Force India

Koordinat: 52°04′33″N 1°01′46″W / 52.07583°N 1.02944°W / 52.07583; -1.02944

India Force India-Mercedes
Nama penuhSahara Force India
Formula One Team
PangkalanSilverstone, Northamptonshire, United Kingdom
Ketua pasukanVijay Mallya
COOOtmar Szafnauer
Pengarah teknikalAndrew Green
Laman sesawangwww.forceindiaf1.com
Nama terdahuluSpyker F1 Team
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Australia 2008
Perlumbaan terkiniGrand Prix Abu Dhabi 2023
Perlumbaan disertai105
Kejuaraan Pengeluar0
Kejuaraan Pemandu0
Kemenangan0
Petak pertama1
Pusingan terpantas2
Kedudukan 2012Ke-7 (109 mata)

Sahara Force India Formula One Team, nama perdagangan untuk Force India Formula One Team Limited, ialah sebuah pasukan Formula Satu yang berpangkalan di Silverstone, United Kingdom yang kini memegang lesen India. Pasukan ini telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2007 apabila seorang ahli perniagaan India, Vijay Mallya dan Michiel Mol membeli pasukan Spyker F1 dengan harga € 90 juta.

Dengan penglibatan Force India dalam F1, Noida Raya menjadi tuan rumah untuk Grand Prix India pada tahun 2011. Fédération Internationale de l'Automobile mengesahkan pertukaran nama pasukan dari Spyker ke Force India pada 24 Oktober 2007.[1]

Selepas 29 perlumbaan tanpa mata kejuaraan, Force India mendapat mata kejuaraan pertama mereka apabila Giancarlo Fisichella mendapat tempat kedua di Grand Prix Belgium 2009.[2] Force India mendapat mata sekali lagi pada perlumbaan berikutnya apabila Adrian Sutil mendapat tempat keempat dan menetapkan pusingan terpantas pertama pasukan di Grand Prix Itali. Keputusan kejuaraan terbaik Force India ialah tempat keenam, pada tahun 2011.

Pada bulan Oktober 2011, syarikat India, Sahara India Pariwar, membeli 42.5% saham Force India F1 pada harga $US 100 juta.

Sejarah

Asal usul

Jordan

Pasukan ini diasaskan oleh Jordan Grand Prix, yang menyertai Formula Satu pada tahun 1991, dan berpusat di litar perlumbaan Silverstone. Jordan memenangi empat perlumbaan dan mendapat tempat ketiga dalam kejuaraan pengeluar tahun 1999. Walau bagaimanapun, masalah kewangan menyebabkan prestasi pasukan menurun dan pemilik pasukan, Eddie Jordan, menjual Jordan Grand Prix kepada Midland Group pada tahun 2005.

Midland F1 & Spyker

Jordan Grand Prix, yang kemudiannya dinamakan sebagai Midland F1 Racing, menamatkan dua musim di belakang petak permulaan, sebelum pemilik, Alex Shnaider, menjual pasukan kepada Spyker Cars pada pertengahan musim 2006.[3] Spyker F1 mendapat satu mata pada tahun 2007 dan mendahului Grand Prix Eropah​​ untuk beberapa pusingan, namun pasukan itu sekali lagi melanda isu kewangan,[4] dan menjual pasukan tersebut kepada ahli perniagaan India, Vijay Mallya dan Michiel Mol.

Force India

Pasukan tersebut dibeli dengan harga € 80 juta,[5] dan dinamakan semula sebagai Force India Formula One Team bagi musim 2008, dan mengekalkan ketua pasukan, Colin Kolles, Ketua Pegawai Teknologi, Mike Gascoyne dan pemandu, Adrian Sutil.[5]

Permulaan dan pengunaan enjin Ferrari (2008)

Selepas mengekalkan Adrian Sutil untuk musim pertama, Force India menjalankan ujian musim sejuk untuk mengesahkan pemandu kedua dan pemandu ujian pasukan. Bekas pemandu Renault, Giancarlo Fisichella, telah dipilih sebagai pemandu kedua, dan Vitantonio Liuzzi menjadi pemandu ujian pasukan bagi musim 2008.[6] Kereta Force India bagi musim 2008 ialah VJM01, iaitu versi yang dikemaskini daripada casis Spyker F8-VIIB yang dimuatkan dengan enjin Ferrari.

