Mark Webber

Mark Webber
Mark Webber di Grand Prix Malaysia 2017.
LahirMark Alan Webber
(1976-08-27) 27 Ogos 1976 (umur 48)
Queanbeyan, New South Wales, Australia
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Kewarganegaraan Australia
Tahun aktif20022013
TeamsMinardi, Jaguar, Williams, Red Bull
Entri217 (215 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan9
Podium42
Mata kerjaya1.047,5
Petak pertama13
Pusingan terpantas19
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 2002
Kemenangan pertamaGrand Prix Jerman 2009
Kemenangan terakhirGrand Prix British 2012
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2013
Kedudukan 2013Ke-3 (199 mata)

Mark Alan Webber (lahir 27 Ogos 1976) ialah seorang pemandu Formula Satu yang berasal dari Australia.

Webber bermula dalam Formula Satu pada tahun 2002, dan mendapat mata pertama Minardi dalam tempoh tiga tahun selepas mendapat mata kejuaraan pada perlumbaan F1 yang pertamanya. Selepas musim pertama beliau, Jaguar Racing mengambil beliau sebagai pemandu pertama pasukan mereka. Pada tahun 2009, Webber memenangi perlumbaan pertamanya dengan Red Bull Racing di Grand Prix Jerman. Menjelang akhir tahun 2009, Webber mendapat lapan podium, termasuk satu lagi kemenangan di Brazil. Beliau menambah sepuluh lagi podium pada tahun 2010, termasuk kemenangan di Sepanyol, Monaco, Britain dan Hungary. Webber menamatkan musim 2010 di tempat ketiga. Pada tahun 2011, Webber menambah satu lagi kemenangan di Grand Prix Brazil, dan sekali lagi menamatkan musim di tempat ketiga. Webber akan terus bersama Infiniti Red Bull Racing sehingga akhir musim 2013.

Kerjaya Formula Satu

Minardi (2002)

Webber memandu untuk Minardi di Grand Prix Perancis 2002.

Webber membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu di Grand Prix Australia. Beliau melayakkan diri di tempat ke-18, lebih daripada 4 saat dari masa petak pertama, tetapi 1.4 saat di hadapan rakan sepasukan, Alex Yoong.[1] Pada hari perlumbaan, Webber mendapat tempat keenam, lalu mendapat mata kejuaraan pada Grand Prix pertamanya. Hanya 4 pemandu Formula Satu dari Australia yang mendapat mata kejuaraan dunia dan beliau merupakan pemandu Minardi yang pertama untuk mendapat mata sejak Marc Gene pada tahun 1999.

Webber terpaksa bersara di Grand Prix Malaysia, sebelum mendapat tempat ke-11 berturut-turut pada dua perlumbaan berikutnya. Webber dan Yoong terpaksa menarik diri daripada Grand Prix Sepanyol disebabkan kegagalan sayap yang berkemungkinan mendatangkan bahaya.

Di Grand Prix Hungary, Webber hilang dua kilogram berat badannya sepanjang perlumbaan tersebut kerana terpaksa memandu tanpa air minuman selepas botol airnya pecah. Webber dapat mengatasi Yoong (dan Anthony Davidson, yang menggantikan Yoong untuk Grand Prix Hungary dan Belgium) pada pusingan kelayakan bagi setiap perlumbaan, dan 2 mata kejuaraan yang beliau kutip di Australia sudah memadai bagi Minardi untuk menamatkan musim di tempat kesembilan, di hadapan Toyota dan Arrows.[2] Webber dianugerahkan dengan gelaran Rookie of the Year dalam majalah F1 Racing. Autosport.com juga memberikan anugerah Rookie of the Year dan F1 Newcomer of the Year. Pada bulan November 2002, ia telah diumumkan bahawa Webber akan menyertai Jaguar Racing untuk musim 2003, bersama pemandu ujian Williams, Antônio Pizzonia.

Red Bull Racing (2007-kini)

2007

Webber memandu untuk Red Bull Racing di Grand Prix British 2007.

Pada perlumbaan pertama musim ini di Melbourne, Webber melayakkan diri ke tempat ketujuh dan mempertahankan kedudukan tersebut semasa bahagian awal perlumbaan, namun menamatkan perlumbaan di tempat ke-13. Di Grand Prix Malaysia, beliau mendapat tempat kesepuluh selepas bermula dari kedudukan yang sama. Perlumbaan di Bahrain berjalan dengan lancar bagi Webber dan Coulthard. Mereka berdua berada di tempat keenam dan ketujuh, sehingga kedua-dua kereta terpaksa bersara disebabkan kerosakan mekanikal.

Perlumbaan di Sepanyol tidak berjalan dengan lancar bagi Webber. Beliau gagal untuk memasuki pusingan kelayakan bahagian kedua dan bersara awal dari perlumbaan disebabkan masalah hidraulik. Webber akhirnya mendapat podium kedua kerjayanya di Grand Prix Eropah selepas bermula dari tempat keenam. Webber hampir kehilangan tempat podium tersebut selepas bersaing dengan Alexander Wurz pada selekoh kedua terakhir perlumbaan.[3]

Webber hampir mendapat satu lagi podium di Grand Prix Jepun, namun beliau dilanggar oleh Sebastian Vettel dalam keadaan hujan lebat.

