Brazil pernah menjadi tanah jajahan Portugal sejak ketibaan Pedro Álvares Cabral pada tahun 1500 hingga tahun 1815, apabila ia dinaik taraf ke Kerajaan Bersatu bersama Portugal dan Algarves. Ikatan kolonial itu akhirnya renggang pada tahun 1808, apabila ibu negara Negara Beraja Portugal dipindahkan dari Lisbon ke Rio de Janeiro, ekoran serangan Napoleon terhadap Portugal.[8] Kemerdekaan Brazil dari Portugal tercapai pada 1822. Mula-mulanya diasaskan sebagai Empayar Brazil, negara ini menjadi republik pada tahun 1889, namun sistem perundangan dwidewan, kini bergelar Kongres, diasaskan pada tahun 1824, apabila perlembagaan pertama negara diratifikasi.[8]Perlembagaan sekarang mentakrifkan Brazil sebagai sebuah Republik Persekutuan.[9] Persekutuan ini terbentuk oleh kesatuan Wilayah Persekutuan, 26 Negeri, dan 5,564 Kawasan Perbandaran.[9][10]
Asal-usul nama Brazil masih tidak dipastikan. Mengikut tradisi, nama "Brazil" datang dari kayu brazil, sejenis pokok balak yang diperdagangkan oleh para pelaut dari kawasan Brazil ke Eropah pada abad ke-16.[14] Dalam bahasa Portugis, kayu brazil dipanggil pau-brasil, yang mana perkataan brasil yang bermaksud "merah seperti bara", berasal dari bahasa Latin iaitu brasa ("bara") dan akhiran -il (dari -iculum atau -ilium).[15][16][17] Teori ini diajar sebagai asal-usul rasmi di sekolah-sekolah Brazil dan Portugal, tetapi ada yang berpendapat bahawa nama Brazil lebih tua daripada itu, dan mungkin berasal dari bangsa Celt.[18] Mereka memperdagangkan bahan pewarna merah yang diekstrak dari mineral dari lombong-lombong Iberia ke Ireland. Apatah lagi, pulau Hy-Brazil dalam mitos Ireland dilihat oleh sesetengah pihak sebagai asal-usul nama Brazil yang sebetulnya, termasuk sasterawan JRR Tolkien sendiri.[19][14] Dalam bahasa Guarani, salah satu bahasa rasmi Paraguay, Brazil dipanggil “Pindorama”, nama yang diberikan oleh orang asli kepada negara itu, membawa erti “bumi pokok palma.”
Sejarah
Penjajahan Portugis
Bumi yang kini bergelar Brazil pernah dituntut oleh Portugal pada April 1500, sewaktu ketibaan armada Portugal di bawah perintah Pedro Álvares Cabral.[20] Pendatang Portugis bertemu dengan orang asli yang terbahagi kepada puak-puak, kebanyakannya berkongsi serumpun bahasa Tupi-Guarani, tetapi berbalah sesama sendiri.[21]
Meskipun petempatan pertama diasaskan pada tahun 1532, zaman penjajahan mulai berkuatkuasa pada tahun 1534, apabila DomJoão III memecahkan wilayah ini kepada 12 kekapitanan turun-temurun,[22][23] tetapi susunan ini terbukti bermasalah, maka pada tahun 1549, baginda melantik seorang Gabenor Jeneral untuk mentadbir seluruh jajahan.[23][24] Pemerintah Portugis mengasimilasikan beberapa puak orang asli[25] manakala puak-puak lain diperhambakan atau dipunahkan ekoran perang berlanjutan ataupun akibat tidak lali akan penyakit bawaan pendatang Eropah.[26][27] Pada pertengahan abad ke-16, gula menjadi bahan eksport terpenting Brazil[21][28] maka pemerintah Portugis mengimport hamba abdi Afrika[29][30] untuk menampung permintaan ekonomi yang meningkat.[26][31]
Setelah berperang dengan Perancis, lama-kelamaan Portugis meluaskan wilayahnya ke arah tenggara, termasuk pendudukan Rio de Janeiro pada tahun 1567, dan juga ke arah barat laut, termasuk penaklukan São Luís pada tahun 1615.[32] Mereka menghantar ekspedisi tentera ke hutan hujan Amazon serta menawan benteng Inggeris dan Belanda,[33] menubuhkan desa-desa dan kubu-kubu mulai tahun 1669.[34] Pada tahun 1680, penjajah Portugis menjangkau jauh ke selatan lalu mengasaskan Sacramento di tebing Rio de la Plata, di kawasan Jalur Timur (kini Uruguay).[35]
Pada akhir abad ke-17, eksport gula mulai merosot[36] tetapi mulai 1690-an, penemuan emas oleh para pengembara di kawasan yang kemudian bergelar Minas Gerais (Lombong Umum), sekarang negeri Mato Grosso dan Goiás, menyelamatkan jajahan itu daripada keruntuhan ekonomi.[37] Ribuan penghijrah dari merata Brazil dan juga Portugal berbondong-bondong ke kawasan perlombongan.[38]
Bangsa Sepanyol cuba menghalang peluasan Portugis ke wilayah milik Sepanyol menurut Perjanjian Tordesillas 1494, lalu berjaya menawan Jalur Timur pada tahun 1777. Bagaimanapun, tindakan Sepanyol itu sia-sia kerana Perjanjian San Ildefonso yang ditandatangani pada tahun yang sama mengesahkan kedaulatan Portugis atas segala tanah yang ditaklukinya dalam peluasan wilayah, maka terbentuknya sebahagian besar sempadan Brazil yang kita kenali sekarang.[39]
Pada tahun 1808, kerabat diraja Portugis yang melarikan diri dari kemaraan askar Maharaja Perancis, Napoleon I yang menyerang Portugal dan kebanyakan kawasan Eropah Tengah, memantapkan kedudukan mereka di kota Rio de Janeiro yang kemudiannya menjadi pusat kerajaan seluruh Empayar Portugis.[40] Pada tahun 1815, Dom João VI, ketika itu pemangku bondanya yang hilang upaya, menaikkan taraf Brazil dari jajahan menjadi Kerajaan berdaulat yang bersatu dengan Portugal.[40] Pada tahun 1809, Portugis menyerang Guiana Perancis (yang dipulangkan kepada Perancis pada 1817)[41]; kemudian pada tahun 1816, mereka menawan Jalur Timur dan menukar namanya menjadi Cisplatina[42] (tetapi Brazil kehilangannya pada tahun 1828 apabila ia menjadi negara merdeka bergelar Uruguay).[43]