Giancarlo Fisichella mendahului Adrian Sutil di Grand Prix Kanada 2008.

Perlumbaan di Melbourne adalah perlumbaan pertama untuk Force India. Kedua-dua kereta gagal menamatkan perlumbaan setelah bersara pada awal perlumbaan.[7] Di Malaysia, Fisichella mendapat tempat ke-12. Selepas mengalami keputusan yang mengecewakan pada awal musim, Sutil hampir mendapat mata pertama Force India dalam keadaan hujan di Monaco, namun pemandu Ferrari, Kimi Räikkönen, hilang kawalan dan berlanggar dengan kereta Sutil yang menyebabkan beliau untuk bersara.[8] Fisichella bermula dari tempat ke-12 di Itali, namun tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana mengalami kemalangan.[9] Fisichella meneruskan prestasinya di Singapura, setelah berada pada tempat kedua pada satu masa dan kelima di Grand Prix Brazil. Force India menamatkan musim di tempat kesepuluh dalam Kejuaraan Pengeluar, dan Fisichella mendapat keputusan terbaik Force India di tempat kesepuluh di Grand Prix Sepanyol.

Enjin Mercedes dan kejayaan (2009)

Vitantonio Liuzzi di Grand Prix Jepun 2009.

Force India mengekalkan pemandu yang sama bagi musim 2009. Di China, Sutil hampir mendapat mata pertama Force India dengan berada di tempat keenam, di hadapan Lewis Hamilton dan Timo Glock dengan baki enam pusingan apabila kereta beliau tergelincir dan terhempas keluar dari perlumbaan. Di Grand Prix Jerman, Sutil bermula dari tempat ketujuh dan berjuang untuk mendapat mata, dan berada pada tempat kedua pada satu masa sebelum berlanggar dengan Kimi Räikkönen selepas beliau keluar lorong pit dan dipaksa untuk memasuki pit sekali lagi untuk menukar sayap depan yang patah. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-15.

Force India mendapat petak pertama yang pertama mereka dalam Formula Satu apabila Fisichella menetapkan masa pusingan kelayakan yang terpantas di Grand Belgium Prix di Spa.[10] Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kedua, kurang daripada satu saat di belakang Kimi Räikkönen. Ketiadaan sistem KERS pada kereta Force India telah dipersalahkan selepas Fisichella gagal untuk memenangi perlumbaan tersebut.

Pada 3 September 2009, Force India mengumumkan bahawa mereka telah melepaskan Fisichella daripada kontraknya untuk membolehkan beliau berlumba dengan Ferrari untuk baki perlumbaan bagi musim ini. Ia telah diumumkan empat hari kemudian bahawa pemandu ujian, Vitantonio Liuzzi akan menggantikan Fisichella untuk baki perlumbaan musim ini.[11]

Pada pusingan kelayakan di Grand Prix Itali di Monza, Sutil mendapat tempat kedua dan Liuzzi, pada penampilan sulung beliau untuk pasukan, mendapat tempat ketujuh. Pada hari perlumbaan, Sutil mendapat tempat keempat dan mencatatkan pusingan terpantas perlumbaan. Ketika berada di tempat keempat dalam perlumbaan, Liuzzi terpaksa bersara kerana kegagalan transmisi. Force India menamatkan musim di tempat kesembilan, di hadapan Scuderia Toro Rosso dengan 13 mata. Walau bagaimanapun, ini tidak mencerminkan peningkatan besar yang telah dibuat oleh Force India dari awal musim.

