Formula Satu musim 2008 merupakan Kejuaraan Dunia FIAFormula Satu musim ke-59. Ia telah bermula pada 16 Mac dan akan berakhir pada 2 November selepas lapan belas Grand Prix.
Pra musim
Sesi ujian pasukan yang pertama bermula di Jerez pada 14 Januari2008. Ferrari, McLaren dan Toyota semua mencuba kereta 2008 mereka. Williams mencuba versi ubahsuai FW29 manakala Renault dan Red Bull mencuba entri 2007. Honda, Toro Rosso, Super Aguri dan Force India juga hadir. BMW tidak hadir kerana pelancaran F1.08.[1] Sesi ujian beralih ke Valencia pada 22 Januari. Cuma Renault dan Williams yang berada di litar pada hari pertama. Mereka mencuba kereta 2008 yang akan digunakan.[2] Mereka disertai oleh pasukan lain kecuali Super Aguri untuk tiga hari berikutnya. 1 Februari menyaksikan ujian berpindah ke Barcelona. Semua pasukan kecuali Super Aguri mengambil bahagian ujian masa. Hari pertama percubaan menyaksikan Kazuki Nakajima merempuh FW30.[3] Selain itu, isu perkauman juga melibatkan Lewis Hamilton. Williams menarik diri pada hari ketiga untuk cuba dan membaiki masalah yang mengakibatkan rempuhan Nakajima. Manakala pada 4 Februari, Ferrari dan Toyota beralih ke Bahrain untuk terus mencuba F2008 dan TF108.[4]
Pada 12 Februari ujian masa kembali ke Jerez. Red Bull dan Williams adalah pasukan yang beraksi pada hari pertama.[5] Pada hari kedua ujian masa menyaksikan semua pasukan kecuali Ferrari dan Toyota. Setelah menangguhkan pelancaran SA08 dan membatalkan sesi ujian Valencia, Super Aguri tampil untuk mencuba kereta SA07B buat pertama kali.[6]
Ujian masa beralih ke Barcelona pada 19 Februari. Hari pertama bermula dalam keadaan hujan di mana Williams, Red Bull, Renault dan Toyota hadir. Nico Rosberg mencatat masa terpantas untuk Williams. BMW Sauber melakukan ujian masa sendirinya di Jerez.[7] Super Aguri tidak tampil walaupun berjanji untuk mengadakan Q&A dengan pihak media. Mereka menyalahkan hal ini di luar kawalan mereka. Pada hari kedua Ferrari tampil dan topped the time sheets with Felipe Massa pada litar yang basah. McLaren menyertai pada hari terakhir dan Williams berada di kedudukan teratas dengan Nakajima. Sesi ujian semua pasukan bermula pada 25 Februari dengan semua pasukan tetapi Super Aguri hadir. Lewis Hamilton mencatat masa lebih pantas daripada Kimi Räikkönen dan Michael Schumacher. McLaren terus mengatasi Ferrari pada hari kedua dengan kedua-dua pemandunya di kedudukan teratas dan Toyota terpantas dengan Jarno Trulli pada hari terakhir.
Telah dipastikan bahawa Singapura akan menganjurkan Grand Prix mulai tahun 2008 selama lima tahun yang akan datang. Ia sebuah litar jalan, dengan laluan direka oleh Hermann Tilke. Ia adalah perlumbaan Formula Satu yang pertama kali diadakan pada waktu malam,[42] dengan waktu permulaan 20:00 waktu tempatan dan mengikut arah lawan jam untuk keselamatan. [43]
Grand Prix Perancis 2007 yang dikatakan terakhir diadakan di Magny-Cours.[44] Alternatif untuk Grand Prix Perancis termasuk Paul Ricard atau sebuah litar baru berdekatan Disneyland Paris atau Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle berkemungkinan besar akan menganjurkan perlumbaan dari 2009. Walau bagaimanapun pada 24 Julai 2007, dilaporkan bahawa Bernie Ecclestone telah "setuju untuk mengekalkan perlumbaan di Magny-Cours pada 2008, dan untuk 2009, jika tiada alternatif lain."[45]
Spekulasi berterusan sama ada Grand Prix San Marino akan kembali di kalendar 2008 selepas dikecualikan pada 2007 kerana kerja pengubahsuaian.
Bernie Ecclestone berkata kemungkinan besar Imola tidak akan kembali dalam F1, setelah mengambil kira potensi jumlah perlumbaan pada 2008.[46]Ia telah dipastikan bahawa Indianapolis Motor Speedway tidak akan menganjurkan Grand Prix pada 2008; namun begitu, kemungkinan Indianapolis untuk kembali tidak ditolak sepenuhnya.[47]
Max Mosley mencadangkan pembekuan pembangunan enjin selama sepuluh tahun. Kemudian, semua pasukan bersetuju memendekkan pembekuan itu kepada lima tahun.[50]
Perubahan enjin tidak berjadual pertama musim bagi setiap kereta tidak mengakibatkan penalti 10 petak grid seperti biasa.[51]
Bahan api kereta mesti mengandungi sekurang-kurangnya 5.75% bahan biologi.[52]
Setiap kotak gear untuk digunakan selama empat perlumbaan, penalti 5 petak grid untuk penukaran kotak gear. Sekiranya pemandu tidak menamatkan perlumbaan, dia dibenarkan menukar kotak gear untuk perlumbaan seterusnya tanpa sebarang penalti.[53]
Penggunaan kereta ganti dihadkan. Setiap pasukan yang menyertai tidak dibenarkan memiliki lebih dari dua buah kereta untuk digunakan bila-bila masa. Mengikut konteks ini, sesebuah kereta tersebut terdiri daripada sebuah sel kemandirian yang dipasang separa, dilengkapi enjin, suspensi hadapan, badan kereta, radiator, tangki minyak atau penukar haba.[53]
Tayar
Bridgestone menjadi pembekal tayar rasmi untuk musim-musim 2008-2010.[55]
Kelayakan
Bahagian pertama sesi kelayakan dipanjangkan kepada 20 minit, sementara bahagian akhir disingkatkan kepada 10 minit. Pasukan yang menyertai Q3 tidak lagi dibenarkan mengisi bahan api balik ke dalam kereta selepas kelayakan demi menyingkirkan fasa 'fuel-burn'.
Masa pusingan minimum untuk setiap sesi kelayakan dilaksanakan mulai Pusingan 3 di Bahrain untuk mengelakkan kereta masuk ke dalam pitstop pada kelajuan terlalu rendah seperti yang disaksikan di Pusingan 2 di Malaysia. Lewis Hamilton dan Heikki Kovalainen diundurkan lima petak setelah pengadil mendapati mereka menghalang Nick Heidfeld dan Fernando Alonso. Masa pusingan minimum adalah berbeza bagi dari perlumbaan ke perlumbaan. Contohnya, masa di Bahrain adalah 1:39.
Mulai 8 Mei 2008, FIA mengumumkan bahawa, berikutan keluarnya Super Aguri dari Formula Satu, prosedur sesi kelayakan telah mengalami perubahan. Daripada enam pemandu disingkirkan pada akhir Q1, hanya lima pemandu terendah yang disingkirkan. Ini menambah kemungkinan salah satu pemandu di tengah akan tersingkir, kerana hanya 15 pemandu teratas akan ke Q2. Peralihan Q2-Q3 tidak berubah.[56]
Ujian
Semua pasukan yang bertanding tidak dibenarkan menjalani ujian melebihi 30,000km (18,641mi) sepanjang kalendar tahun 2008.[53]