Raja João VI kembali ke Eropah pada 26 April 1821, meninggalkan putera sulungnya, Putera Pedro de Alcântara selaku pemangku yang memerintah Brazil.[44] Kerajaan Portugis cuba menjadikan Brazil sebagai jajahan sekali lagi, sekaligus melucutkan pencapaiannya sejak tahun 1808.[45] Warga Brazil enggan mengalah, maka Putera Pedro mendukung perjuangan mereka dengan mengisytiharkan kemerdekaan negara dari Portugal pada 7 September 1822.[46] Pada 12 Oktober 1822, Pedro dinobatkan sebagai Maharaja pertama Brazil lalu memahkotakan Dom Pedro I pada tahun 1 Disember 1822.[47]
Ketika itu, kebanyakan warga Brazil menyokong sistem beraja, manakala fahaman republikanisme kurang mendapat sambutan.[48][49] Selepas itu, Perang Kemerdekaan Brazil meletus di seluruh wilayah, dengan pertempuran di kawasan utara, timur laut dan selatan.[50] Bala tentera Portugis yang terakhir menyerah kalah pada 8 Mac 1824[51] maka kemerdekaan Brazil akhirnya diperakui oleh Portugal pada 29 Ogos 1825.[52]
Perlembagaan Brazil pertama diisytiharkan pada 25 Mac 1824, setelah diterima oleh majlis-majlis perbandaran di merata negara.[53][54][55][56] Pedro I turun takhta pada 7 April 1831 dan berangkat ke Eropah untuk menuntut semula mahkota puterinya, meninggalkan puteranya yang berusia lima tahun iaitu pewaris takhtanya, yang sepatutnya menjadi Dom Pedro II.[57] Memandangkan maharaja baru ini tidak dapat melaksanakan prerogatif perlembagaannya sehingga baginda matang, maka terbentuknya sistem pemangku.[58]
Perbalahan antara paksi-paksi politik mencetuskan pemberontakan dan ketidakstabilan kerajaan yang seakan-akan anarki.[59] Walaupun begitu, paksi-paksi yang memberontak itu tidak menentang pemerintahan beraja,[60][61] meskipun ada yang mengisytiharkan perpisahan wilayah masing-masing sebagai republik yang merdeka, tetapi ini adalah kerana Pedro II belum dewasa.[62] Oleh yang demikian, Pedro II diisytiharkan dewasa terlalu awal, dan “Brazil diharapkan menikmati hampir seabad keamanan dalaman dan kemajuan zahir yang pesat."[63]
Brazil memenangi tiga peperangan antarabangsa (Perang Platine, Perang Uruguay dan Perang Perikatan Bertiga) ketika pemerintahan Pedro II selama 58 tahun[64] serta menyaksikan penubuhan sistem demokrasi perwakilan yang dizahirkan oleh pilihan raya berturut-turut dan kebebasan akhbar yang luas.[65] Penting sekali, amalan perhambaan dimansuhkan selepas proses beransur-ansur yang bermula dengan berakhirnya pemerdagangan hamba antarabangsa pada tahun 1850[66] sehingga berakhir dengan pemansuhan perhambaan sepenuhnya pada tahun 1888.[67] Jumlah penduduk hamba merosot sejak Brazil merdeka: peratusan penduduk hamba Brazil jatuh dari 29% pada tahun 1823 kepada 5% pada tahun 1887.[68]
Apabila sistem beraja dibubarkan pada 15 November 1889[69] warga Brazil kurang merasa angin perubahan bentuk kerajaan[70] kerana sambutan rakyat terhadap Pedro II berada di kemuncaknya ketika itu.[71][72] Walaupun demikian, baginda “berasa paling bertanggungjawab atas penggulingan dirinya.”[73] Setelah kematian dua puteranya, Pedro percaya bahawa “rejim maharaja ditakdirkan berakhir dengannya.”[74] He cared little for the regime's fate[75][76] maka tiada apa yang terdaya atau direstui untuk menghalang rampasan kuasa tentera yang disokong oleh bekas tuan hamba yang membantah pengharaman amalan perhambaan.[77][78][79]
Republik Awal
“Kerajaan republik pada awalnya sekadar kediktatoran tentera. Pihak tentera menguasai hal-ehwal di Rio de Janeiro dan negeri-negeri. Kebebasan akhbar lesap, dan pilihan raya dikawal oleh pihak penguasa”.[69] Pada tahun 1894, orang awam republikan mengambil alih tampuk kuasa, sehingga mencetuskan “kitaran perang saudara, kemelut kewangan, dan ketidakcekapan pentadbiran yang berpanjangan.”[80] Pada tahun 1902, kerajaan memulakan pemulihan dasar-dasar yang diusahakan sewaktu zaman Empayar, iaitu dasar-dasar yang menjanjikan keamanan dan ketenteraman dalam negara serta memulihkan nama baik Brazil di mata dunia[80], serta berjaya merundingkan beberapa perjanjian yang diluaskan (hasil pembelian Acre) serta mengukuhkan sempadan Brazil.[81]
Pada 1920-an, negara Brazil dibelenggui oleh beberapa kejadian pemberontakan yang dicetuskan oleh pegawai tentera muda.[82][83] Menjelang tahun 1930, rejim menjadi lumpuh dan lemah semangat, sehingga membolehkan calon presiden yang kalah, Getúlio Vargas untuk mengetuai rampasan kuasa aman lalu mengambil alih tampuk presiden.[84] Vargas sepatutnya mengambil alih kepresidenan buat sementara waktu, tetapi beliau membubarkan Kongres Negara, memansuhkan Perlembagaan, memerintah dengan kuasa darurat dan menggantikan para gabenor negeri dengan penyokong-penyokongnya.[85][86]
