Felipe Massa

Felipe Massa
Lahir (1981-04-25) 25 April 1981 (umur 43)
São Paulo, Brazil
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Kewarganegaraan Brazil
TeamsSauber, Ferrari,Williams
Nombor kereta19
Entri272 (269 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan11
Podium41
Mata kerjaya1167
Petak pertama16
Pusingan terpantas15
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 2002
Kemenangan pertamaGrand Prix Turki 2006
Kemenangan terakhirGrand Prix Brazil 2008
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2017
Kedudukan 2017Ke-11 (43 mata)

Felipe Massa (lahir 25 April 1981) ialah seorang pemandu Formula Satu Brazil, yang kini memandu untuk Ferrari. Massa memulakan kerjayanya dalam sukan go-kart pada umur lapan tahun dan bersaing dalam kejuaraan kebangsaan dan serantau selama tujuh tahun. Beliau kemudiannya bertanding dalam Formula Chevrolet dan memenangi kejuaraan tersebut. Beliau bertanding dalam kejuaraan Italian Formula Renault pada tahun 2000 dan memenangi gelaran tersebut bersama-sama dengan kejuaraan Eropah. Massa menyertai kejuaraan Euro Formula 3000 dan juga memenangi kejuaraan tersebut.

Massa memulakan kerjayanya dalam Formula Satu bersama pasukan Sauber, sebelum menyertai Ferrari sebagai pemandu ujian pada tahun 2003. Beliau kembali bersama Sauber, dan berlumba untuk mereka pada tahun 2004 dan 2005, sebelum menyertai Ferrari semula pada tahun 2006, di mana beliau memenangi dua perlumbaan, termasuk perlumbaan tuan rumahnya dan menjadi pemandu Brazil yang pertama sejak Ayrton Senna untuk memenangi Grand Prix Brazil. Massa memenangi tiga perlumbaan pada tahun 2007 dan mendapat tempat keempat dalam Kejuaraan Pemandu. Beliau mendapat tempat kedua dalam Kejuaraan Pemandu Dunia 2008 selepas bertarung dengan Lewis Hamilton untuk gelaran tersebut. Di Grand Prix Hungary 2009, Massa mengalami kecederaan selepas terkena spring ampaian dari kereta Brawn GP milik Rubens Barrichello. Massa gagal untuk berlumba dalam baki perlumbaan tahun tersebut, tetapi kembali semula pada tahun 2010. Prestasi Massa merudung pada tahun 2011 selepas gagal menaiki podium, tetapi terus konsisten dengan mengutip mata kejuaraan. Massa juga membantu Ferrari memenangi Kejuaraan Pengeluar pada tahun 2007 dan 2008 dan beliau akan kekal bersama Scuderia Ferrari sehingga akhir musim 2013.[1] Pada 10 September 2013, Massa mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan Ferrari selepas tamatnya kejuaraan musim 2013.

Kerjaya awal

Dilahirkan di São Paulo, Massa adalah rakyat Brazil dan datuknya berhijrah dari Cerignola, Itali.

Massa bermula dalam sukan go-kart semasa usianya 8 tahun, dan menduduki tempat keempat dalam musim pertamanya. Beliau meneruskan kerjaya beliau dalam kejohanan kebangsaan dan antarabangsa selama 7 tahun, dan pada tahun 1998 berpindah ke Formula Chevrolet, dan menamatkan musim di tempat kelima. Pada musim berikutnya, beliau memenangi 3 daripada 10 perlumbaan dan memenangi kejohanan tersebut. Pada tahun 2000, beliau berpindah ke Eropah untuk bersaing dalam siri Formula Renault Itali, dan memenangi kedua-dua kejohanan Itali dan Eropah. Dia boleh berpindah ke kejohanan Formula Tiga, tetapi sebaliknya memilih Formula Euro 3000, di mana beliau memenangi 6 daripada 8 perlumbaan dan memenangi kejuaraan tersebut. Kemudiannya telah ditawarkan ujian Formula 1 ujian dengan pasukan Sauber, yang ditandatangani oleh beliau bagi tahun 2002. Beliau juga memandu untuk Alfa Romeo di Kejohanan Kereta Touring Eropah yang sebagai pemandu tetamu.

Kerjaya Formula Satu

Sauber (2002, 2004–2005)

Massa memandu untuk Sauber di Grand Prix British 2005.

Dalam tahun pertamanya di Formula Satu, Massa bergandingan dengan juara F3000, Nick Heidfeld. Massa menunjukkan bahawa beliau seorang pemandu yang kompetitif, tetapi melakukan beberapa kesilapan semasa musim pertamanya, termasuk terbabas di litar. Massa mendapat 4 mata kejuaraan dalam musim pertamanya, dengan keputusan terbaik tempat ke-5 di Grand Prix Sepanyol di Circuit de Catalunya. Massa mengalami pergantungan satu perlumbaan di akhir musim, memaksa dia untuk tidak berlumba di Grand Prix Amerika Syarikat. Heinz-Harald Frentzen, bekas pemandu Sauber menggantikan Massa dalam perlumbaan tersebut. Walaupun Massa kembali ke tempat duduk pemandu untuk Grand Prix Jepun, Sauber membuat kepastian bahawa Frentzen akan memandu bersama Heidfeld pada 2003, meninggalkan Massa tanpa pasukan. Massa menghabiskan setahun dengan pembekal enjin Sauber, Ferrari, untuk mendapat pengalaman dengan menjadi pemandu ujian mereka.

