Jalan Paya Nahu–Lencongan Timur (Laluan Negeri Kedah K677) ialah jalan negeri yang terletak di tengah Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K677 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.2 kilometer (1.4 bt),[1] menghubungkan Kampung Paya Nahu di barat dengan Bandar Aman Jaya di timur dengan melalui Kawasan Perindustrian Sungai Petani, dan Taman Ria Jaya.[3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Paya Nahu–Lencongan Timur (K677) bermula di persimpangan dengan Jalan Bukit Tok Acheh–Taman Ria Jaya (K609), di Kampung Paya Nahu. Ia akan menuju ke timur melalui kawasan perkilangan dan perumahan. Kira-kira 1.4 kilometer (0.9 bt) dari penghujung barat, K677 akan terdapat simpang empat, jika ke utara pengguna akan ke Jalan PKNK Utama manakala ke selatan pula, pengguna akan ke Jalan PKNK 3/1. Simpang empat ini dilengkapi dengan lampu isyarat. Jajaran Paya Nahu–Lencongan Timur (K677) berakhir di Bandar Aman Jaya (Zon Anggerik), bersimpang dengan Jalan Lencongan Timur (Laluan 225) dan Jalan Aman Jaya. Ia juga dilengkapai dengan lampu isyarat.[3][4]
Jalan Paya Nahu–Lencongan Timur (K677) berjenis jalan raya tunggal dengan dua lorong dari penghujung barat sehingga ke penghujung hayat laluan ini.[3] Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Sungai Petani, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2]
Sejarah
Sebahagian laluan K677, telah diwartakan sebagai jalan persekutuan industri yang bernomborkan, 3052.[5]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda.
Lihat juga
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|