Webber kelihatan kukuh pada perlumbaan terakhir musim di Brazil. Webber bermula dari tempat kelima, di hadapan kedua-dua kereta BMW Sauber dan di belakang kereta Ferrari dan McLaren. Webber kelihatan kukuh dalam perlumbaan tersebut, namun satu lagi kegagalan mekanikal menyebabkan beliau untuk bersara dari perlumbaan tersebut.

2008

Webber di Grand Prix Perancis 2008.

Webber memulakan musim ini dengan Red Bull Racing di Melbourne. Beliau mencatatkan masa pusingan enam teratas dalam ketiga-tiga sesi latihan bebas, dan hampir memasuki sesi kelayakan bahagian ketiga namun cakera brek depan kereta beliau gagal berfungsi semasa sesi kelayakan bahagian kedua, lalu menyebabkan beliau terperangkap dalam pasir pada akhir sesi tersebut, dan menyebabkan beliau bermula dari tempat ke-15. Walaupun bermula dengan baik, beliau terkeluar dari litar pada selekoh pertama untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam perlanggaran yang berlaku dihadapannya. Webber berjaya memotong beberapa kereta yang lain, namun beliau berlanggar dengan Kazuki Nakajima dan Anthony Davidson, lalu beliau terpaksa bersara dari perlumbaan tersebut.[4]

Walaupun bersara di Australia, Webber berjaya mendapatkan mata untuk lima perlumbaan seterusnya. Beliau juga mendapat tempat keempat di Monaco dalam keadaan hujan. Sehingga tahun 2009, ini merupakan permulaan musim yang terbaik bagi Webber sejak tahun 2005 dengan Williams, dengan mendapat mata dalam lima perlumbaan berturut-turut.

Pada hari Khamis sebelum Grand Prix British, ia telah diumumkan bahawa Webber telah bersetuju untuk melanjutan kontraknya bersama Red Bull Racing untuk setahun, dan akan terus dengan mereka sehingga akhir musim 2009.[5] Semasa sesi kelayakan untuk Grand Prix tersebut, Webber berjaya melayakkan diri ke tempat kedua, di hadapan Kimi Räikkönen dan di belakang Heikki Kovalainen. Namun, hasil Webber disia-siakan selepas hanya mampu mendapat satu mata.

Pada perlumbaan malam pertama dalam Formula Satu, iaitu Grand Prix Singapura, Webber bermula dari tempat ke-13. Red Bull menyuruh kedua-dua Webber dan Coulthard untuk memasuki pit apabila kereta keselamatan berada di litar selepas Nelson Piquet, Jr. terhempas. Ketika Webber berada di tempat kedua, beliau mengalami masalah kotak gear, dan menyebabkan beliau bersara pada pusingan ke-29.

2009

Webber kekal bersama Red Bull bagi musim 2009, di mana beliau telah disertai oleh Sebastian Vettel selepas persaraan David Coulthard pada akhir tahun 2008. Selepas kaki Webber patah dalam sebuah kemalangan jalan raya semasa acara amal di Tasmania, beliau kembali untuk melengkapkan ujian pra musim pada 11 Februari dengan bebatang keluli di kakinya.[6]

Di Grand Prix Australia, sebuah kesilapan pada pusingan kelayakan menyebabkan beliau memulakan perlumbaan dari tempat kesepuluh. Pada pusingan kedua perlumbaan, Webber berlanggar dengan Heikki Kovalainen, Adrian Sutil dan Nick Heidfeld, berikutan usaha mereka untuk mengelakkan perlanggaran dengan Rubens Barrichello, yang menyebabkan mereka semua untuk ke pit, kecuali Barrichello.[7]

Di Grand Prix Malaysia, Webber melayakkan diri ke tempat ketujuh, namun dinaikkan dua tempat kedudukan selepas dua pemandu lain menerima penalti. Perlumbaan tersebut diberhentikan selepas hujan monsun, dan perlumbaan tersebut berakhir di bawah keadaan kereta keselamatan dengan Webber di tempat keempat. Beliau kemudiannya diklasifikasikan di tempat kelapan, tetapi siasatan lanjut menyebabkan beliau mendapat tempat keenam. Beliau telah diberikan 1.5 mata kerana perlumbaan tersebut tidak dilengkapkan sepenuhnya. Grand Prix China merupakan satu kejayaan bagi Webber. Beliau bermula dari tempat ketiga, dan perlumbaan ini bermula di bawah keadaan kereta keselamatan kerana hujan lebat. Webber akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Rakan sepasukan, Sebastian Vettel, memenangi perlumbaan tersebut dan ia merupakan kemenangan pertama (dan keputusan 1-2) bagi Red Bull.

Webber memenangi Grand Prix pertamanya di Grand Prix Jerman 2009.

Di Grand Prix Sepanyol, Webber bermula dari tempat ketiga dan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, manakala di Monaco, beliau mendapat tempat kelima. Webber sekali lagi mendapat tempat kedua di Grand Prix Turki dan Grand Prix British.