Selepas menimba pengalaman dan kadar kesilapan beliau semakin menurun, Sauber menandatangani semula Massa untuk musim 2004. Pada tahun 2004, Massa memperoleh 12 daripada 34 mata untuk Sauber, dengan keputusan terbaiknya pada masa tersebut dengan mendapat tempat ke-4 dalam Grand Prix Belgium. Rakan pasukannya, Giancarlo Fisichella, memperolehi 22 mata untuk pasukan tersebut. Pada tahun 2005, Massa kekal bersama Sauber. Walaupun dia hanya memperolehi 11 mata, Massa mengatasi Jacques Villeneuve dalam keseluruhan musim, dan menewaskan beliau dalam kejuaraan pemandu. Bagi musim 2006, Massa menyertai semula Ferrari sebagai pemandu kedua mereka, bersama juara dunia 7 kali, Michael Schumacher.

Ferrari (2006–kini)

Massa menyambut kemenangannya di Grand Prix Brazil 2006.

2006

Massa bermula dengan baik di Ferrari, dengan mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan di Bahrain, dan bermula dari kedudukan ke-21 hingga ke-5 di Malaysia, dan menewaskan rakan sepasukan Michael Schumacher, yang telah bermula dari petak ke-14. Di Australia, dia terhempas pada pusingan kelayakan dan berlanggar dengan Christian Klien dan Nico Rosberg semasa perlumbaan. Walau bagaimanapun, Massa mendapat podium pertama kerjayanya di Nürburgring, dengan tempat ketiga. Beliau juga menetapkan pusingan terpantas di Barcelona pada tahun 2006. Massa mendapat 4 podium pada tahun 2006, dan mengambil petak pertama dan memenangi Grand Prix Turki di Istanbul Park. Kedudukan masa depannya di Ferrari telah ditentukan apabila Michael Schumacher mengumumkan pada 10 September 2006, bahawa beliau akan bersara dari Formula Satu pada akhir musim 2006. Pada 22 Oktober, Massa memenangi perlumbaan rumahnya di Grand Prix Brazil, menjadikannya sebagai pemandu Brazil pertama untuk memenang di Interlagos sejak Aytron Senna pada tahun 1993. Massa menduduki tempat ketiga pada akhir musim dengan 80 mata, di belakang juara dunia, Fernando Alonso dan rakan sepasukan Ferrari, Michael Schumacher.

2007

Massa di Grand Prix British 2007.

Musim 2007 bermula dengan penuh masalah bagi Massa. Pada pembukaan musim di Grand Prix Australia, beliau mengalami masalah kotak gear semasa pusingan kelayakan dan memerlukan perubahan enjin. Massa memulakan perlumbaan dari kedudukan 22 kerana masalah ini dan penalti 10-petak kedudukan untuk perubahan enjin. Beliau menggunakan strategi 1 pitstop untuk perlumbaan dan menamatkan perlumbaan di tempat keenam. Masalah Massa berterusan sehingga di Malaysia. Walaupun mendapat petak pertama, Massa dipotong oleh kedua-dua kereta McLaren pada belokan pertama. Massa hanya mampu menghabiskan perlumbaan di petak kelima. Massa berjaya memenangi Grand Prix Bahrain dan Sepanyol, kedua-duanya dari petak pertama, dan menduduki tempat ketiga di Monaco. Massa menghabiskan musim dengan 94 mata dan mendapat tempat keempat dalam kejohanan pemandu.

Pada Oktober 2007, Massa melanjutkan kontraknya dengan Ferrari sehingga akhir tahun 2010.[2]

2008

Musim 2008 merupakan musim terbaik bagi kerjaya Massa dalam Formula Satu. Beliau memenangi 6 perlumbaan dan mendapat 6 petak pertama. Beliau hampir memenangi Kejohanan Dunia Pemandu 2008 di Grand Prix Brazil namun gelaran tersebut diambil oleh Lewis Hamilton.

2009

Musim 2009 tidak berjalan seperti apa yang Massa inginkan. Beliau gagal menghabiskan 2 perlumbaan dari 4 perlumbaan pertama dan menghabiskan 2 lagi perlumbaan di luar kawasan mata. Namun di Sepanyol, beliau berjaya mendapat mata dengan menghabiskan perlumbaan di petak ke-6. Di Jerman, beliau mendapat podium pertamanya bagi musim 2009 dengan mendapat tempat ke-3. Namun di perlumbaan seterusnya, beliau mengalami kecederaan selepas serpihan dari kereta Rubens Barrichello terkena topi keledar Massa. Ini menyebabkan beliau tidak boleh berlumba pada hari keesokkannya. Massa digantikan oleh Luca Badoer bagi perlumbaan seterusnya. Massa menghabiskan musim di tempat ke-11 dan mendapat 22 mata sahaja.