VJM02

VJM02 menggunakan enjin Mercedes-Benz dari musim 2009 selepas menandatangani perjanjian lima tahun pada 10 November 2008. Perjanjian itu juga termasuklah membekalkan kotak gear McLaren-Mercedes, sistem hidraulik dan sistem KERS kepada Force India. Kereta tersebut dilancarkan pada 1 Mac 2009.[12] VJM02 ialah kereta Force India yang pertama untuk mendapat mata, petak pertama dan pusingan terpantas di Grand Prix Belgium 2009, tetapi perlumbaan tersebut dimenangi oleh pemandu Ferrari, Kimi Räikkönen.

Musim 2010

Vitantonio Liuzzi di Grand Prix Bahrain 2012.

Pasukan mengumumkan pada 27 November 2009, bahawa Adrian Sutil dan Vitantonio Liuzzi akan terus berlumba untuk mereka bagi musim 2010.[13] Pasukan menguji Paul di Resta dan J. R. Hildebrand di Jerez, dengan di Resta menetapkan masa yang lebih pantas.[14] VJM03 merupakan casis yang digunakan oleh pasukan bagi musim 2010.[15] di Resta telah disahkan sebagai pemandu ujian pada 2 Februari 2010.[16] Pada 9 Februari 2010, Force India melancarkan kereta terbaru mereka, VJM03, yang akan digunakan untuk musim 2010.

Musim ini bermula di Bahrain, dengan Liuzzi mendapat tempat kesembilan. Sutil memulakan perlumbaan di tempat kesepuluh, namun beliau terlibat dalam sebuah kemalangan pada pertama pusingan dengan pemandu Renault, Robert Kubica. Beliau akhirnya pulih untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Di Australia, Sutil bermula di tempat kesepuluh, dan Liuzzi di tempat ke-13. Liuzzi menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, manakala Sutil bersara dengan masalah enjin. Di Malaysia, Sutil mendapat sepuluh mata dengan mendapat kelima dan Liuzzi bersara awal kerana masalah pendikit. Ia merupakan persaraan pertamanya musim ini. Di Monaco, kedua-dua kereta menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dan kesembilan setelah mengelakkan diri daripada insiden yang mengambil tempat pada perlumbaan tersebut. Di Turki, Sutil mendapat tempat kesembilan, manakala Liuzzi mendapat tempat ke-13. Pada perlumbaan berikutnya di Montreal, kedua-dua kereta mendapat mata, dengan Liuzzi mendapat tempat kesembilan dan Sutil mendapat tempat kesepuluh.

Musim 2011

Adrian Sutil di Grand Prix Malaysia 2011.

Pada 26 Januari 2011, pasukan mengumumkan bahawa pemandu simpanan, Paul di Resta akan berlumba untuk mereka bagi musim 2011 dan menjadi rakan sepasukan Adrian Sutil.[17] Pasukan melancarkan kereta terbaru mereka, VJM04, pada 8 Februari 2011. VJM04 merupakan kereta pertama yang dibangunkan oleh pengarah teknikal baru, Andrew Green, dan dibangunkan dengan menggunakan sumber-sumber dari McLaren Applied Technologies dan Mercedes-Benz HighPerformanceEngines.[18] Pada perlumbaan pertama tahun ini di Australia, Sutil dan di Resta menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas dan kedua belas masing-masing tetapi kemudiannya dinaikkan ke tempat kesembilan dan kesepuluh selepas kedua-dua kereta Sauber disingkirkan dari perlumbaan kerana melanggar peraturan teknikal sukan tersebut.[19]