Webber mendapat petak pertama yang pertama dalam kerjaya Formula Satunya di Grand Prix Jerman. Beliau berjaya memenangi perlumbaan tersebut, walaupun menerima penalti pandu dalam pit pada awal perlumbaan kerana menyebabkan perlanggaran yang boleh dielakkan selepas berlanggar dengan pemandu Brawn GP, Rubens Barrichello. Webber memenangi perlumbaan tersebut di hadapan Vettel. Dengan keputusan 1-2 Red Bull ini, Red Bull merapatkan jurang dengan Brawn dalam Kejuaraan Pengeluar. Webber naik ke tangga ketiga dalam Kejuaraan Pemandu Dunia selepas kemenangannya, lalu menjatuhkan Barrichello ke tangga keempat dalam kejuaraan tersebut.[8]

Berikutan Grand Prix Jerman, Webber mendapat tempat ketiga di Grand Prix Hungary. Namun beliau mendapat tempat kesembilan bagi dua perlumbaan seterusnya, dan bersara dalam dua perlumbaan yang lain. Selepas perlumbaan yang malang di Grand Prix Jepun, Webber jatuh ke tempat keempat dalam kejuaraan pemandu dan gagal mendapat sebarang mata. Walau bagaimanapun, beliau menang di Brazil setelah bermula dari tempat kedua. Beliau menamatkan musim di tangga keempat dalam kejuaraan pemandu.

2010

Webber mendapat petak pertama di Malaysia, namun menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Webber kekal bersama Red Bull bagi musim 2010. Beliau mendapat petak pertama sebanyak lima kali (di Malaysia,[9] Sepanyol,[10] Monaco, [11] Turki[12] dan Belgium); dan memenangi empat perlumbaan (Sepanyol, Monaco, Britain dan Hungary); dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua di Malaysia, Belgium, Jepun dan Brazil dan tempat ketiga di Turki dan Singapura. Selepas Grand Prix Monaco, Webber mendahului kedudukan kejuaraan pemandu, dan manjadi orang Australia yang pertama untuk berbuat demikian sejak Alan Jones pada tahun 1981. Pada bulan Jun, Red Bull Racing mengumumkan bahawa Webber telah menandatangani lanjutan kontrak selama satu tahun, bermakna beliau akan kekal bersama mereka untuk musim 2011.

Webber memenangi Grand Prix British 2010 di Silverstone

Di Grand Prix Eropah, Webber merempuh ke belakang kereta Lotus kepunyaan Heikki Kovalainen, dan menyebabkan kereta Webber terpelanting di udara, dan melanggar papan iklan di litar dan mendarat secara terbalik. Webber mengalami kecederaan ringandan bersara dari perlumbaan tersebut.

Pada akhir musim, Webber mendapat tempat ketiga dalam kejuaraan pemandu, di belakang Vettel dan Alonso. Beliau telah memimpin kejuaraan pemandu sehingga Grand Prix Korea, di mana beliau gagal menamatkan perlumbaan tersebut. Webber masih berpeluang untuk memenangi kejuaraan tersebut jika Webber memenangi perlumbaan terakhir musim ini di Abu Dhabi dan Alonso perlu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga atau rendah. Vettel memenangi perlumbaan tersebut dan memenangi kejuaraan pemandu dan Red Bull memenangi kejuaraan pengeluar.

Webber berlumba dengan keretakan kecil di bahu kanannya bagi empat perlumbaan terakhir musim ini disebabkan sebuah kemalangan berbasikal gunung.[13]

Di Grand Prix British 2011, Webber dianugerahkan Memorial Hawthorn Trophy bagi tahun 2010.[14]

2011

Webber di Grand Prix Kanada 2011.

Webber memulakan musim 2011 dengan mendapat tempat kelima di Grand Prix Australia, selepas bermula dari tempat ketiga.[15] Di Malaysia, beliau mendapat tempat ketiga tetapi KERS beliau gagal sepenuhnya pada awal perlumbaan dan jatuh lebih daripada 10 tempat, namun menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan mendapat pusingan terpantas perlumbaan tersebut. Di China, beliau mendapat tempat ketiga dan ia merupakan podium pertamanya bagi musim 2011 dan beliau mendapat satu lagi podium di Turki selepas mendapat tempat kedua. Di Sepanyol, Webber mendapat petak pertama, namun hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Webber mendapat petak pertama di Grand Prix British, namun perlumbaan tersebut tidak berjalan lancar untuk Webber. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, manakala Sebastian Vettel mendapat tempat kedua dan Fernando Alonso memenangi perlumbaan tersebut.[16]

Webber mendapat kemenangan yang pertama dan terakhirnya pada tahun 2011 di Brazil, selepas mendahului perlumbaan tersebut selepas rakan sepasukan, Sebastian Vettel, mengalami kerosakan dengan kotak gearnya. Dengan keputusan ini, beliau mendapat tempat ketiga dalam Kejuaraan Dunia Pemandu, di hadapan Fernando Alonso.[17] Webber juga mendapat 7 pusingan terpantas musim ini, dan tiada pemandu lain mendapat lebih daripada tiga pusingan terpantas, dan beliau diberikan anugerah DHL Fastest Lap Award yang pertama dalam kerjayanya.[18]

2012

Webber memandu untuk Red Bull Racing di Grand Prix Malaysia 2012.