2010

Pada perlumbaan pembukaan musim 2010, Massa memulakan musim 2010 dengan mendapat tempat kedua semasa pusingan kelayakan, dan menamatkan perlumbaan pada kedudukan yang sama di belakang rakan sepasukan, Fernando Alonso.

2011

Massa semasa sesi latihan bebas di Grand Prix Malaysia 2011.

Massa kekal bersama Ferrari bagi tahun 2011, dan sekali lagi berpasukan dengan Fernando Alonso. Dia memandu kereta baru, Ferrari 150 ° Italia, untuk kali pertama pada 29 Januari 2011 di Litar Fiorano.

Massa bermula dengan baik dengan mendapat mata di 3 perlumbaan pertama bagi musim ini. Namun di Turki, beliau gagal mendapat mata dan bagi 2 perlumbaan seterusnya, beliau bersara dari perlumbaan. Namun beliau sentiasa mendapat mata bagi 10 perlumbaan seterusnya sebelum bersara dari perlumbaan di Grand Prix India dan mendapat mata di kedua-dua Grand Prix terakhir. Massa merupakan pemandu Ferrari pertama sejak Ivan Capelli pada tahun 1992 untuk tidak mendapat podium sepanjang musim. Massa mendapat tempat keenam dalam kejohanan pemandu dan mendapat 118 mata.

2012

Massa memandu untuk Ferrari di Grand Prix Malaysia 2012.

Walaupun mengharungi musim yang mengecewakan pada tahun 2011, Massa kekal bersama Ferrari bagi tahun 2012. Di Grand Prix Australia, Massa mendapat tempat ke-16 pada pusingan kelayakan, di belakang rakan sepasukan, Alonso, yang mendapat tempat ke-12 - dan ia merupakan keputusan kelayakannya yang terburuk sejak Grand Prix Singapura 2010,[3] dan ia merupakan kali pertama beliau memulakan perlumbaan di luar tempat sepuluh sejak Grand Prix Jepun 2010. Massa memintas enam kereta pada pusingan pertama, dan berada di tempat kelapan pada awal perlumbaan, tetapi masalah kehausan tayar menghantuinya dan beliau mula dipintas oleh pemandu lain, sebelum bersara selepas berlanggar dengan pemandu Williams, Bruno Senna; kedua-dua pemandu kemudiannya bersetuju bahawa ia adalah sebuah insiden perlumbaan.[4] Di Grand Prix Malaysia, Massa memulakan perlumbaan di tempat ke-12 dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-15, 1 minit 37 saat di belakang rakan sepasukan, Fernando Alonso, yang memenangi perlumbaan. Keputusan ini menyebabkan beliau berada di tangga ke-19 dalam Kejuaraan Pemandu, manakala rakan sepasukan, Alonso, mendahului kejuaraan dengan 35 mata.[5] Pemandu Sauber, Sergio Pérez, mendapat tempat ke-2 dan terdapat spekulasi yang mengaitkan Pérez sebagai penganti bagi Massa.[5] Massa mendapat tempat ke-13 di Grand Prix China, sebelum mendapat mata kejuaraan pertamanya dengan mendapat tempat ke-9 di Grand Prix Bahrain. Di Sepanyol, Massa memulakan perlumbaan di tempat ke-15 dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-16, manakala rakan sepasukan, Alonso, mendapat tempat ke-2. Massa juga diberikan penalti drive-through kerana mengabaikan bendera kuning. Beliau mendapat tempat ke-6 di Monaco, dan kesepuluh di Kanada, selepas terbabas pada awal perlumbaan.