Di Resta sekali lagi mendapat mata di Malaysia, namun terpaksa bersara di Turki. Sutil mendapat tempat ketujuh di Monaco, dan kesembilan di Valencia. Di Resta dijangka untuk mendapat mata di Grand Prix British sebelum berlanggar dengan Buemi, manakala Sutil mendapat tempat keenam di Jerman, di hadapan kereta Mercedes. Di Resta mendapat tempat ketujuh di Hungary, kelapan di Itali dan mendapat keputusan perlumbaan terbaiknya pada musim ini di tempat keenam di Singapura, manakala Sutil sekali lagi mendapat tempat ketujuh, kini di Belgium dan kelapan di Singapura. Di Resta mendapat satu lagi mata di Korea, manakala di Grand Prix India yang pertama, Sutil mendapat tempat kesembilan.[20] Pada perlumbaan terakhir di Brazil, Sutil sekali lagi mendapat keputusan terbaik pasukan pada musim ini dengan mendapat tempat keenam, manakala di Resta mendapat tempat kelapan. Selepas tamatnya musim ini, Force India mendapat tempat keenam dalam Kejuaraan Pengeluar, hanya empat mata di belakang Renault yang menamatkan musim di tangga kelima.[21]

Musim 2012

Paul di Resta di Grand Prix British 2012.

Bagi musim 2012, Force India mengekalkan Paul di Resta dan mengantikan Adrian Sutil dengan pemandu ujian bagi tahun 2011, Nico Hülkenberg. Jules Bianchi kemudiannya dinamakan sebagai pemandu ujian pasukan dan akan memandu pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat. Kereta Force India bagi musim 2012, VJM05, dilancarkan di Litar Silverstone pada 3 Februari.[22]

Musim 2013

2013 menyaksikan Force India mengekalkan Paul di Resta, yang telah bersaing untuk mereka sejak tiga musim yang lepas.[23] Musim ini juga menyaksikan Adrian Sutil kembali bersama Force India, dan mengantikan Nico Hülkenberg[24] sebagai pemandu pemandu kedua. Kereta pasukan yang baru, VJM06, telah dilancarkan pada 1 Februari 2013 di Litar Silverstone.[25]

Di Grand Prix Australia, Sutil mendapat tempat ketujuh, manakala di Resta mendapat tempat kelapan, sekaligus pasukan mendapat keputusan terbaik mereka pada sebuah perlumbaan pembukaan musim.[26]

Keputusan lengkap Formula Satu

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Mata WCC
2008 Force India VJM01 Ferrari 056 V8 B AUS MAL BHR ESP TUR MON CAN FRA GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN CHN BRA 0 Ke-10
Jerman Adrian Sutil Ret Ret 19 Ret 16 Ret Ret 19 Ret 15 Ret Ret 13 19 Ret Ret Ret 16
Itali Giancarlo Fisichella Ret 12 12 10 Ret Ret Ret 18 Ret 16 15 14 17 Ret 14 Ret 17 18
2009 Force India VJM02 Mercedes FO 108W V8 B AUS MAL CHN BHR ESP MON TUR GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN BRA ABU 13 Ke-9
Jerman Adrian Sutil 9 17 17 16 Ret 14 17 17 15 Ret 10 11 4 Ret 13 Ret 17
Itali Giancarlo Fisichella 11 18 14 15 14 9 Ret 10 11 14 12 2
Itali Vitantonio Liuzzi Ret 14 14 11 15
2010 Force India VJM03 Mercedes FO 108X V8 B BHR AUS MAL CHN ESP MON TUR CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR BRA ABU 68 Ke-7
Jerman Adrian Sutil 12 Ret 5 11 7 8 9 10 6 8 17 Ret 5 16 9 Ret Ret 12 13
Itali Vitantonio Liuzzi 9 7 Ret Ret 15 9 13 9 16 11 16 13 10 12 Ret Ret 6 Ret Ret
2011 Force India VJM04 Mercedes FO 108Y V8 P AUS MAL CHN TUR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU BRA 69 Ke-6
Jerman Adrian Sutil 9 11 15 13 13 7 Ret 9 11 6 14 7 Ret 8 11 11 9 8 6
United Kingdom Paul di Resta 10 10 11 Ret 12 12 18 14 15 13 7 11 8 6 12 10 13 9 8
2012 Force India VJM05 Mercedes FO 108Z V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU USA BRA 109 Ke-7
United Kingdom Paul di Resta 10 7 12 6 14 7 11 7 Ret 11 12 10 8 4 12 12 12 9 15 19
Jerman Nico Hülkenberg‎ Ret 9 15 12 10 8 12 5 12 9 11 4 21 14 7 6 8 Ret 8 5
2013 Force India VJM06 Mercedes FO 108Z V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN GBR GER HUN BEL ITA SIN KOR JPN IND ABU USA BRA 61* Ke-6*
United Kingdom Paul di Resta 8 Ret 8 4 7 9 7 9 11 18 Ret Ret
Jerman Adrian Sutil 7 Ret Ret 13 13 5 10 7 13 Ret 9 16