Pada 27 Ogos 2011, ia telah diumumkan bahawa Webber akan kekal bersama Red Bull bagi musim 2012, dan sekali lagi menjadi rakan sepasukan Vettel[19] Webber mendapat tempat kelima pada pusingan kelayakan di Grand Prix Australia dan menamatkan perlumbaan di tempat keempat.[20]

Webber mendapat tempat keempat di Malaysia, China dan Bahrain. Beliau mendapat tempat pertama untuk Grand Prix Monaco selepas menetapkan masa kedua terpantas pada Q3 tetapi dinaikkan kedudukan selepas Michael Schumacher dikenakan penalti lima-petak kedudukan selepas berlanggar dengan Bruno Senna di Grand Prix Sepanyol. Beliau memenangi perlumbaan tersebut. Ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut bagi pemandu Red Bull Racing di Monaco, dan kali pertama bahawa enam pemandu yang berbeza memenangi enam perlumbaan dalam sebuah musim.[21] Dengan kemenangan ini, beliau menjadi pemandu Australia yang pertama untuk mendapat dua kemenangan di Monaco.

Webber di Grand Prix Amerika Syarikat 2012

Webber mendapat kemenangan keduanya bagi musim ini di Grand Prix British selepas memotong Fernando Alonso pada saat-saat akhir perlumbaan.[22] Berikutan kemenangan itu, Webber melanjutkan kontraknya bersama Red Bull, dan akan kekal bersama mereka sehingga musim 2013.[23] Webber mendapat petak pertama di Grand Prix Korea, di hadapan rakan sepasukan, Vettel,[24] Namun begitu, Vettel memenangi perlumbaan ini dengan Webber mendapat tempat kedua. Di India, Webber mendapat tempat ketiga selepas mengalami masalah KERS. Beliau bersara di Abu Dhabi dan Amerika Syarikat, sebelum mendapat tempat keempat di Brazil, di mana Vettel memenangi kejuaraan dunia ketiganya.

Webber menamatkan musim di tangga keenam dengan 179 mata.

Rekod perlumbaan

Ringkasan kerjaya

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
1994 Australian Formula Ford Mark Webber 16 0 0 ? ? 30 Ke-13
1995 Australian Formula Ford Yellow Pages Racing 16 3 3 ? ? 158 Ke-4
Australian Drivers' Championship Birrana Racing 2 0 0 0 2 32 Ke-8
Formula Ford Festival Van Diemen 1 0 0 0 1 N/A Ke-3
1996 European Formula Ford Van Diemen ? ? ? ? ? ? Ke-3
British Formula Ford ? ? ? ? ? 113 Ke-2
Formula Ford Festival 1 1 0 0 1 N/A Pertama
Australian Drivers' Championship Ralt Australia 2 1 0 0 1 20 Ke-10
1997 British Formula Three Alan Docking Racing 16 1 3 1 5 127 Ke-4
Macau Grand Prix 1 0 0 0 0 N/A Ke-4
Masters of Formula Three 1 0 0 0 1 N/A Ke-3
1998 FIA GT Championship AMG Mercedes (GT1) 10 5 0 0 8 69 Ke-3
Le Mans 24 Hours 1 0 1 0 0 N/A NC
1999 Le Mans 24 Hours AMG Mercedes (GTP) 1 0 0 0 0 N/A DNS
2000 International Formula 3000 European Arrows 10 1 0 2 3 21 Ke-3
Formula Satu Arrows Pemandu ujian
2001 International Formula 3000 Super Nova Racing 12 3 2 3 4 39 Ke-2
Formula Satu Benetton Pemandu ujian
2002 Formula Satu KL Minardi Asiatech 17 0 0 0 0 2 Ke-16
2003 Formula Satu Jaguar Racing 16 0 0 0 0 17 Ke-10
2004 Formula Satu Jaguar Racing 18 0 0 0 0 7 Ke-13
2005 Formula Satu BMW WilliamsF1 Team 19 0 0 0 1 36 Ke-10
2006 Formula Satu WilliamsF1 Team 18 0 0 0 0 7 Ke-14
2007 Formula Satu Red Bull Racing 17 0 0 0 1 10 Ke-12
2008 Formula Satu Red Bull Racing 18 0 0 0 0 21 Ke-11
2009 Formula Satu Red Bull Racing 17 2 1 3 8 69.5 Ke-4
2010 Formula Satu Red Bull Racing 19 4 5 3 10 242 Ke-3
2011 Formula Satu Red Bull Racing 19 1 3 7 10 258 Ke-3
2012 Formula Satu Red Bull Racing 20 2 2 1 4 179 Ke-6
2013 Formula Satu Infiniti Red Bull Racing 3 0 0 0 1 26* Ke-3*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan International Formula 3000

