Grand Prix Malaysia 2008 (nama rasmi: X Petronas Malaysian Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan Formula Satu yang diadakan pada 23 Mac, 2008, dan merupakan perlumbaan kedua musim 2008. Perlumbaan ini diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur. Perlumbaan yang dipertandingkan sebanyak 56 pusingan ini dimenangi oleh Kimi Räikkönen, dari pasukan Ferrari, setelah bermula dari tempat kedua. Robert Kubica mendapat tempat kedua untuk pasukan BMW Sauber, manakala Heikki Kovalainen mendapat tempat ketiga untuk McLaren.