Pada tahun 1935, komunis memberontak di serata negara dan membuat percubaan merampas kuasa tetapi gagal.[87] Bagaimanapun, ancaman komunis ini dijadikan alasan untuk Vargas melancarkan satu lagi rampasan kuasa pada tahun 1937 supaya Brazil menjadi negara diktator sepenuhnya.[88][89] Penindasan pihak pembangkang lebih ganas apabila lebih 20,000 orang dipenjara, kem penahanan dibuka untuk menyimpan banduan politik di kawasan terpencil negara, ejen-ejen kerajaan melakukan penyeksaan secara berleluasa, serta penapisan dikenakan terhadap akhbar.[90][91]
Brazil kekal berkecuali pada tahun-tahun terawal Perang Dunia II, sehinggalah kerajaan mengisytiharkan perang terhadap kuasa Paksi pada tahun 1942.[92] Vargas kemudiannya memaksa golongan pendatang Jerman, Jepun dan Itali ke dalam kem tumpuan,[93]. Pada tahun 1944, pemerintah Brazil menghantar tentera ke medan pertempuran di Itali.[94][95] Apabila pihak Berikat menang pada tahun 1945 dan rejim Nazi dan fasis tumbang di Eropah, kedudukan Vargas makin genting, lantas beliau cepat digulingkan dalam rampasan kuasa tentera.[96] Sistem demokrasi dipulihkan dan Jeneral Eurico Gaspar Dutra dipilih menjadi presiden lalu mulai menjawat pada tahun 1946.[97] Vargas kembali berkuasa pada tahun 1951, tetapi kali ini dipilih secara demokrasi, tetapi beliau tidak mampu mentadbir negara demokrasi dan berurusan dengan pembangkang yang aktif, maka beliau membunuh diri pada tahun 1954.[98][99]
Zaman moden
Peristiwa Vargas membunuh diri disusuli oleh beberapa kerajaan sementara yang singkat secara berturut-turut.[100]Juscelino Kubitscheck menjadi presiden pada tahun 1956 lalu mengambil pendirian berdamai terhadap pihak pembangkang politik yang membolehkannya mentadbir tanpa dilanda krisis besar.[101] Ekonomi dan sektor industri membangun dengan pesat sekali,[102] dan pencapaian terbesarnya ialah pembinaan ibu negara baru, Brasília, yang dibuka pada tahun 1960.[103] Kubitscheck diwarisi oleh Jânio Quadros, tetapi beliau meletak jawatan pada tahun 1961, tidak sampai setahun selepas mulai menjawat.[104] Naib presidennya, João Goulart, mengambil alih tampuk pimpinan tetapi menerima tentangan hebat[105] lalu digulingkan oleh rampasan kuasa pada April 1964 dan digantikan dengan rejim tentera.[106]
Rejim baru itu sepatutnya berbentuk peralihan[107] tetapi ia beransur-ansur menyelubungi dirinya lalu menjadi suatu pemerintahan diktator sepenuhnya ekoran perisytiharan Akta Institusi Kelima pada tahun 1968.[108] Penindasan terhadap pihak penentang kediktatoran, termasuk gerila di bandar,[109] nyata keras, tetapi tidak seganas negara Amerika Latin yang lain.[110] Disebabkan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa sehingga bergelar “keajaiban ekonomi”, rejim itu mencapai kemuncak kepopularannya pada zaman penindasan ini.[111]
Jeneral Ernesto Geisel menjadi presiden pada tahun 1974, lalu memulakan projek pendemokrasian semula yang diakuinya sebagai “perlahan, beransur-ansur dan selamat.”[112][113] Geisel menamatkan sikap tidak berdisiplin pihak tentera yang membelenggu negara sejak tahun 1889,[114] serta penyeksaan tanahan politik, penapisan akhbar,[115] dan pemerintahan diktator tentera itu sendiri, selepas memansuhkan Akta Institusi Kelima.[108] Bagaimanapun, rejim tentera berterusan di bawah pengganti yang dipilihnya, Jeneral João Figueiredo, untuk melengkapkan peralihan ke demokrasi sepenuhnya.[116]
Kuasa akhirnya dikembalikan kepada orang awam pada tahun 1985, apabila José Sarney mengambil alih tampuk presiden[117], tetapi pada akhir penggalnya, beliau mendapat sambutan hambar kerana krisis ekonomi yang luar kawalan serta inflasi yang teramat tinggi.[118] Kegagalan kerajaan Sarney membuka laluan kepada pemilihan Fernando Collor pada tahun 1989, tetapi beliau kemudiannya dicabar oleh Kongres Negara pada tahun 1992.[119] Collor diganti oleh Naib Presidennya, Itamar Franco, yang melantik Fernando Henrique Cardoso sebagai Menteri Kewangan.
Cardoso melaksanakan Plano Real (Rancangan Real, sempena nama mata wang Brazil) yang berjaya menstabilkan ekonomi Brazil[120] lalu dipilih sebagai presiden pada tahun 1994, dan sekali lagi pada tahun 1998.[121] Peralihan kuasa secara aman kepada Luís Inácio Lula da Silva, yang dipilih pada tahun 2002 dan sekali lagi pada tahun 2006, membuktikan kejayaan Brazil mencapai kestabilan politik yang dicari-carinya selama ini.[122] Pada tahun 2011, Lula diganti oleh Dilma Rousseff, presiden wanita pertama Brazil.[123]
Geografi
Wilayah Brazil meliputi sebahagian kawasan besar sepanjang pantai timur Amerika Selatan, dan merangkumi sebahagian besar pedalaman benua.[124] Brazil bersempadan darat dengan Uruguay di selatan; Argentina dan Paraguay di barat daya; Bolivia dan Peru di barat; Colombia di barat laut; dan Venezuela, Suriname, Guyana dan wilayah Guiana Perancis di utara. Brazil bersempadan dengan setiap negara di Amerika Selatan kecuali Ecuador dan Chile. Wilayah Brazil juga merangkumi beberapa kepulauan di lautan, seperti Fernando de Noronha, Atol Rocas, Kepulauan St Peter dan St Paul, dan Trindade and Martim Vaz.[6] Saiz, bentuk muka bumi, iklim, dan sumber alamnya menjadikan Brazil sebuah negara yang berkepelbagaian geografi.[124] Termasuk sekali pulau-pulaunya di Lautan Altantik, Brazil terletak di antara garisan lintang 6°U dan 34°S, dan garis bujur 28° dan 74°B.