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 DC Mata
2000 European Arrows F3000 IMO
3
SIL
1
CAT
Ret
NUR
Ret
MON
Ret
MAG
16
A1R
4
HOC
3
HUN
9
SPA
16
Ke-3 21
2001 Super Nova Racing INT
7
IMO
1
CAT
7
A1R
Ret
MON
1
NUR
2
MAG
1
SIL
4
HOC
Ret
HUN
Ret
SPA
Ret
MNZ
Ret
Ke-2 39

Keputusan lengkap Formula Satu

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2002 KL Minardi Asiatech Minardi PS02 Asiatech AT02 3.0 V10 AUS
5
MAL
Ret
BRA
11
SMR
11
ESP
DNS
AUT
12
MON
11
CAN
11
EUR
15
GBR
Ret
FRA
8
GER
Ret
HUN
16
BEL
Ret
ITA
Ret
USA
Ret
JPN
10
Ke-16 2
2003 Jaguar Racing Jaguar R4 Cosworth CR-5 3.0 V10 AUS
Ret
MAL
Ret
BRA
9
SMR
Ret
ESP
7
AUT
7
MON
Ret
CAN
7
EUR
6
FRA
6
GBR
14
GER
11
HUN
6
ITA
7
USA
Ret
JPN
11
Ke-10 17
2004 Jaguar Racing Jaguar R5 Cosworth CR-6 3.0 V10 AUS
Ret
MAL
Ret
BHR
8
SMR
13
ESP
12
MON
Ret
EUR
7
CAN
Ret
USA
Ret
FRA
9
GBR
8
GER
6
HUN
10
BEL
Ret
ITA
9
CHN
10
JPN
Ret
BRA
Ret
Ke-13 7
2005 BMW WilliamsF1 Team Williams FW27 BMW P84/5 3.0 V10 AUS
5
MAL
Ret
BHR
6
SMR
7
ESP
6
MON
3
EUR
Ret
CAN
5
USA
DNS
FRA
12
GBR
11
GER
NC
HUN
7
TUR
Ret
ITA
14
BEL
4
BRA
NC
JPN
4
CHN
7
Ke-10 36
2006 WilliamsF1 Team Williams FW28 Cosworth CA2006 2.4
V8
BHR
6
MAL
Ret
AUS
Ret
SMR
6
EUR
Ret
ESP
9
MON
Ret
GBR
Ret
CAN
12
USA
Ret
FRA
Ret
GER
Ret
HUN
Ret
TUR
10
ITA
10
CHN
8
JPN
Ret
BRA
Ret
Ke-14 7
2007 Red Bull Racing Red Bull RB3 Renault RS27 2.4 V8 AUS
13
MAL
10
BHR
Ret
ESP
Ret
MON
Ret
CAN
9
USA
7
FRA
12
GBR
Ret
EUR
3
HUN
9
TUR
Ret
ITA
9
BEL
7
JPN
Ret
CHN
10
BRA
Ret
Ke-12 10
2008 Red Bull Racing Red Bull RB4 Renault RS27 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
7
BHR
7
ESP
5
TUR
7
MON
4
CAN
12
FRA
6
GBR
10
GER
Ret
HUN
9
EUR
12
BEL
8
ITA
8
SIN
Ret
JPN
8
CHN
14
BRA
9
Ke-11 21
2009 Red Bull Racing Red Bull RB5 Renault RS27 2.4 V8 AUS
12
MAL
6
CHN
2
BHR
11
ESP
3
MON
5
TUR
2
GBR
2
GER
1
HUN
3
EUR
9
BEL
9
ITA
Ret
SIN
Ret
JPN
17
BRA
1
ABU
2
Ke-4 69.5
2010 Red Bull Racing Red Bull RB6 Renault RS27 2.4 V8 BHR
8
AUS
9
MAL
2
CHN
8
ESP
1
MON
1
TUR
3
CAN
5
EUR
Ret
GBR
1
GER
6
HUN
1
BEL
2
ITA
6
SIN
3
JPN
2
KOR
Ret
BRA
2
ABU
8
Ke-3 242
2011 Red Bull Racing Red Bull RB7 Renault RS27 2.4 V8 AUS
5
MAL
4
CHN
3
TUR
2
ESP
4
MON
4
CAN
3
EUR
3
GBR
3
GER
3
HUN
5
BEL
2
ITA
Ret
SIN
3
JPN
4
KOR
3
IND
4
ABU
4
BRA
1
Ke-3 258
2012 Red Bull Racing Red Bull RB8 Renault RS27 2.4 V8 AUS
4
MAL
4
CHN
4
BHR
4
ESP
11
MON
1
CAN
7
EUR
4
GBR
1
GER
8
HUN
8
BEL
6
ITA
20†
SIN
11
JPN
9
KOR
2
IND
3
ABU
Ret
USA
Ret
BRA
4
Ke-6 179
2013 Infiniti Red Bull Racing Red Bull RB9 Renault RS27 2.4 V8 AUS
6
MAL
2
CHN
Ret
BHR
ESP
MON
CAN
GBR
GER
HUN
BEL
ITA
SIN
KOR
JPN
IND
ABU
USA
BRA
Ke-6* 26*