Pemandu tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Rujukan

  1. ^ "FIA mengesahkan pertukaran nama ke Force India". Formula1.com. Formula One Administration Ltd. 24 Oktober 2007. Dicapai pada 24 Oktober 2007.
  2. ^ "Keputusan Spa-Francorchamps". BBC Sport. 30 Ogos 2009. Dicapai pada 30 Ogos 2009.
  3. ^ "Midland menjual MF1 Racing kepada Spyker". grandprix.com. Inside F1, Inc. 9 September 2006. Dicapai pada 9 Ogos 2010.
  4. ^ "Spyker ingin menjual pasukan F1". Haymarket Publications. 14 Ogos 2007. Dicapai pada 9 Ogos 2010. Text "workautosport.com" ignored (bantuan)
  5. ^ a b "Spyker dinamakan semula sebagai Force India". BBC Sport. 24 Oktober 2007. Dicapai pada 24 Oktober 2007.
  6. ^ "Fisichella, Sutil, Liuzzi disahkan di Force India". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 10 Januari 2008. Dicapai pada 10 Ogos 2010.
  7. ^ Tremayne, David (17 Mac 2008). "GP Australia – Tengahhari yang penuh dengan kejutan". formula1.com. Formula One Administration Ltd. Dicapai pada 12 Ogos 2010.
  8. ^ "Monaco GP – Ahad – Laporan perlumbaan". GrandPrix.com. Inside F1, Inc. 25 Mei 2008. Dicapai pada 10 Mei 2009.
  9. ^ "GP Itali 2008: Force India". Autosport.com. Haymarket Publications. 14 September 2008. Dicapai pada 16 Ogos 2010.
  10. ^ "Keputusan Spa-Francorchamps: kelayakan". BBC Sport. 29 Ogos 2009. Dicapai pada 29 Ogos 2009.
  11. ^ "Liuzzi mengantikan Fisichella di Force India". Reuters India. 7 September 2009. Dicapai pada 7 September 2009.
  12. ^ "VJM 02 akan dilancarkan pada hari Ahad". IndianGrandPrix.net. WordPress. 24 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-28. Dicapai pada 11 Oktober 2010.
  13. ^ "ESPN F1 | Formula 1 news and live F1 coverage". En.f1-live.com. Dicapai pada 15 Mac 2010.
  14. ^ "Ricciardo terpantas pada hari akhir ujian". F1technical.net. Dicapai pada 17 Januari 2012.
  15. ^ "Perfect Partners – Exclusive Q&A with Force India's Simon Roberts". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 29 September 2009. Dicapai pada 6 Februari 2010.
  16. ^ Elizalde, Pablo (2 Februari 2010). "Force India menandatangani di Resta sebagai pemandu ujian". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2 Februari 2010.
  17. ^ "Paul di Resta akan berlumba dalam F1 untuk Force India". BBC Sport. BBC. 26 Januari 2011. Dicapai pada 13 Ogos 2011.
  18. ^ Xavier, Leslie (9 Februari 2011). "Force India melancarkan kereta VJM-04". The Times of India. The Times Group. Dicapai pada 9 Februari 2011.
  19. ^ "Saubers disingkirkan kerana melanggar peraturan tekinal – updated". Kumpulan Formula Satu. 27 Mac 2011. Dicapai pada 6 April 2011.
  20. ^ Singh, Amanpreet (30 Oktober 2011). "Vettel memenangi GP India yang pertama, Sutil mendapat 2 mata". CNN-IBN. Turner International India. Press Trust of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-27. Dicapai pada 31 Oktober 2011.
  21. ^ "Webber mendapat kemenangan pertama bagi 2011 di pusingan terakhir". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 27 November 2011. Dicapai pada 28 November 2011.
  22. ^ "Sahara Force India, VJM05". The Times of India. The Times Group. Press Trust of India. 3 Februari 2012. Dicapai pada 16 Februari 2012.
  23. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-17. Dicapai pada 2013-02-18.
  24. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-03. Dicapai pada 2013-03-22.
  25. ^ Anderson, Ben (1 Februari 2013). "Force India VJM06 launch: New car a total rethink". Autosport.com. Haymarket Media Group. Dicapai pada 2 Februari 2013. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  26. ^ "Force India off to best ever start at Melbourne". CNN-IBN. Turner International India. Indo-Asian News Service. 17 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-20. Dicapai pada 22 Mac 2013.