Brazil merupakan negara kelima terluas di dunia, mengekori Rusia, Kanada, China dan Amerika Syarikat, dan juga yang ketiga terbesar di benua Amerika; dengan jumlah keluasan 8,514,876.599 km2 (3,287,612.235 bt2),[125] termasuk perairan seluas 55,455 km2 (21,411 bt2).[6] Brazil dinaungi tiga zon waktu, iaitu UTC-4 di negeri-negeri barat, UTC-3 di negeri-negeri timur (iaitu waktu rasmi seluruh Brazil) dan UTC-2 di kepulauan Atlantik.[126]
Topografi Brazil ada kepelbagaian dan merangkumi bukit-bukau, gunung-ganang, dataran, tanah tinggi, dan tanah semak. Kebanyakan rupa buminya terletak pada aras tinggi di antara 200 meter (660 ka) dan 800 meter (2,600 ka).[127] Kawasan tanah tinggi menguasai separuh selatan negara ini.[127] Bahagian barat laut penara terdiri daripada rupa bumi yang luas dan beralun-alun, dipecahkan oleh bukit-bukau yang pamah dan berbentuk kebundaran.[127]
Brazil mempunyai sistem sungai yang padat dan kompleks, antara yang paling luas di dunia dengan lapan lembangan saliran utama, kelapan-lapannya mengalir ke dalam Lautan Atlantik.[128] Antara sungai-sungai utamanya termasuk Sungai Amazon (sungai kedua terpanjang di dunia, dan terbesar dari segi isipadu air), Sungai Paraná dan cawang utamanya, Iguaçu (yang merangkumi Air Terjun Iguazu), Negro, São Francisco, Xingu, Madeira dan Tapajós.[128]
Kawasan utara Brazil dikuasai oleh iklim Khatulistiwa tanpa musim kemarau yang nyata, tetapi terdapat sedikit perubahan pada kala curahan hujan terbanyak dalam setahun.[129] Purata suhunya 25 °C (77 °F),[131] tetapi perbezaan suhunya lebih ketara antara waktu siang dan malam daripada antara musim.[130]
Di kawasan tengah Brazil pula, curahan hujan lebih bermusim, seperti yang diharapkan dalam iklim savana.[130] Rantau ini seluas lembangan Amazon tetapi iklimnya jauh berbeza kerana ia terletak jauh di selatan pada altitud yang lebih tinggi.[129] Di pedalaman timur laut, kebermusiman curahan hujan lebih ketara. Kawasan iklim separa gersang itu menerima hujan yang tak lebih 800 milimeter (31.5 in)[132], biasanya pada kala tiga hingga lima bulan dalam setahun[133] tetapi adakalanya lebih singkat daripada itu, maka dialaminya musim kemarau yang berpanjangan.[130] Kemarau paling dahsyat yang pernah tercatat di Brazil, iaitu Grande Seca (Kemarau Besar) pada tahun 1877–78,[134] menyebabkan sekitar separuh juta penduduk terkorban.[135] Kemarau yang berlaku pada tahun 1915 juga tidak kurang dahsyatnya.[136]
Di selatan Bahia, dekat São Paulo, taburan hujan berubah kepada curahan sepanjang tahun.[129] Kawasan selatan ini menikmati keadaan seakan iklim sederhana, dengan musim sejuk yang nyaman dan purata suhu tahunan yang tidak mencecah 18 °C (64.4 °F);[131] ibun musim sejuk juga sering dialami, dengan curahan salji sekali-sekala di kawasan yang lebih tinggi.[129][130]
Kekayaan Brazil dengan hidupan liar mencerminkan kepelbagaian habitat semula jadi. Namun demikian, masih banyak lagi spesies hidupan yang belum dikenal pasti, oleh itu selalu kedengaran berita penemuan spesies baru di situ. Para saintis menganggarkan bahawa jumlah spesies tumbuhan dan haiwan di Brazil boleh menghampiri empat juta.[138]
Warisan alam Brazil teruk terancam akibat kegiatan penternakan lembu dan pertanian, pembalakan, perlombongan, penempatan semula, penggalian minyak dan gas, penangkapan ikan berlebihan, pemerdagangan hidupan liar, pembinaan empangan dan prasarana, pencemaran air, perubahan iklim, kebakaran, dan kedatangan spesies invasif.[137] Di merata negara, persekitaran alamnya diancam oleh pembangunan.[141] Pembinaan lebuh raya telah membuka kawasan yang terpencil untuk kegunaan pertanian dan petempatan; empangan telah membanjiri lembah-lembah dan habitat hidupan liar; dan perlombongan telah mencalar dan mencemari rupa bumi negara.[140][142] Sekurang-kurangnya 70 buah empangan dirancangkan untuk dibina di kawasan Amazon, termasuk empangan hidroelektrik Belo Monte yang penuh kontroversi.[143]
Politik
Persekutuan Brazil merupakan “kesatuan berkekalan” yang menyatukan tiga entiti politik yang berbeza, iaitu: Negeri-Negeri, Majlis-Majlis Perbandaran dan Wilayah Persekutuan.[9] Kesatuan, negeri-negeri dan Wilayah Persekutan, serta majlis-majlis perbandaran, merupakan “lingkungan kerajaan”. Persekutuan terletak pada lima prinsip asas:[9]kedaulatan, kewarganegaraan, martabat insan, nilai sosial buruh dan kebebasan perusahaan, serta kemajmukan politik. Kedudukan tiga cabang kerajaan (eksekutif, perundangan, dan kehakiman di bawah sistem sekatan dan imbangan) dimantapkan secara rasmi oleh Perlembagaan.[9] Badan eksekutif dan perundangan ditubuhkan secara berasingan di ketiga-tiga lingkungan kerajaan, manakala cabang kehakiman hanya ditubuhkan di peringkat persekutuan dan negeri/Wilayah Persekutuan.
Kesemua ahli badan eksekutif dan perundangan dipilih secara langsung.[144][145][146] Para hakim dan pegawai-pegawai kehakiman yang lain dilantik selepas lulus dalam peperiksaan kemasukan.[144] Brazil mengamalkan sistem berbilang parti sepanjang kebanyakan sejarahnya. Mengundi adalah wajib bagi warga-warga yang celik huruf dan berusia 18 hingga 70 tahun, tetapi tidak wajib bagi golongan yang buta huruf, yang berusia 16 hingga 18 tahun atau melebihi 70 tahun.[9] Selain beberapa parti kecil, terdapat empat buah parti politik yang menonjol, iaitu: Parti Buruh (PT), Parti Demokrasi Sosial Brazil (PSDB), Gerakan Demokratik Brazil (PMDB), dan Demokrat (DEM). Hampir kesemua fungsi kerajaan dan pentadbiran dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan agensi-agensi yang bersekutu dengan badan Eksekutif.
Kerajaan Brazil berbentuk republik demokratik yang bersistem presiden,[9] yang mana Presiden merupakan ketua negara dan ketua kerajaan Kesatuan, dan dipilih oleh rakyat untuk penggal empat tahun,[9] dengan kemungkinan dipilih semula untuk penggal kedua berturut-turut. Presiden Brazil sekarang ialah Dilma Rousseff yang mengangkat sumpah pada 1 Januari 2011.[147] Presiden melantik Menteri-Menteri Negeri untuk membantu kerajaan.[9] Badan-badan perundangan di setiap entiti politik merupakan punca utama undang-undang di Brazil. Kongres Negara merupakan perundangan dwidewan Persekutuan yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Senat Persekutuan. Lembaga kehakiman melaksanakan tugas kehakiman sendiri.
15 buah parti politik mempunyai wakil dalam Kongres. Adalah kebiasaan bagi ahli politik untuk bertukar parti, maka perkadaran kerusi kongres yang diduduki oleh parti tertentu sering berubah-ubah.
Undang-undang
Undang-undang Brazil berasaskan tradisi Romawi-Germanik[148] dan konsep undang-undang sivil mengatasi amalan common law. Kebanyakan undang-undang Brazil adalah dikanunkan, namun statut-statut yang tidak dikanunkan juga cukup banyak dan memainkan peranan sebagai pelengkap. Keputusan mahkamah menjelaskan garis panduan pentafsiran; tetapi, ia jarang mengikat dalam kes-kes lain yang tertentu. Hasil kerja berkenaan doktrin dan ilmuwan undang-undang kuat mempengaruhi penggubalan dan kes undang-undang.