Separuh mata diberikan kerana kurang daripada 75% jarak perlumbaan dihabiskan oleh pemenang.
Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih dari 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Keputusan 24 Jam Le Mans

Tahun Kelas No. Tayar Kereta Pasukan Pemandu kedua Pusingan Ked. Posisi
kelas.
1998 GT1 35 B Mercedes-Benz CLK-LM
Mercedes-Benz M119 5.0L V8
Jerman AMG-Mercedes Jerman Bernd Schneider
Jerman Klaus Ludwig
19 DNF DNF
1999 LMGTP 4 B Mercedes-Benz CLR
Mercedes-Benz GT108C 5.7L V8
Jerman AMG-Mercedes Perancis Jean-Marc Gounon
Jerman Marcel Tiemann
0 DNS DNS

Rujukan

  1. ^ "Grand Prix Australia 2002 - Klasifikasi sesi kelayakan" (PDF). FIA. Dicapai pada 8 Februari 2006.
  2. ^ "Kejuaraan Pengeluar 2002". Dicapai pada 8 Februari 2006.
  3. ^ "Webber mendapat podium". MarkWebber.com. Mark Webber. 22 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-27. Dicapai pada 29 November 2012.
  4. ^ "Melbourne 2008". ITV-F1. 16 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-30. Dicapai pada 2012-11-29.
  5. ^ "Red Bull melanjutkan kontrak Webber". autosport.com. 3 Julai 2008. Dicapai pada 3 Julai 2008.
  6. ^ Beer, Matt (17 January 2009). "Webber sedia untuk melengkapkan ujian". autosport.com. Dicapai pada 29 November 2012.
  7. ^ Carline, Peter (29 Mac 2009). "Grand Prix Australia – aksi dari Albert Park". Daily Mail. Dicapai pada 14 Mac 2011.
  8. ^ "Mark Webber menang di Jerman". The Guardian. London. 12 Julai 2009. Dicapai pada 13 Julai 2009.
  9. ^ "Webber mendapat petak pertama di Malaysia". ABC News. Australian Broadcasting Corporation. 3 April 2010. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  10. ^ Gover, Paul (10 Mei 2010). "Mark Webber memenangi Grand Prix Sepanyol". Herald Sun. Melbourne, Australia: The Herald and Weekly Times. Dicapai pada 7 Ogos 2010.
  11. ^ Gover, Paul (18 Mei 2010). "Kemenangan di Monaco ialah kemenangan yang terhebat bagi Mark Webber". Herald Sun. Melbourne, Australia: The Herald and Weekly Times. Dicapai pada 10 Ogos 2010.
  12. ^ "Pemandu F1 Australia, Mark Webber mendapat petak pertama di Turki". PerthNow; The Sunday Times. News Limited; Agence France-Presse. 29 Mei 2010. Dicapai pada 10 Ogos 2010.
  13. ^ "Webber menamatkan musim dengan keretakan di bahu". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 7 Disember 2010. Dicapai pada 7 Disember 2010.
  14. ^ "Mark Webber diberikan Hawthorn Memorial Trophy bagi tahun 2010". AUSmotive.com. AUSmotive. 10 Julai 2011. Dicapai pada 10 Julai 2011.
  15. ^ "Vettel menang mudah di Melbourne". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 27 Mac 2011. Dicapai pada 31 Mac 2011.
  16. ^ Phelps, James (11 Julai 2011). "Mark Webber menempis Red Bull". Perth Now. News Limited. Dicapai pada 12 Julai 2011.
  17. ^ "Webber menang di Brazil". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 27 November 2011. Dicapai pada 28 November 2011.
  18. ^ "Webber memenangi DHL Fastest Lap Award". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 26 November 2011. Dicapai pada 1 Jun 2012.
  19. ^ "Webber menandatangani kontrak bersama Red Bull bagi musim 2012". redbull.com. Red Bull Racing. 27 Ogos 2011. Dicapai pada 27 Ogos 2011.
  20. ^ "Webber di tempat keempat di Australia". The Sydney Morning Herald. Fairfax Media. Australian Associated Press. 18 Mac 2012. Dicapai pada 19 Mac 2012.
  21. ^ Benson, Andrew (27 Mei 2012). "Mark Webber menang untuk Red Bull di Monte Carlo". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 10 Jun 2012.
  22. ^ Benson, Andrew (8 Julai 2012). "Mark Webber menang selepas memotong Fernando Alonso pada saat-saat akhir perlumbaan". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 10 Julai 2012.
  23. ^ "Mark Webber melanjutkan kontrak bersama Red Bull untuk musim 2013". BBC Sport. BBC. 10 Julai 2012. Dicapai pada 10 Julai 2012.
  24. ^ Benson, Andrew (13 Oktober 2012). "Mark Webber mendapat petak pertama, di hadapan Sebastian Vettel". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 13 Oktober 2012.