Massa di Grand Prix Amerika Syarikat

Beliau mendapat tempat ke-16 di Valencia, selepas Kobayashi berlanggar dengan Massa selepas perlumbaan dimulakan semula. Seminggu kemudian di Silverstone, Massa mendapat tempat ke-5 pada pusingan kelayakan dan mendapat tempat ke-4, manakala Alonso mendapat petak pertama dan mendapat tempat kedua. Massa mendapat tempat ke-12 di Hockenheim, selepas berlanggar dengan Daniel Ricciardo pada pusingan pertama. Massa sekali lagi mendapat tempat kesembilan di Hungary. Selepas mendapat tempat ke-14 pada pusingan kelauakan di Spa, Massa akhirnya mendapat tempat ke-5 dalam perlumbaan, dan mendapat 10 mata dan naik ke tangga ke-11 dalam Kejuaraan Pemandu, dan mempunyai mata yang sama seperti Michael Schumacher. Di Suzuka, Massa bermula dari tempat kesepuluh disebabkan penalti kotak gear yang diberikan kepada Nico Hülkenberg. Beliau bermula dengan cemerlang selepas Alonso terpaksa bersara pada pusingan pertama selepas terbabas. Massa mendapat tempat kedua dan mendapat podium pertamanya sejak Grand Prix Korea 2010. Massa bermula dari tempat keenam di Grand Prix Korea. Beliau mengekalkan kedudukannya pada selekoh pertama, dan memintas Räikkönen pada pusingan pertama. Selepas beberapa pusingan kemudian, beliau memintas Lewis Hamilton untuk berada di tempat keempat. Beliau beraksi dengan baik dan mempertahankan kedudukannya sehingga ke garis penamat. Pada 16 Oktober 2012, Massa menandatangani lanjutan kontrak selama setahun bersama Ferrari. Ini bermakna Massa akan terus berlumba bersama Ferrari sehingga akhir tahun 2013. Di India, Massa mendapat tempat keenam pada pusingan kelayakan, dan menamatkan perlumbaan di tempat yang sama. Di Abu Dhabi, Massa melayakkan diri ke tempat kesembilan, namun dinaikkan ke tempat kelapan selepas Vettel diberikan penalti. Beliau berjuang ke tempat ketujuh, namun berputar selepas berjuang dengan Mark Webber. Bagaimanapun, beliau berjaya pulih untuk menamatkan perlumban di tempat ketujuh. Di Grand Prix Amerika Syarikat, Massa melayakkan diri di hadapan rakan sepasukan, Alonso buat kali kedua tahun ini. Namun, Ferrari memecahkan meterai pada kotak gear Massa bagi memastikan Alonso mempunyai petak permulaan yang baik. Ini menyebabkan Massa diturunkan ke tempat kesebelas, namun beliau beraksi dengan cemerlang dan menamatkan perlumbaan di tempat keempat. Pada perlumbaan terakhir musim di Brazil, Massa sekali lagi bermula di hadapan rakan sepasukan, Alonso, untuk untuk memulakan perlumbaan di tempat kelima. Massa menamatkan perlumbaan ini di tempat ketiga.

2013

Massa di Grand Prix Malaysia 2013.

Massa memulakan musim ini dengan baik bersama kereta Ferrari F138 yang baru. Di Grand Prix Australia, Massa memulakan perlumbaan di tempat keempat, satu tempat di hadapan rakan sepasukan, Alonso. Beliau dapat mengekalkan prestasinya yang baik pada perlumbaan tersebut, terutamanya pada bahagian awal perlumbaan namun akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat keempat, dua tempat di belakang Alonso. Pada perlumbaan berikutnya di Malaysia, Massa memulakan perlumbaan di tempat kedua, dan ia merupakan kali keempat beliau memulakan perlumbaan di hadapan Alonso. Massa gagal memulakan perlumbaan dengan baik dan jatuh beberapa tempat pada awal perlumbaan. Namun begitu, beliau menamatkan perlumbaan di tempat kelima. Tiga minggu kemudian di Grand Prix China, Massa memulakan perlumbaan di tempat kelima, manakala Alonso memulakan perlumbaan di tempat ketiga. Ia merupakan kali pertama dalam 5 perlumbaan, di mana Alonso memulakan perlumbaan di hadapan Massa. Massa mendapat tempat keenam dalam perlumbaan ini, walaupun menunjukkan prestasi dengan baik pada awal perlumbaan. Pada perlumbaan seterusnya di Bahrain, Massa memulakan perlumbaan di tempat ke-6, tetapi dinaikkan ke tempat ke-4 selepas Webber dan Hamilton menerima penalti. Massa merupakan satu-satunya pelumba dalam Q3 yang mengunakan tayar sebatian keras, bermakna beliau menggunakan strategi yang berbeza. Dalam perlumbaan, strateginya tidak berhasil, dan untuk memburukan lagi keadaan, tayar kereta pancit sebanyak dua kali, dan menyebabkan beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke-15. Di Grand Prix Sepanyol, Massa menerima penalti tiga-petak kedudukan kerana menghalang Mark Webber pada pusingan kelayakan, dan menyebabkan beliau memulakan perlumbaan di tempat ke-9. Beliau memulakan perlumbaan dengan baik dan naik ke tempat ke-6 pada awalnya, dan juga memintas beberapa kereta lain selepas pelumba di hadapannya memasuki pit, dan akhirnya beliau mendapat tempat ke-3. Keputusan podium pertamanya pada tahun ini menaikkannya ke tangga ke-5 dalam Kejuaraan Pemandu.

Di Grand Prix Monaco, Massa mengalami kemalangan yang dashyat pada sesi latihan bebas ke-3 pada hari Sabtu di selekoh St Devote. Beliau memandu pada kelajuan hampir 180 km/j apabila brek keretanya terkunci dan menyebabkan keretanya menggelongsor ke halangan di sebelah kiri litar. Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi keretanya rosak teruk dan Massa tidak dapat mengambil bahagian dalam sesi kelayakan yang diadakan beberapa jam selepas itu. Pada mulanya, jurutera Ferrari mensyaki bahawa kemalangan tersebut disebabkan oleh kesilapan pemandu.[6] Massa memulakan perlumbaan di tempat ke-21, dan membuat sedikit kemajuan dalam perlumbaan sebelum terbabas sekali lagi di selekoh St Devote, dalam sebuah kemalangan yang hampir serupa dengan hari sebelumnya. Selepas kemalangan tersebut, Massa telah dibawa ke sebuah hospital di Monte Carlo tetapi hanya mengalami kecederaan ringan. Kejadian kedua ini menyebabkan Ferrari untuk menyiasat dengan lebih lanjut, dan menyimpulkan bahawa kemalangan tersebut disebabkan oleh kegagalan sistem ampaian, dan bukannya kesilapan pemandu.[7] Massa mendapat tempat ke-8 di Grand Prix Kanada, dan ke-6 di Grand Prix British. Di Jerman, beliau memulakan perlumbaan dengan baik, dan berada di tempat ke-6 pada awal perlumbaan sebelum terbabas pada pusingan ke-3 selepas mengalami masalah kotak gear. Dalam perlumbaan di Hungary, beliau terpaksa bergelut dengan kereta Ferrarinya yang tidak kompetitif, selepas mendapat tempat ke-7 pada pusingan kelayakan, dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-8.