Pautan luar

Read other articles:

Pagoda Shwesandaw em Pyay. O Pagode Shwesandaw, ou Shwesandaw Paya, é um pagode budista no centro de Pyay (Prome), Birmânia. É um dos mais importantes locais de peregrinação budista em Birmânia. Ele contém um pouco de cabelo de Buda (o nome significa cabelo Templo Dourado). Renovado no XVIII século, o pagode Shwesandaw é um metro mais alto do Pagode Shwedagon em Rangoon. Referências Myanmar (Burma). Footscray, Victoria, Australia: Lonely Planet, Publication Pty Ltd. 2002  L'Art...

 

1979 studio album by The Super Jazz TrioSomething TastyStudio album by The Super Jazz TrioReleased1979RecordedMay 25, 1979StudioMedia Studio, TokyoGenreJazzLabelBaystateTommy Flanagan chronology Together(1978) Something Tasty(1979) Super-Session(1980) Something Tasty is an album by the Super Jazz Trio of pianist Tommy Flanagan, bassist Reggie Workman, and drummer Joe Chambers, with Art Farmer on flugelhorn. Background The Super Jazz Trio was formed in 1978 by pianist Tommy Flanagan, b...

 

Il Postino: The PostmanPoster rilis teatrikalSutradara Michael Radford Produser Mario Cecchi Gori Vittorio Cecchi Gori Gaetano Daniele Ditulis oleh Anna Pavignano Michael Radford Furio Scarpelli Giacomo Scarpelli Massimo Troisi SkenarioAnna PavignanoMichael RadfordFurio ScarpelliGiacomo ScarpelliMassimo TroisiBerdasarkanArdiente pacienciaoleh Antonio SkármetaPemeranPhilippe NoiretMassimo TroisiMaria Grazia CucinottaPenata musikLuis Enríquez BacalovSinematograferFranco Di GiacomoPenyun...

Este artículo se refiere o está relacionado con un evento reciente o actualmente en curso. La información de este artículo puede cambiar frecuentemente. Por favor, no agregues datos especulativos y recuerda colocar referencias a fuentes fiables para dar más detalles. Precios de fertilizantes                      Fosfato diamónico (DAP)          ...

 

There are three Redruth transmitting stations: Redruth (Four Lanes) Redruth (Four Lanes)Redruth transmitting station (Cornwall)Mast height173 metres (568 ft)Coordinates50°12′35″N 5°14′19″W / 50.209722°N 5.238611°W / 50.209722; -5.238611Built1964BBC regionBBC South WestITV regionITV West Country The Redruth/Four Lanes Transmitter. A broadcasting and telecommunications facility in west Cornwall (grid reference SW690395, 50°12′35″N 5°14′19″W...