Pautan luar

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Kevin McGarrity
Pemenang Formula Ford Festival
1996
Diikuti oleh:
Jacky van der Ende
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Juan Pablo Montoya
Autosport
Rookie of the Year

2002
Diikuti oleh:
Dan Wheldon
Didahului oleh
Fernando Alonso
Trofi Lorenzo Bandini
2006
Diikuti oleh:
Felipe Massa
Didahului oleh
Jenson Button
Trofi Hawthorn Memorial
2010
Diikuti oleh:
Jenson Button
Didahului oleh
Fernando Alonso
DHL Fastest Lap Award
2011
Diikuti oleh:
Sebastian Vettel

Read other articles:

Halaman ini berisi artikel tentang jaringan Nickelodeon dikhususkan untuk remaja. Untuk stasiun televisi Nickelodeon, lihat Nickelodeon. SNICK beralih ke halaman ini. Untuk saluran televisi prasekolah, lihat Nick Jr. Untuk saluran berisi kartun-kartun Nickelodeon, lihat Nicktoons Network. Artikel ini bukan mengenai Student Nonviolent Coordinating Committee. TeenNickNama sebelumnyaSNICK (1992-1999)Snick House (1999-2004)TEENick (2001-2009)The N (2002-2009)Nick GAS (1999-2007)JenisBlok aca...

 

2010 children's novel by Pseudonymous Bosch This article has multiple issues. Please help improve it or discuss these issues on the talk page. (Learn how and when to remove these template messages) This article does not cite any sources. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: This Isn't What It Looks Like – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (Octo...

 

Romanian footballer Mihai Adam Personal informationDate of birth (1940-07-03)3 July 1940Place of birth Câmpia Turzii, RomaniaDate of death 11 December 2015(2015-12-11) (aged 75)Place of death Cluj-Napoca, RomaniaHeight 1.79 m (5 ft 10 in)Position(s) StrikerYouth career1956–1959 Industria Sârmei Câmpia TurziiSenior career*Years Team Apps (Gls)1959–1962 Industria Sârmei Câmpia Turzii 1962–1972 Universitatea Cluj 226 (107)1968–1969 → Vagonul Arad (loan) 13 (6)1...

Wolfenstein 3DLayar pembuka Wolfenstein 3DInformasi produksiPengembangid SoftwarePenerbitApogee Software (edisi pertama)FormGen (khusus Spear of Destiny)PengarahTom HallPerancangJohn RomeroTom HallPemrogramJohn CarmackJohn RomeroSenimanAdrian CarmackKomponisRobert Prince (DOS)Brian Luzietti (Macintosh)Todd Dennis (3DO) Data permainanSeriWolfenstein MesinWolfenstein 3D engine PlatformMS-DOS, Mac, Apple IIGS, Acorn Archimedes, RiscPC, SNES, Jaguar, Atari ST, GBA, 3DOGenretembak-menemb...

 

Bupati JayapuraPetahanaTriwarno PurnomoPenjabatsejak 20 Desember 2022Masa jabatan5 tahun (definitif)Dibentuk1967Pejabat pertamaAnwar IlwarSitus webSitus Resmi Kabupaten Jayapura Berikut ini adalah Daftar Bupati Jayapura dari masa ke masa.       Non-partisan            P. Golkar            P. Nasdem       No Bupati&#...

 

هيجة قطيب (محلة) تقسيم إداري البلد  اليمن المحافظة محافظة إب المديرية مديرية فرع العدين العزلة عزلة بني يوسف القرية قرية الفصور السكان التعداد السكاني 2004 السكان 42   • الذكور 23   • الإناث 19   • عدد الأسر 5   • عدد المساكن 5 معلومات أخرى التوقيت توقيت اليمن (+3 غريني...

У Вікіпедії є статті про інші географічні об’єкти з назвою Магнолія. Місто Магноліяангл. Magnolia Координати 31°08′57″ пн. ш. 90°27′39″ зх. д. / 31.14917000002778025° пн. ш. 90.46111000002778724° зх. д. / 31.14917000002778025; -90.46111000002778724Координати: 31°08′57″ пн. ш. 90°27′39″ ...

 

artikel ini perlu dirapikan agar memenuhi standar Wikipedia. Tidak ada alasan yang diberikan. Silakan kembangkan artikel ini semampu Anda. Merapikan artikel dapat dilakukan dengan wikifikasi atau membagi artikel ke paragraf-paragraf. Jika sudah dirapikan, silakan hapus templat ini. (Pelajari cara dan kapan saatnya untuk menghapus pesan templat ini) ibis Styles HotelsIndustriHotelDidirikan2012Cabang141 hotelWilayah operasiEropa, Asia-Pasifik, Amerika Latin dan Karibia, Afrika dan Timur TengahI...

 

Ruas Jalan Kemanggisan Raya, Jakarta Barat. Jalan Kemanggisan Raya adalah salah satu ruas jalan di Jakarta. Jalan ini menghubungkan Jalan Arjuna Selatan, Jalan Kemanggisan Utama dan Jalan Rawa Belong. Jalan dipotong oleh Jalan Kemanggisan Utama dan Jalan Sakti Raya. Jalan ini melintang sepanjang 950 meter dari persimpangan Jalan Kemanggisan Utama sampai Persimpangan Jalan Angsana dan Jalan Rawa Belong, sedangkan dari persimpangan Jalan Sakti sampai persimpangan Jalan Arjuna Selatan melintang ...