Di Belgium, Massa berjuang untuk mendapatkan petak pertamanya yang pertama sejak Grand Prix Brazil 2008 selepas menetapkan masa pusingan terpantas di Q3 dalam keadaan hujan tetapi selepas litar mula kering, Ferrari telah memutuskan untuk meninggalkan Massa di garaj, kerana mereka fikir masa beliau adalah cukup baik untuk mendapat petak pertama, dan beliau jatuh ke tempat ke-10, satu tempat di belakang rakan sepasukan, Alonso. Dalam perlumbaan, Massa mendapat tempat ke-7, di belakang Alonso yang mendapat tempat ke-2. Dalam perlumbaan tuan rumah Ferrari di Itali, Massa mendapat tempat ke-4 pada pusingan kelayakan, satu tempat di hadapan rakan sepasukannya. Beliau memintas pelumba Red Bull, Mark Webber dan pelumba Sauber, Nico Hülkenberg, yang menewaskan kedua-dua Massa dan Alonso dalam sebuah kereta yang tidak kompetitif. Hülkenberg adalah salah seorang pemandu yang berkemungkinan ntuk mengambil tempat duduk Massa pada tahun 2014. Walaupun memulakan perlumbaan dengan baik, Massa membenarkan Alonso memintasnya, kerana Alonso adalah saingan terdekat bagi pendahulu kejuaraan, Sebastian Vettel. Massa akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Pada 10 September 2013, Massa mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan Ferrari pada akhir musim ini di laman Instagram dan Twitter.[8] Pada keesokan harinya, ia telah diumumkan bahawa bekas rakan sepasukan Massa, Räikönnen, akan mengantikannya di Ferrari.[9]

Rekod perlumbaan

Ringkasan kerjaya

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
1998 Formula Chevrolet Brazil ? ? ? ? ? ? ? Ke-5
1999 Formula Chevrolet Brazil Team Mastercard[10] 10 3 ? ? ? ? Pertama
2000 Formula Renault 2000 Eurocup Cram Competition 9 3 ? ? 4 140 Pertama
Formula Renault 2000 Italy Cram Competition 8 4 4 3 5 147 Pertama
2001 Euro Formula 3000 Draco Junior Team 8 6 6 5 6 60 Pertama
European Supertouring Championship Team Nordauto 4 0 0 0 0 71 Ke-23
24 Hours of Sicily ? 1 0 0 0 2 N/A Ke-2
2002 Formula Satu Red Bull Sauber Petronas 16 0 0 0 0 4 Ke-13
2003 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro Pemandu ujian
2004 Formula Satu Red Bull Sauber Petronas 18 0 0 0 0 12 Ke-12
2005 Formula Satu Sauber Petronas 19 0 0 0 0 11 Ke-13
2006 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 18 2 3 2 7 80 Ke-3
2007 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 17 3 6 6 10 94 Ke-4
2008 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 18 6 6 3 10 97 Ke-2
2009 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 10 0 0 1 1 22 Ke-11
2010 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 19 0 0 0 5 144 Ke-6
2011 Formula Satu Scuderia Ferrari 19 0 0 2 0 118 Ke-6
2012 Formula Satu Scuderia Ferrari 20 0 0 0 2 122 Ke-7
2013 Formula Satu Scuderia Ferrari 12 0 0 0 1 79* Ke-7*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan Euro Formula 3000

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kamasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 DC Mata
2001 Draco Junior Team VLL
1
PER
1
MNZ
1
DON
8
ZOL
Ret
IMO
1
NÜR
1
VAL
1
Pertama 60

