan Lesung Tujuh) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di Daerah Kulim, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Penghujung barat K164 terletak di simpang K183 (Jalan Guar Lobak–Kampung Tanjung Belit) manakala penghujung timurnya terletak di sebatang jalan kampung yang tidak bernama di Kampung Lesong Tujuh,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 4.01 kilometer (2.5 bt).[1][2]
Gambaran keseluruhan
Jalan Negeri K164 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian utara Daerah Kulim, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan perntadbiran Mukim Sidam Kanan yang bersempadan secara langsung dengan negeri Daerah Kuala Muda di bahagian utaranya.[3] Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan luar bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 4.01 kilometer (2.5 bt).[1][2] Selain itu juga, K164 ialah jalan raya tunggal timur-barat yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][5] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K164 terletak di Zon Padang Serai selian JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu.[6] K164 dikenali sebagai Jalan Sidam Kanan dan Jalan Lesung Tujuh dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2][6]
K164 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan perkampungan Kampung Guar Lobak, Kedah di simpang tiga dengan K183 (Jalan Guar Lobak–Kampung Tanjung Belit) berdekatan dengan sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Lobak. Pada peringkat awal di penghujung barat K164, jalan raya ini bakal menelusuri kawasan perkampungan Kampung Guar Lobak dan Kampung Ujung Padang yang bercorak berselerak di sisi utara jalan raya manakala kawasan penanaman sawah padi atau bendang di sisi selatan jalan raya. Lalu, K164 bakal membengkok ke tenggara di Kampung Sidam Kanan dan Kampung Dato Seri di samping melalui lembah-lembah sungai Sungai Muda yang berada di utara jalan raya; dan kembali ke arah timur semula sebaik sahaja memasuki kawasan Kampung Bukit Sidam. Seterusnya, K164 bakal membuat pertemuan pertamanya dengan jalan raya utama, iaitu K824 (Jalan Pokok Jambu–Sidam Kanan) di Kampung Bukit Sidam. Di sini juga, K164 bakal melalui sebuah bukit yang bernama Bukit Sidam. K164 diteruskan lagi dengan menuju ke arah timur laut dan menelusuri kawasan estet kelapa sawit, Ladang Ban Hup Seng. Jajaran jalan raya K164 diteruskan sehingga penamatnya di Kampung Lesong Tujuh. Di penamat bagi jalan raya ini, K164 bakal dilanjutkan dengan jajaran jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) sedia kala di kawasan perkampungan tersebut.[2][5]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|