Sistem undang-undang Brazil berasaskan Perlembagaan Persekutuan yang diisytiharkan pada 5 Oktober 1988, yakni undang-undang asas Brazil. Semua keputusan perundangan dan mahkamah yang lain mesti mematuhi ketetapan peraturan persekutuan.[149] Tepat pada April 2007, Perlembagaan Brazil dipinda 53 kali. Setiap negeri mengamalkan perlembagaan sendiri, asalkan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara.[150] Majlis-majlis perbandaran dan Wilayah Persekutuan mengamalkan “undang-undang organik” ([leis orgânicas] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) yang serupa fungsinya dengan persekutuan.[9][151] Entiti perundangan merupakan punca utama statut, namun adakalanya lembaga kehakiman dan eksekutif boleh menggubal norma undang-undang.[9] Kuasa ditadbir oleh entiti-entiti kehakiman, tetapi jarang sekali Perlembagaan Persekutuan membenarkan Senat Persekutuan meluluskan penghakiman.[9] Juga terdapat mahkamah khas untuk tentera, buruh dan pilihanraya.[9] Mahkamah tertinggi Brazil ialah Mahkamah Persekutuan Agung.
Sistem ini pernah menerima bidasan selama puluhan tahun lalu kerana lambat mengeluarkan kata putus muktamad. Tuntutan mahkamah yang dirayu mungkin memakan bertahun-tahun untuk dileraikan, ataupun adakalanya lebih sedekad sebelum keputusan akhir dilakukan.[152] Namun demikian, Tribunal Persekutuan Agung merupakan mahkamah pertama di dunia yang memancarkan sesi-sesinya menerusi corong televisyen dan juga YouTube.[153][154] Baru-baru ini, mulai Disember 2009, Mahkamah Agung menggunakan Twitter untuk memaparkan perkara-perkara dalam perancang harian para menteri, memaklumkan hal-ehwal harian di Mahkamah dan keputusan paling penting yang dibuatnya.[155]
Brazil masih mengalami kadar jenayah yang tinggi dalam beberapa hasil statistik, walaupun keadaan bertambah baik akhir-akhir ini. Lebih 500,000 orang dibunuh oleh senjata api di Brazil pada tahun 1979 hingga 2003, menurut laporan PBB.[156] Pada tahun 2010, 473,600 orang banduan dikurung dalam penjara dan pusat penahanan di Brazil.[157]
Hubungan luar
Brazil merupakan peneraju politik dan ekonomi di Amerika Latin.[158][159] Bagaimanapun, masalah sosial dan ekonomi menghalangnya daripada menjadi sebuah kuasa global yang berkesan.[160] Sejak Perang Dunia Kedua hingga 1990, kerajaan demokratik mahupun tentera ingin meluaskan pengaruh Brazil di dunia dengan mengejar dasar industri pimpinan negara dan dasar luar negara yang bebas. Baru-baru ini, negara ini berusaha mengukuhkan hubungan dengan negara-negara lain di Amerika Selatan, serta menjalin diplomasi pelbagai hala melalui PBB dan Pertubuhan Negara-Negara Amerika.[161]
Dasar luar negara Brazil juga mahir memanfaatkan kebolehan menghulurkan bantuan selaku penderma kepada negara-negara membangun yang lain.[167] Brazil bukan sahaja menggunakan kekuatan ekonomi yang membangun untuk menghulurkan bantuan kewangan, bahkan juga menyediakan tahap kepakaran yang tinggi dan penting sekali, diplomasi senyap tanpa konfrontasi untuk meningkatkan tahap ketadbiran.[167] Jumlah nilai bantuan dianggarkan sebanyak $1 bilion setahun, termasuk[167]:
kerjasama teknikal sekitar $480 juta ($30 juta pada tahun 2010, dibekalkan secara langsung oleh Agensi Kerjasama Brazil (ABC))
kepakaran bukan wang bernilai sekitar $450 juta, dibekalkan oleh institusi-institusi Brazil yang berkepakaran dalam kerjasama teknikal
Selain itu, Brazil menguruskan misi pengamanan di Haiti ($350 juta) serta menghulurkan sumbangan kebendaan kepada Program Makanan Sedunia ($300 juta)[167], di samping bantuan kemanusiaan dan sumbangan kepada agensi-agensi pembangunan pelbagai pihak. Jumlah sumbangan amal Brazil setara dengan China dan India, dan jauh di depan banyak negara-negara barat.[167] Program bantuan Selatan-Selatan Brazil disifatkan sebagai "bakal contoh global".[168]
Tentera
Angkatan tentera Brazil terdiri daripada Tentera Darat Brazil, Tentera Laut Brazil, dan Tentera Udara Brazil. Dengan seramai 371,199 kakitangan aktif,[169] Brazil memiliki angkatan tentera terbesar di Amerika Latin.[170] Tentera Darat bertanggungjawab atas operasi tentera di daratan dan dianggotai 235,978 orang aktif.[171]
Polis Tentera (Polis Tentera Negeri) disifatkan sebagai angkatan bantuan Tentera Darat mengikut perlembagaan, tetapi di bawah penguasaan gabenor setiap negeri.[9] Tentera Darat bertanggungjawab atas operasi tentera laut serta mempertahankan perairan wilayah Brazil. Ia merupakan angkatan tentera terlama di Brazil dan satu-satunya tentera laut di Amerika Latin yang mengendali kapal induk pesawat udara, iaitu NAe São Paulo (dahulunya FS Foch oleh Tentera Laut Perancis).[172] Tentera Udara merupakan cabang pertempuran udara dalam angkatan tentera Brazil, dan juga tentera udara terbesar di Amerika Latin, dengan sekitar 700 buah pesawat berjuruterbang yang berkhidmat.[173]
Brazil merupakan sebuah persekutuan yang terdiri daripada 26 negeri, satu wilayah persekutuan (yang diduduki ibu negara, Brasília) dan kawasan-kawasan perbandaran.[9] Setiap negeri mempunyai sistem pentadbiran yang berautonomi, mengutip cukai sendiri dan menerima kongsian cukai yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan. Setiap negeri dipimpin oleh seorang gabenor dan sebuah badan perundangan ekadewan yang dipilih secara langsung oleh para pengundi. Setiap negeri juga mempunyai Mahkamah Undang-Undang yang bebas untuk keadilan am. Meskipun demikian, negeri-negeri kurang mendapat autonomi untuk menggubal undang sendiri berbanding di Amerika Syarikat. Misalnya, undang-undang jenayah dan sivil hanya boleh diundi oleh Kongres dwidewan persekutuan dan diseragamkan di seluruh negara.[9]
Negeri-negeri dan wilayah persekutuan di Brazil boleh digolongkan kepada lima kawasan besar, iaitu: Utara, Timur Laut, Barat Tengah, Tenggara dan Selatan. Kawasan-kawasan ini sekadar bahagian geografi, bukan bahagian politik mahupun pentadbiran, apatah lagi tiada bentuk kerajaan sendiri. Walaupun ditetapkan oleh undang-undang, namun kawasan-kawasan di Brazil ini paling berguna untuk tujuan statistik serta menetapkan penggunaan dana persekutuan kepada projek pembangunan.