Keputusan lengkap Formula Satu

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2002 Red Bull Sauber Petronas Sauber C21 Petronas 02A 3.0 V10 AUS
Ret
MAL
6
BRA
Ret
SMR
8
ESP
5
AUT
Ret
MON
Ret
CAN
9
EUR
6
GBR
9
FRA
Ret
GER
7
HUN
7
BEL
Ret
ITA
Ret
USA
JPN
Ret
Ke-13 4
2004 Red Bull Sauber Petronas Sauber C23 Petronas 04A 3.0 V10 AUS
Ret
MAL
8
BHR
12
SMR
10
ESP
9
MON
5
EUR
9
CAN
Ret
USA
Ret
FRA
13
GBR
9
GER
13
HUN
Ret
BEL
4
ITA
12
CHN
8
JPN
9
BRA
8
Ke-12 12
2005 Sauber Petronas Sauber C24 Petronas 05A 3.0 V10 AUS
10
MAL
10
BHR
7
SMR
10
ESP
11
MON
9
EUR
14
CAN
4
USA
DNS
FRA
Ret
GBR
10
GER
8
HUN
14
TUR
Ret
ITA
9
BEL
10
BRA
11
JPN
10
CHN
6
Ke-13 11
2006 Scuderia Ferrari
Marlboro
Ferrari 248 F1 Ferrari 056 2.4 V8 BHR
9
MAL
5
AUS
Ret
SMR
4
EUR
3
ESP
4
MON
9
GBR
5
CAN
6
USA
2
FRA
3
GER
2
HUN
7
TUR
1
ITA
9
CHN
Ret
JPN
2
BRA
1
Ke-3 80
2007 Scuderia Ferrari
Marlboro
Ferrari F2007 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
6
MAL
5
BHR
1
ESP
1
MON
3
CAN
DSQ
USA
3
FRA
2
GBR
5
EUR
2
HUN
13
TUR
1
ITA
Ret
BEL
2
JPN
6
CHN
3
BRA
2
Ke-4 94
2008 Scuderia Ferrari
Marlboro
Ferrari F2008 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
Ret
BHR
1
ESP
2
TUR
1
MON
3
CAN
5
FRA
1
GBR
13
GER
3
HUN
17
EUR
1
BEL
1
ITA
6
SIN
13
JPN
7
CHN
2
BRA
1
Ke-2 97
2009 Scuderia Ferrari
Marlboro
Ferrari F60 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
9
CHN
Ret
BHR
14
ESP
6
MON
4
TUR
6
GBR
4
GER
3
HUN
DNS
EUR BEL ITA SIN JPN BRA ABU Ke-11 22
2010 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F10 Ferrari 056 2.4 V8 BHR
2
AUS
3
MAL
7
CHN
9
ESP
6
MON
4
TUR
7
CAN
15
EUR
11
GBR
15
GER
2
HUN
4
BEL
4
ITA
3
SIN
8
JPN
Ret
KOR
3
BRA
15
ABU
10
Ke-6 144
2011 Scuderia Ferrari Ferrari 150° Italia Ferrari 056 2.4 V8 AUS
7
MAL
5
CHN
6
TUR
11
ESP
Ret
MON
Ret
CAN
6
EUR
5
GBR
5
GER
5
HUN
6
BEL
8
ITA
6
SIN
9
JPN
7
KOR
6
IND
Ret
ABU
5
BRA
5
Ke-6 118
2012 Scuderia Ferrari Ferrari F2012 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
15
CHN
13
BHR
9
ESP
15
MON
6
CAN
10
EUR
16
GBR
4
GER
12
HUN
9
BEL
5
ITA
4
SIN
8
JPN
2
KOR
4
IND
6
ABU
7
USA
4
BRA
3
Ke-7 122
2013 Scuderia Ferrari Ferrari F138 Ferrari 056 V8 AUS
4
MAL
5
CHN
6
BHR
15
ESP
3
MON
Ret
CAN
8
GBR
6
GER
Ret
HUN
8
BEL
7
ITA
4
SIN
KOR
JPN
IND
ABU
USA
BRA
Ke-7* 79*

* Musim sedang dijalankan.

Kehidupan peribadi

Felipe Massa berkahwin dengan Anna Raffaela Bassi pada 30 November 2007, di São Paulo, Brazil.[11] Mereka mendapat anak lelaki pertama mereka, Felipinho (Bassi Massa), yang dilahirkan pada 30 November 2009.[12]

Rujukan

  1. ^ "Ferrari melanjutkan kontrak Felipe Massa". autosport.com. Haymarket. 16 Oktober 2012. Dicapai pada 28 Disember 2012.
  2. ^ http://www.autosport.com/subs/login.php?r=http://www.autosport.com/news/report.php/id/63353&type=news&id=63353
  3. ^ Ferret, Olivier (17 Mac 2012). "Disappointment for Ferrari". Nextgen-Auto.com. Nextgen-Auto. Dicapai pada 18 Mac2012. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ Beer, Matt (18 Mac 2012). "Massa and Senna agree that no blame can be apportioned for late collision". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 18 Mac 2012.
  5. ^ a b O'Leary, Jamie (25 Mac 2012). "Felipe Massa says he is not disturbed by Sergio Perez's performance in Malaysia". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 25 Mac 2012.
  6. ^ "Monaco GP: Felipe Massa crashes out of practice". bbc.co.uk. BBC Sport. 25 Mei 2013. Dicapai pada 10 September 2013.
  7. ^ "Felipe Massa crash at Monaco Grand Prix down to suspension failure". bbc.co.uk. BBC Sport. 28 Mei 2013. Dicapai pada 28 Mei 2013.
  8. ^ James Galloway dan Pete Gill (10 September 2013). "Felipe Massa confirms he is to leave Ferrari at the end of this season". Sky Sports. BSkyB. Dicapai pada 11 September 2013.
  9. ^ James Galloway dan Pete Gill (11 September 2013). "It's official: Kimi Raikkonen will return to Ferrari for 2014 to partner Fernando Alonso". Sky Sports. BSkyB. Dicapai pada 11 September 2013.
  10. ^ teamdan.com, 1999 Brazilian Formula Chevrolet Championship Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine Retrieved 20 August 2009
  11. ^ "Massa berkahwin". f1technical.com. 2 Disember 2007. Dicapai pada 28 Disember 2012.
  12. ^ "Massa menjadi seorang ayah". autosport.com. Haymarket Publications. 1 Disember 2009. Dicapai pada 28 Disember 2012.

