Jalan Negeri Kedah K277 (Jalan Bemban–Kampung Salit) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian tengah Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K277 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.11 kilometer (1.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Bemban di utara dengan Kampung Salit di selatan.[3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Negeri K277 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Bemban, di persimpangan Jalan Negeri K262 (Jalan Kampung Telok Tenggiri), berdekatan dnegan sebuah kilang. Permulaan jajaran K277 terletak dalam kawasan Mukim Gelong, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Secara keseluruhannya, jajaran K277 akan melalui kawasan penanaman pokok getah dan sawah padi, yang ditanam oleh penduduk setempat. Setelah dua kilometer dari penghujung utara, K277 akan melalui kawasan perkampungan Kampung Alor Kelubi dan Kampung Lubok Gajah, lalu membengkok ke tenggara dan kembali kepada asal, ke selatan menuju ke penamatnya. K277 akan melalui kawasan persekolahan iaitu Sekolah Kebangsaan Gelong, kemudian tamat di simpang tiga Jalan Negeri K278 (Jalan Batu 14 3/4 Changlun–Pulau Nyior), dalam kawasan Kampung Salit, Mukim Gelong.[3][4]
Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K277 yang diwartakan terletak dalam Mukim Gelong, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K277 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K277 dikenali sebagai Jalan Bemban/Kampung Salit dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]
Senarai persimpangan
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|