Kawasan-kawasan perbandaran juga mengamalkan pentadbiran autonomi, mengutip cukai sendiri dan menerima kongsian cukai yang dikutip oleh Kesatuan dan kerajaan negeri.[9] Setiap perbandaran ada seorang datuk bandar dan sebuah badan perundangan yang dipilih, tetapi tiada Mahkamah Undang-Undang yang berasingan. Sememangnya, sebuah Mahkamah Undang-Undang yang dikelola oleh kerajaan negeri boleh merangkumi banyak perbandaran dalam sebuah bahagian pentadbiran kehakiman tunggal yang dipanggil comarca (kaunti).
Brazil menetapkan mata wangnya, iaitu real, kepada dolar AS pada tahun 1994. Bagaimanapun, selepas Krisis Kewangan Asia Timur, Russian default pada tahun 1998[179] serta kejadian-kejadian kegawatan kewangan yang menyusul, Bank Pusat Brazil menukar dasar kewangannya kepada skim apungan terurus buat sementara ketika mengalami krisis kewangan, kemudian beralih ke rejim pertukaran apungan bebas pada Januari 1999.[180]
Brazil menerima pakej penyelamatan bernilai $30.4 bilion dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada pertengahan tahun 2002,[181]. Bank pusat Brazil membayar balik pinjaman IMF pada tahun 2005, walaupun tarikh pemulangannya adalah pada 2006.[182] Antara isu-isu yang ditangani oleh Bank Pusat Brazil dewasa ini merupakan lebihan aliran masuk modal jangka pendek yang spekulatif ke dalam negara yang mungkin menyebabkan kejatuhan nilai dolar AS berbanding real ketika itu.[183] Walau apapun, pelaburan langsung asing (FDI) yang berkenaan dengan pelaburan jangka panjang yang kurang spekulatif kepada pengeluaran dianggarkan bernilai $193.8 bilion pada tahun 2007.[184] Pengawasan dan pengawalan inflasi kini memainkan sebahagian besar peranan Bank Pusat untuk menetapkan kadar faedah jangka pendek sebagai langkah dasar kewangan.[185]
Brazil merupakan pengguna tenaga yang ke-10 terbesar di dunia, yang mana kebanyakan tenaganya datang dari sumber yang boleh diperbaharui, khususnya hidroelektrik dan etanol; tenaga tak boleh baharu pula banyak dihasilkan daripada minyak dan gas asli.[193] Sebagai kuasa global pertanian dan sumber alam, Brazil menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat sejak 1980-an.[194] Ia dijangka menjadi pengeluar dan pengeksport minyak utama setelah baru menemui sumber minyak yang banyak.[195][196][197] Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab atas dasar tenaga ialah Kementerian Perlombongan dan Tenaga, Majlis Dasar Tenaga Negara, Agensi Petroleum, Gas Asli dan Biobahan Api Negara, dan Agensi Elektrik Negara.[198][199]
Penyelidikan teknologi di Brazil banyak dilakukan di universiti awam dan institut penyelidikan, tetapi lebih 73% dana untuk penyelidikan asas masih datang dari sumber kerajaan.[200] Antara pusat-pusat teknologi yang terpenting di Brazil ialah Institut Oswaldo Cruz, Institut Butantan, Pusat Teknikal Aeroangkasa Tentera Udara, Perbadanan Penyelidikan Pertanian Brazil dan INPE. Agensi Angkasa Brazil memiliki program angkasa lepas yang paling canggih di Amerika Latin, penuh dilengkapi kenderaan pelancaran, tapak pelancaran dan pengilangan satelit.[201]
Uranium diperkaya di Kilang Bahan Api Nuklear Resende untuk menjana permintaan tenaga negara, dan kapal selam nuklear pertama negara berada dalam perancangan.[202] Brazil merupakan satu daripada tiga buah negara Amerika Latin[203] yang mempunyai makmal Sinkrotron yang berfungsi, iaitu kemudahan penyelidikan fizik, kimia, sains bahan dan sains hidupan.
Pengangkutan
Brazil mempunyai rangkaian pengangkutan yang besar dan berbagai-bagai. Jalan raya merupakan pembawa utama lalu lintas angkutan dan penumpang. Sistem jalan raya berjumlah 1.98 juta km (1.23 juta batu) pada tahun 2002. Jumlah jalan raya berturap meningkat dari 35,496 km (22,056 batu) pada tahun 1967 kepada 184,140 km (114,425 batu) pada tahun tahun 2002.[204]
Sistem rel Brazil telah merosot sejak tahun 1945, disebabkan peralihan tumpuan kepada pembinaan lebuh raya. Jumlah kepanjangan landasan tren adalah 30,875 km (19,186 batu) pada tahun 2002, berbanding dengan 31,848 km (19,789 batu) pada tahun 1970. Sebahagian besar sistem rel adalah milik syarikat milik kerajaan. Metro São Paulo merupakan sistem alihan bawah tanah yang sulung di Brazil, disusuli oleh sistem metro yang seumpamanya di Rio de Janeiro, Porto Alegre, Recife, Belo Horizonte, Brasília, Teresina, Fortaleza, dan Salvador.
Di Brazil terdapat 2,500 buah lapangan terbang, termasuk padang mendarat: the second largest number in the world, after the United States.[205]Lapangan Terbang Antarabangsa São Paulo-Guarulhos dekat São Paulo, merupakan lapangan terbang yang terbesar dan paling sibuk kerana menguruskan majoriti besar trafik penumpang dan angkutan negara serta menghubungkan bandaraya dengan hampir semua bandaraya utama di dunia.[206]
Perkapalan pinggir laut menghubungkan rantau-rantau yang jauh terpisah dalam negara. Bolivia dan Paraguay diberi pelabuhan percuma di Santos. Daripada 36 pelabuhan air dalam di negara, Santos, Itajaí, Rio Grande, Paranaguá, Rio de Janeiro, Sepetiba, Vitória, Suape, Manaus dan São Francisco do Sul merupakan antara yang paling utama.[207]
Menurut rekod PNAD 2008, Jumlah penduduk Brazil adalah sekitar 190 juta[208] (22.31 penduduk per kilometer persegi), dengan nisbah lelaki dengan perempuan 0.95:1[209], dan 83.75% penduduk negara yang ditakrifkan sebagai warga bandar.[210] Kependudukan Brazil amat tertumpu di kawasan Tenggara (79.8 juta penduduk) dan Timur Laut (53.5 juta penduduk), manakala dua kawasan yang paling luas iaitu Barat Tengah dan Utara yang bersama-sama meliputi 64.12% wilayah Brazil, hanya diduduki 29.1 orang penduduk.