 

هنري الثامن حوالي 1537 بواسطة هانز هولباين الأصغر . متحف تيسين بورنيميزا، مدريد.تصفية الأديرة أو حل الأديرة، أحيانا يشار إليها باسم قمع الأديرة، هي مجموعة من الإجراءات الإدارية والقانونية بين 1536 و 1541 والتي حل بموجبها هنري الثامن الأديرة، رئاسة الدير ودير الرهبان، في إنجلترا

Video game character This article is about the video game character. For other uses, see Princess Daisy (disambiguation). Fictional character Princess DaisyMario characterPrincess Daisy, in Super Mario PartyFirst appearanceSuper Mario Land (1989)Created byGunpei YokoiPortrayed bySamantha Mathis (film)Voiced by Various Melissa Beckford (Super Mario Compact Disco) Kate Fleming (2000)[1] Jen Taylor (2000–2003) Deanna Mustard (2003–2022) Giselle Fernandez (2023–present) Noriko Hidak...

 

Polish mathematician Zygmunt JaniszewskiBorn(1888-07-12)12 July 1888Warsaw, Vistula Land, Russian EmpireDied3 January 1920(1920-01-03) (aged 31)Lwów, PolandResting placeLychakiv cemetery, LwówAlma materUniversity of ParisKnown forJaniszewski's theoremBrouwer–Janiszewski–Knaster continuumScientific careerFieldsMathematicsInstitutionsUniversity of WarsawDoctoral advisorHenri LebesgueDoctoral studentsKazimierz Kuratowski Zygmunt Janiszewski (12 July 1888 – 3 January 1920)&...

 

Легка атлетикаНапівмарафон Зерсенай Тадесе(ексрекордсмен світу)Умови проведенняМісце на відкритому повітріПоверхня шосеРекорди (чоловіки)світу Джейкоб Кіплімо57.31 (2021)Європи Жульєн Вандерс59.13 (2019)України Богдан-Іван Городиський1:00.40 (2020) Світові рекорди з напівмарафону...

Study of God the Father This article is about Patriology as a discipline in Christian theology. For patriological aspects of various gods and deities in some other religions, see God the Father. For other uses of the term in some social sciences and humanities, see Patriarchy. For study of the Church Fathers, see Patrology. Part of a series onChristianity JesusChrist Nativity Baptism Ministry Crucifixion Resurrection Ascension BibleFoundations Old Testament New Testament Gospel Canon Church C...

 

Argument that uses faulty reasoning This article has multiple issues. Please help improve it or discuss these issues on the talk page. (Learn how and when to remove these template messages) This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Fallacy – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (January 2022) (L...

 

Ski resort in New Hampshire Waterville Valley ResortTop of Highcountry Double,south shoulder of Mount TecumsehWaterville Valley ResortLocation in New HampshireShow map of the United StatesWaterville Valley ResortWaterville Valley Resort (New Hampshire)Show map of New HampshireLocationWaterville Valley,New Hampshire, U.S.Nearest major cityPlymouth – 20 miles (32 km)Coordinates43°57′55″N 71°31′40″W / 43.96528°N 71.52778°W / 43.96528; -71.52778Vertical2...

Đại hội Thể thao châu Á lần thứ XXIThành phố chủ nhàRiyadh, Ả Rập Xê ÚtKhẩu hiệu Transforming the Future(tiếng Ả Rập: تحويل المستقبل‎)Lễ khai mạc29 tháng 11Lễ bế mạc14 tháng 12Địa điểm chínhSân vận động Quốc tế Nhà vua FahdTrang webriyadh2030.sa <  Doha 2030 2038  > Đại hội Thể thao châu Á 2034 (tiếng Anh: 2034 Asian Games, tiếng Ả Rập: دورة الألعاب الآسيوية ...