Pautan luar

Read other articles:

Эта статья — об ордене Российской империи. Об ордене Российской Федерации см. Орден Святого апостола Андрея Первозванного (Российская Федерация); об ордене Русской православной церкви см. Орден святого апостола Андрея Первозванного с алмазной звездо...

 

У Вікіпедії є статті про інші значення цього терміна: Церква Блаженного Миколая Чарнецького. Церква Блаженного Миколая Чарнецького 49°52′05″ пн. ш. 24°00′54″ сх. д. / 49.8681750° пн. ш. 24.0150944° сх. д. / 49.8681750; 24.0150944Координати: 49°52′05″ пн. ш. 24°00′54...

 

Species of bat Little Japanese horseshoe bat Scientific classification Domain: Eukaryota Kingdom: Animalia Phylum: Chordata Class: Mammalia Order: Chiroptera Family: Rhinolophidae Genus: Rhinolophus Species: R. cornutus Binomial name Rhinolophus cornutusTemminck, 1835 The little Japanese horseshoe bat (Rhinolophus cornutus) is a species of bat in the family Rhinolophidae. It is found in Japan and possibly China. Its natural habitat is temperate forests. As of 2012, it had not yet been as...

Karatsu 唐津市KotaBaris pertama: Pemandangan Sungai Matsuura dan pusat kota KaratsuBaris kedua kiri: Terminal Bus OteguchiBaris kedua kanan: Benteng KaratsuBaris ketiga: Kawasan hutan pinus NijinomatsubaraBaris keempat: Karatsu Kunchi di bulan November. BenderaLambangLokasi Karatsu di Prefektur SagaKaratsuLokasi di JepangKoordinat: 33°27′N 129°58′E / 33.450°N 129.967°E / 33.450; 129.967Koordinat: 33°27′N 129°58′E / 33.450°N 129.967°E&...

 

Kranjska Gora Localidad Centro de Kranjska Gora. Kranjska GoraLocalización de Kranjska Gora en EsloveniaCoordenadas 46°29′07″N 13°47′14″E / 46.485381, 13.787108Entidad Localidad • País  Eslovenia • Municipio Kranjska GoraSuperficie   • Total 44,68 km²Altitud   • Media 806.3 m s. n. m.Población (2021)   • Total 3158 hab. • Densidad 71 hab/km²Huso horario UTC+01:00 y UTC+02:00 Sitio web oficia...

 

робітниче селище Паніно Панино Країна  Росія Суб'єкт Російської Федерації Воронезька область Муніципальний район Панінський район Поселення Панінське міське поселення Код ЗКАТУ: 20235551000 Код ЗКТМО: 20635151051 Основні дані Населення ▼ 6017 Поштовий індекс 396140 Телефонний код ...

Untuk kegunaan lain, lihat Kitab Hukum Karma (disambiguasi). Bagian dari seri tentangAgama Buddha Sejarah dan PenyebaranGaris waktu • Sidang agung • Asia Tenggara • Asia Timur • Tibet • Asia Tengah • Indonesia • Dunia Barat AliranTheravāda • Mahāyāna • Vajrāyāna • Sthaviravāda • Mahāsāṃghika Konsep UtamaTiga Permata • Ketuhanan • Lima Hukum Alam • Puasa • Saṃsāra • Tiga...

 

Commuter rail system in Greater Jakarta, Indonesia This article is about the commuter rail system of Greater Jakarta. For a similar system in Yogyakarta, see KAI Commuter Yogyakarta Line. This article uses bare URLs, which are uninformative and vulnerable to link rot. Please consider converting them to full citations to ensure the article remains verifiable and maintains a consistent citation style. Several templates and tools are available to assist in formatting, such as reFill (documentati...

 

Ng Mui(五梅大師)Lahir(1623-12-30)30 Desember 1623Fujian, Dinasti QingMeninggal17 Mei 1702(1702-05-17) (umur 78)Fujian, Dinasti QingGendersidaKebangsaanChineseGayaWing ChunPekerjaanWing Chun CreatorSiswa TerkemukaYim Wingchun Bagian dari seri tentangSeni bela diri Tiongkok Daftar seni bela diri Tiongkok Istilah Kung fu (功夫) Wushu (武術) Qigong (氣功) Wing Chun (詠春) Tempat bersejarah Vihara Shaolin (少林寺) Pegunungan Wudang (武當山) Gunung Emei (峨嵋山) Pegunungan...