Jumlah penduduk Brazil bertambah secara mendadak pada tahun 1940 hingga 1970, kesan penurunan kadar kematian, meskipun kadar kelahiran sedikit merosot. Pada 1940-an, kadar pertumbuhan penduduk berada pada takat 2.4%, kemudian meningkat kepada 3.0% pada 1950-an dan kekal pada 2.9% pada 1960-an, sementara jangka hayat penduduk meningkat daripada 44 tahun kepada 54 tahun pada zaman itu[211] dan 72.6 tahun pada 2007.[212]
Kadar pertumbuhan penduduk menyusut secara beransur-ansur sejak 1960-an, daripada 3.04% setahun antara 1950–1960 kepada 1.05% pada tahun 2008, dan dijangka jatuh ke nilai negatif –0.29% menjelang tahun 2050 [213] sekaligus melengkapkan peralihan demografi.[214]
Pada tahun 2007, Yayasan Indian Negara melaporkan kewujudan 67 buah puak berbeza yang belum dihubungi, iaitu meningkat daripada 40 puak pada tahun 2005. Brazil dipercayai mempunyai bilangan kaum belum dihubungi yang terbanyak di dunia.[216]
Kebanyakan orang Brazil diturunkan daripada kaum pribumi, pendatang Portugis, dan hamba dari Afrika.[217] Sejak ketibaan Portugis pada tahun 1500, banyak berlakunya amalan kahwin campur antara ketiga-tiga golong itu. Penduduk sawo matang (yakni orang Brazil kacukan atau pardo)[218][219] merupakan kategori luas yang merangkumi kaum Caboclo (keturunan orang Putih dan Pribumi), Mulatto (keturunan orang Putih dan Hitam) dan Cafuzo (keturunan orang Hitam dan Pribumi).[217][218][219][220][221][222] Golongan Caboclo membentuk majoriti penduduk di kawasan Utara, Timur Laut dan Barat Tengah[223], manakala penduduk Mulatto yang lebih banyak ditemui di pantai timur kawasan Timur Laut dari Bahia hingga Paraíba[222][224] dan juga di Maranhão utara,[225][226] Minas Gerais selatan[227] dan Rio de Janeiro timur.[222][227] Sejak abad ke-19, Brazil membuka pintunya kepada gelombang penghijrahan. Seramai lima juta orang dari lebih 60 negara berhijrah ke Brazil pada tahun 1808 hingga 1972, kebanyakannya dari Portugal, Itali, Sepanyol, Jerman, Jepun dan Timur Tengah.[228]
Pada tahun 2008, kadar buta huruf warga Brazil adalah 11.48%[229], tetapi bagi golongan berusia 15–19 tahun, kadarnya hanya 1.74%. Kadar buta huruf adalah tertinggi di Timur Laut (20.30%) kerana di situ ramai sekali penduduk luar bandar yang kemiskinan.[230] Ramai lagi orang luar bandar yang buta huruf (24.18%) berbanding orang bandar (9.05%).[231]
Agama yang terbesar sekali di Brazil ialah Katolik Rom, apatah lagi Brazil mempunyai jumlah penduduk Katolik yang teramai di dunia.[233] Menurut Bancian Demografi 2000 (kajian PNAD tidak bertanyakan agama), 73.57% penduduk menganut agama Katolik Rom; 15.41% Protestan; 1.33% spiritisme Kardec; 1.22% mazhab Kristian yang lain; 0.31% agama Afro-Brazil; 0.13% Buddha; 0.05% Yahudi; 0.02% Islam; 0.01% agama Amerindian; 0.59% lain-lain, tidak dinyatakan atau tidak dipastikan; manakala 7.35% yang selebihnya tidak menganuti sebarang agama.[232]
Bahasa rasmi Brazil ialah bahasa Portugis[7] yang dituturkan oleh hampir seluruh penduduk dan hampir-hampir menjadi satu-satunya bahasa yang digunakan dalam akhbar, radio, televisyen, dan tujuan perniagaan dan pentadbiran. Ada satu pengecualian di kawasan perbandaran São Gabriel da Cachoeira yang mana bahasa pribumi Nheengatu diberi status rasmi bersama bahasa Portugis.[236] Brazil merupakan satu-satunya negara berbahasa Portugis di benua Amerika, maka bahasa ini menjadi lambang identiti kebangsaan yang penting buat Brazil yang memberikan budaya negara yang berbeza daripada negara-negara jiran yang berbahasa Sepanyol.[237]
Perkembangan bahasa Portugis di Brazil dipengaruhi oleh bahasa-bahasa pribumi dan Afrika.[238] Hasilnya, bahasa Portugis di Brazil agak berbeza dengan bahasa di Portugal dan negara-negara berbahasa Portugis yang lain, dari segi fonologi. Perbezaan ini boleh dibandingkan dengan perbezaan bahasa Inggeris antara Amerika dan British.[238]
Pada tahun 2008, Komuniti Negara Berbahasa Portugis (CPLP) yang disertai wakil-wakil dari semua negara yang berbahasa Portugis sebagai bahasa rasmi, mencapai kata sepakat untuk memperbaharui bahasa Portugis untuk menjadi satu bahasa antarabangsa, daripada dua loghat yang menyimpang dalam satu bahasa. Semua negara CPLP dikehendaki membuat perubahan tersebut dalam tahun 2009 hingga 2014.[239]
Selain bahasa Portugis, tidak kurang juga bahasa minoriti yang dituturkan oleh warga Brazil. 180 bahasa Amerindian dituturkan di kawasan terpencil, manakala ada beberapa lagi bahasa yang digunakan oleh golongan pendatang dan para pewarisnya.[238] Terdapat komuniti penutur bahasa Jerman (terutamanya Hunsrückisch, sebuah loghat Jerman Tinggi) dan Itali (terutamanya loghat Talian yang berasal dari bahasa Venice) yang ramai di selatan negara, tetapi kedua-duanya dipengaruhi oleh bahasa Portugis.[240][241] Brazil ialah negara pertama di Amerika Selatan yang menawarkan pelajaran Esperanto kepada pelajar sekolah tinggi.[242]
Budaya
Kebudayaan teras Brazil berasal dari budaya Portugis kerana pertalian yang kukuh dengan empayar Portugis. Antara pengaruh yang dibawakan oleh Portugis termasuk bahasa Portugis, agama Katolik Rom dan gaya seni bina kolonial. Selain itu, budaya Portugis juga kuat dipengaruhi oleh budaya dan tradisi Afrika, pribumi dan Eropah. Sesetengah aspek kebudayaan Brazil yang dipengaruhi oleh sumbangan pendatang Itali, Jerman dan bangsa-bangsa Eropah lain yang tiba beramai-ramai di kawasan Selatan dan Tenggara Brazil.[243] Orang asli mempengaruhi bahasa dan masakan; begitu juga dengan orang Afrika yang turut mempengaruhi muzik, tarian dan agama.[244]
Masakan Brazil banyak berbeza-beza mengikut setempat sebagai cerminan kepelbagaian budaya negara, sehingga membentuk masakan kebangsaan yang memelihara perbezaan antara rantau.[251] Antara hidangan-hidangan yang menjadi contoh terbaik ialah Feijoada, yakni hidangan kebangsaan Brazil;[252] dan makanan-makanan setempat seperti vatapá, moqueca, polenta dan acarajé. [253]
^ abcdefghi"Geography of Brazil". Central Intelligence Agency. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 2008-06-03. Unknown parameter |booktitle= ignored (bantuan)
^ ab"People of Brazil". Central Intelligence Agency. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 2008-06-03. Unknown parameter |booktitle= ignored (bantuan)
^ ab"Introduction of Brazil". Central Intelligence Agency. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 2008-06-03. Unknown parameter |booktitle= ignored (bantuan)
^[Tolkien, J. R. R., On Fairy Stories, (London: George Allen & Unwin, 1964) p. 13. ],- Tolkien refers to the theory as well established in his 1947 essay.
