Grand Prix Malaysia 2009 (secara rasmi XI Petronas Malaysian Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan Formula Satu yang diadakan pada 5 April, 2009, dan merupakan perlumbaan kedua musim 2009. Perlumbaan ini sepatutnya dipertandingkan sebanyak 56 pusingan, namun diberhentikan selepas pusingan ke-31 disebabkan hujan lebat. Perlumbaan ini dimenangi oleh Jenson Button, dari pasukan Brawn GP. Nick Heidfeld mendapat tempat kedua untuk pasukan BMW Sauber dan Timo Glock melengkapkan podium di tempat ketiga untuk pasukan Toyota.
Disebabkan perlumbaan ini tidak dapat dilengkapkan sebanyak 75% (42 pusingan) untuk diperlukan bagi mendapat mata penuh, separuh mata sahaja diberikan, dan ia hanya berlaku dalam sejarah Formula Satu sebanyak lima kali, dan yang pertama sejak Grand Prix Australia 1991.
Klasifikasi
Kereta yang menggunakan KERS adalah ditandakan dengan "‡"
Perlumbaan dihentikan pada pusingan ke-33, dan klasifikasi diambil dari kedudukan semasa selepas 31 pusingan. Separuh mata diberikan kerana kurang daripada 75% jarak perlumbaan dilengkapkan.
Perlumbaan ini merupakan yang kelima dalam Formula 1 untuk ditinggalkan sebelum melengkapi jarak 75%: yang lain ialah Grand Prix Sepanyol 1975, Grand Prix Austria 1975, Grand Prix Monaco 1984 dan Grand Prix Australia 1991 (Grand Prix yang terpendek).