النشيد الوطني المصري بلادي، بلادي، بلادي البلد  مصر تأليف محمد يونس القاضي () تلحين سيد درويش (1920) اللغة العربية  استمع للنشيد بلادي، بلادي، بلادي noicon أثمّة مشاكل في الاستماع للصوت ؟ طالع مساعدة الوسائط. تعديل مصدري - تعديل   بلادي، بلادي، بلادي هو النشيد الوطني المصر...

 

US domestic terror attack Sterling Hall bombingPart of the opposition to U.S. involvement in VietnamSterling HallLocationMadison, Wisconsin, United StatesCoordinates43°04′27″N 89°24′19″W / 43.074278°N 89.405408°W / 43.074278; -89.405408DateAugust 24, 1970 3:42 am (UTC-5)TargetArmy Mathematics Research Center, Sterling Hall, UW–MadisonAttack typeCar bombing of a school buildingWeaponsCar bomb (ammonium nitrate)Deaths1Injured3PerpetratorsKarleton Armst...

 

Military unit type of France The Chasseurs d'Afrique, led by General d'Allonville, clearing Russian artillery from the Fedyukhin Heights during the battle of Balaclava . Chasseurs d'Afrique during the battle of the Smala. The Chasseurs d'Afrique were a light cavalry corps of chasseurs in the French Armée d'Afrique (Army of Africa). First raised in 1831[1] from regular French cavalry posted to Algeria, they numbered five regiments by World War II. For most of their history they were r...

City in Moscow Oblast, Russia For other places with the same name, see Krasnogorsk. City in Moscow Oblast, RussiaKrasnogorsk КрасногорскCity[1]Crocus City FlagCoat of armsLocation of Krasnogorsk KrasnogorskLocation of KrasnogorskShow map of Moscow OblastKrasnogorskKrasnogorsk (European Russia)Show map of European RussiaKrasnogorskKrasnogorsk (Europe)Show map of EuropeCoordinates: 55°49′18″N 37°20′19″E / 55.82167°N 37.33861°E / 55.82167; 3...

 

Pengakuan Iman Belanda atau Pengakuan Iman Belgia (Belanda: Nederlandse Geloofsbelijdenis, bahasa Latin: Confessio Belgica, bahasa Inggris: Belgic Confession) adalah uraian pernyataan kepercayaan dari Gereja Reformasi atau Gereformeerd di wilayah yang kini Belanda dan Belgia.[1][2] Pengakuan iman ini merupakan bagian dari Tiga Formula Kesatuan dari Gereja Reformed. Pasal-pasal pengakuan Iman tersebut disusun oleh Guy de Bres, seorang pendeta Protestan Calvinis.[...

 

Jail in Manila Manila City JailEntrance to the Manila City Jail, 2011Location851 Oroquieta Street, Santa CruzCoordinates14°36′17″N 120°59′01″E / 14.60485537153207°N 120.98364904244103°E / 14.60485537153207; 120.98364904244103StatusOperationalCapacity1,100[1]Population4,800[2] (as of 2020)Managed byBureau of Jail Management and Penology CityManilaCountryPhilippines The Manila City Jail, popularly known as Old Bilibid Prison, is a detentio...

Not to be confused with United National Party (Equatorial Guinea), National United Party of Afghanistan, or National United Party of Arakan. This article has multiple issues. Please help improve it or discuss these issues on the talk page. (Learn how and when to remove these template messages) This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Un...

 

American academic Timur KuranBorn1954 (age 68–69)New York City, New York, U.S.NationalityAmerican, TurkishAcademic careerInstitutionDuke UniversityFieldPolitical economyEconomic historyPolitical historyMiddle EastIslamic studiesAlma materPrinceton University (A.B.)Stanford University (M.A., Ph.D.)DoctoraladvisorKenneth ArrowContributionsPreference falsificationEconomic and political effects of Islamic law Timur Kuran is a Turkish-American economist and political scientist, Pro...

 

2019 studio album by Lil MoseyCertified HitmakerStudio album by Lil MoseyReleasedNovember 8, 2019 (2019-11-08)Recorded2018 - 2019GenreHip hoptrappop rapLength38:03Label Mogul Vision Interscope Producer Callan Cubeatz Dez Wright ForeignGotEm Kid Culture Rio Leyva Royce David Waves Quin Kiu Lil Mosey chronology Northsbest(2018) Certified Hitmaker(2019) Singles from Certified Hitmaker G WalkReleased: June 7, 2019 Stuck in a DreamReleased: September 17, 2019 Live This WildR...

Mythical character King of the Rutuli This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Turnus – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (December 2009) (Learn how and when to remove this template message) A satirical poet of the time of Nero and Vespasian also bears this name. Aeneas defeats Turnus, Luca ...

 

English actor (born 1960) For other people named Hugh Grant, see Hugh Grant (disambiguation). Hugh GrantGrant in 2014BornHugh John Mungo Grant (1960-09-09) 9 September 1960 (age 63)Hammersmith, London, EnglandAlma materNew College, OxfordOccupationActorYears active1982–presentWorksFull listSpouse Anna Elisabet Eberstein ​ ​(m. 2018)​PartnerElizabeth Hurley (1987–2000)Children5RelativesRick Cosnett (cousin)[1]Signature Hugh John Mun...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!