Mahidi, yang merupakan akronim dari Mati Hidup dengan Indonesia,[1] adalah sebuah milisi di Timor Leste yang setia kepada Indonesia.[2] Bermula pada Desember 1998,[3] mereka ikut serta dalam Krisis Timor Timur 1999, dan kelompok tersebut adalah salah satu angkatan bersenjata paling keras pada krisis tersebut. Mereka dikaitkan dengan pembantaian Gereja Suai yang membuat sekitar 200 orang tewas serta pembunuhan massal lainnya. Anggota Mahidi (1999) Referensi ^ Damaledo, ...

 

Kazuya Daimon (大門 一也code: ja is deprecated , Daimon Kazuya) (lahir 23 Oktober 1962) adalah penyanyi anison, J-Pop, komponis, aransemen asal Jepang dan anggota di grup musik Project DMM. Daimon dikenal sebagai penyanyi lagu tema dari anime, tokusatsu dan serial Ultra (dengan anggota Project DMM). Diskografi Lihat diskografi di Project DMM. Singel Koibito ga Koibito de naku naru Toki (恋人が恋人でなくなる時) (1993) c/w Boku-Tachi no Evolution (僕達のエボリューショ...

 

Savary IslandNative name: Áyhus (Sliammon)The south shore of Savary IslandLocation of Savary Island (bottom right)GeographyLocationSalish SeaCoordinates49°56′21″N 124°48′48″W / 49.93917°N 124.81333°W / 49.93917; -124.81333ArchipelagoDiscovery IslandsHighest elevation68 m (223 ft)AdministrationCanadaProvinceBritish ColumbiaRegional districtqathet Regional District Savary Island or Áyhus[1] is an island in British Columbia, Canada. Lo...

This article has multiple issues. Please help improve it or discuss these issues on the talk page. (Learn how and when to remove these template messages) This article does not cite any sources. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Kane family – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (December 2009) (Learn how and when to remove this template message...

 

Island in Papua New Guinea LihirNative name: NiolamNASA Space Shuttle image of Lihir IslandLihirGeographyLocationMelanesiaCoordinates3°7′30″S 152°38′30″E / 3.12500°S 152.64167°E / -3.12500; 152.64167ArchipelagoBismarck ArchipelagoTotal islands4Major islands1Length22 km (13.7 mi)Width14.6 km (9.07 mi)Highest elevation700 m (2300 ft)AdministrationPapua New GuineaProvinceNew Ireland ProvinceDemographicsPopulation25,608 Lihir ...

 

David Rozehnal Informasi pribadiNama lengkap David Sebastian Klement RozehnalTanggal lahir 5 Juli 1980 (umur 43)Tempat lahir Šternberk, CekoslowakiaTinggi 1,91 m (6 ft 3 in)Posisi bermain BekInformasi klubKlub saat ini LilleNomor 14Karier senior*Tahun Tim Tampil (Gol)1999–2003 Sigma Olomouc 72 (2)2003–2005 Club Brugge 50 (1)2005–2007 Paris Saint-Germain 75 (1)2007–2008 Newcastle United 21 (0)2008 → Lazio (pinjam) 10 (0)2008–2009 Lazio 28 (0)2009–2011 Hamburg...

American Shakespearean scholar This article may rely excessively on sources too closely associated with the subject, potentially preventing the article from being verifiable and neutral. Please help improve it by replacing them with more appropriate citations to reliable, independent, third-party sources. (July 2022) (Learn how and when to remove this template message) Peter S. DonaldsonAcademic backgroundEducation Columbia University (BA, PhD) University of Cambridge (BA) Academic workDiscip...

 

Stadtbahn system serving Frankfurt, Hesse, Germany You can help expand this article with text translated from the corresponding article in German. (November 2011) Click [show] for important translation instructions. View a machine-translated version of the German article. Machine translation, like DeepL or Google Translate, is a useful starting point for translations, but translators must revise errors as necessary and confirm that the translation is accurate, rather than simply copy-pas...

 

У этого термина существуют и другие значения, см. Права человека (значения). ПравоТеория Естественные и законные права Права требования и права свободы Отрицательные и положительные права Индивидуальные и групповые права Подразделы прав человека Три поколения Гражданс...

Ця стаття містить текст, що не відповідає енциклопедичному стилю. Будь ласка, допоможіть удосконалити цю статтю, погодивши стиль викладу зі стилістичними правилами Вікіпедії. Можливо, сторінка обговорення містить зауваження щодо потрібних змін. (серпень 2014) У Вікіпед...

 

此條目需要編修,以確保文法、用詞、语气、格式、標點等使用恰当。 (2015年8月19日)請按照校對指引,幫助编辑這個條目。(幫助、討論) 爱彼迎AirbnbAirbnb驻加拿大多伦多办公室公司類型上市公司股票代號NASDAQ:ABNB成立2008年創辦人布萊恩·切斯基、喬·傑比亞、內森·布萊卡斯亞克 代表人物布萊恩·切斯基(執行長)喬·傑比亞(CPO)Nathan Blecharczyk(CTO)總部 美國...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!