 

Hotel in Nevada, United StatesInternational HotelInternational Hotel in 1890General informationStatusDestroyedTypeHotelTown or cityVirginia City, NevadaCountryUnited StatesCoordinates39°18′40″N 119°38′59″W / 39.310985°N 119.649803°W / 39.310985; -119.649803Construction startedMay 1876OpenedMarch 31, 1877DestroyedDecember 12, 1914Cost$600,000Height109 feet (33 m)Technical detailsFloor count6Other informationNumber of rooms160 The International Hotel was...

 

Bulan Sabit Merah IranSingkatanIRCS (Inggris)Tanggal pendirian1922; 101 tahun lalu (1922)PendiriAmir Amir-Aʿlam[1]StatusDisahkan oleh Parlemen Iran pada 28 April 1988[1]TipeOrganisasi nirlabaTujuanBantuan KemanusiaanKantor pusatBangunan Damai, Jalan Valiasr No. 136, TehranWilayah layanan IranJasa Operasi bantuan Pencarian dan penyelamatan Pendidikan Penelitian BidangPharmaceutical industryTextile manufacturingHealthcareSekretaris JenderalMostafa Mohammadioun[2]Pr...

Président de larépublique du Malawi(en) President of theRepublic of Malawi(ny) Mtsogoleri wa Dziko la Malawi Armoiries du Malawi. Drapeau présidentiel. Titulaire actuelLazarus Chakweradepuis le 28 juin 2020(3 ans, 5 mois et 8 jours) Création 6 juillet 1966 Titre Son Excellence Mandant Suffrage universel direct Durée du mandat 5 ans, renouvelable une fois consécutivement Premier titulaire Hastings Kamuzu Banda Résidence officielle Palais de Kamuzu (Lilongwe) Rémunératio...

 

Polisi Militer Komando Armada IILambang Korps PuspomalNegaraIndonesiaCabangPusat Polisi Militer TNI Angkatan LautTipe unitBadan Pelaksana PusatBagian dariTNI Angkatan LautMarkasSurabayaJulukanPOM Koarmada IIMoto“Wira Jala Widhayaka”Baret BIRU TokohKomandanKolonel Laut (PM) Sugeng Tri Hadiyanto, M.Tr.Hanla.WadanLetkol Laut (PM) Mardani Polisi Militer Komando Armada II atau (POM Koarmada II) merupakan Komando pelaksana pembinaan di lingkup Komando Armada II yang memiliki peran san...

 

Channing Tatum Channing Tatum en la Comic-Con de San Diego de 2017.Información personalNombre de nacimiento Channing Matthew TatumNacimiento 26 de abril de 1980 (43 años)Cullman, Alabama (Estados Unidos)Nacionalidad EstadounidenseLengua materna Inglés FamiliaCónyuge Jenna Dewan (matr. 2009; div. 2018)Pareja Jessie J (2018-2020)Zoë Kravitz (desde 2021) Hijos 1EducaciónEducado en Escuela Secundaria GaitherUniversidad Estatal de GlenvilleEscuela secunda...

Private school in Dayton, , Ohio, USAChaminade Julienne Catholic High SchoolAddress505 South Ludlow StreetDayton, (Montgomery County), Ohio 45402USACoordinates39°45′11″N 84°11′34″W / 39.75306°N 84.19278°W / 39.75306; -84.19278InformationTypePrivateReligious affiliation(s)Roman CatholicEstablished1850; 173 years ago (1850)1973 (merger of former schools)Oversight Sisters of Notre Dame de Namur Society of Mary PresidentDan MeixnerPrincipalGre...

 

Dancers dance in a line or circle, swinging their arms with little fingers linked. An dro or en dro (Breton: the turn) is a Breton folk dance in 44. It is a form of a circle dance.[1] Technique The dance is performed in a line, with the dancers joined by hooking their little fingers. They swing their arms, and take a short step to the right, a longer step to the left, so they drift steadily leftwards.[2] Recordings An dro songs are part of the repertoire of almost any Breton s...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!