^Ricardo Salles, Nostalgia Imperial (Rio de Janeiro: Topbooks, 1996), p. 194 – However, the monarchist reaction after the fall of the empire and the subsequent exile of the Imperial Family "was not small and even less was its repression".
^ ab"Land and Resources". Encarta. MSN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-02. Dicapai pada 2008-06-11. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^ abcde"Natural Regions". Encarta. MSN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-02. Dicapai pada 2008-06-11. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^ ab"Rivers and Lakes". Encarta. MSN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-02. Dicapai pada 2008-06-11. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^ abcde"Brazil". Country Guide. BBC Weather. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-07-15. Dicapai pada 2008-06-11.
^ abcde"Natural Regions". Encarta. MSN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-30. Dicapai pada 2008-06-11. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Georges D. Landau, "The Decisionmaking Process in Foreign Policy: The Case of Brazil," Center for Strategic and International Studies: Washington DC: Mac 2003.
^"Economy of Brazil". Central Intelligence Agency. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 2008-06-03. Unknown parameter |booktitle= ignored (bantuan)
^Maria Stella Ferreira-Levy, "O papel da migração internacional na evolução da população brasileira (1872 a 1972), Revista de Saúde Pública, Jilid 8, suplemento. Jun 1974. (1974). Table 2, p. 74. (Portugis) Didapati dalam fail PDF [1] di scielo.br.
^"Principal Cities". Encarta. MSN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-07. Dicapai pada 2008-06-10. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Candido; Antonio. (1970) Vários escritos. São Paulo: Duas Cidades. p.18
^Leandro Karnal, Teatro da fé: Formas de representação religiosa no Brasil e no México do século XVI (São Paulo, Editora Hucitec, 1998; available here [2].
^"Theater and Film". Encarta. MSN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-20. Dicapai pada 2008-06-08. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^"Way of Life". Encarta. MSN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-19. Dicapai pada 2008-06-08. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^"Football in Brazil". Goal Programme. International Federation of Association Football. 2008-04-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-12. Dicapai pada 2008-06-06.
^"Beach Soccer". International Federation of Association Football. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-19. Dicapai pada 2008-06-06.
^"Futsal". International Federation of Association Football. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-06. Dicapai pada 2008-06-06.
^Donaldson, Gerald. "Emerson Fittipaldi". Hall of Fame. The Official Formula 1 Website. Dicapai pada 2008-06-06.
^Donaldson, Gerald. "Nelson Piquet". Hall of Fame. The Official Formula 1 Website. Dicapai pada 2008-06-06.
^Donaldson, Gerald. "Ayrton Senna". Hall of Fame. The Official Formula 1 Website. Dicapai pada 2008-06-06.
^"1950 FIFA World Cup Brazil". Previous FIFA World Cups. International Federation of Association Football. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-12. Dicapai pada 2008-06-06.
^"2014 FIFA World Cup Brazil". International Federation of Association Football. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-14. Dicapai pada 2008-06-06.
Azevedo, Aroldo. O Brasil e suas regiões. São Paulo: Companhia Editora Nacional, 1971. (Portugis)
Barman, Roderick J. Citizen Emperor: Pedro II and the Making of Brazil, 1825–1891. Stanford: Stanford University Press, 1999. ISBN 0-8047-3510-7(Inggeris)
Bueno, Eduardo. Brasil: uma História. São Paulo: Ática, 2003. (Portugis)ISBN 8508082134
Calmon, Pedro. História da Civilização Brasileira. Brasília: Senado Federal, 2002. (Portugis)
Carvalho, José Murilo de. D. Pedro II. São Paulo: Companhia das Letras, 2007. (Portugis)
Coelho, Marcos Amorim. Geografia do Brasil. 4th ed. São Paulo: Moderna, 1996. (Portugis)
Diégues, Fernando. A revolução brasílica. Rio de Janeiro: Objetiva, 2004. (Portugis)
Enciclopédia Barsa. Volume 4: Batráquio – Camarão, Filipe. Rio de Janeiro: Encyclopædia Britannica do Brasil, 1987. (Portugis)
Fausto, Boris and Devoto, Fernando J. Brasil e Argentina: Um ensaio de história comparada (1850–2002), 2nd ed. São Paulo: Editoria 34, 2005. ISBN 8573263083(Portugis)
Janotti, Aldo. O Marquês de Paraná: inícios de uma carreira política num momento crítico da história da nacionalidade. Belo Horizonte: Itatiaia, 1990. (Portugis)
Lyra, Heitor. História de Dom Pedro II (1825–1891): Ascenção (1825–1870). v.1. Belo Horizonte: Itatiaia, 1977. (Portugis)
Lyra, Heitor. História de Dom Pedro II (1825–1891): Declínio (1880–1891). v.3. Belo Horizonte: Itatiaia, 1977. (Portugis)
Lustosa, Isabel. D. Pedro I: um herói sem nenhum caráter. São Paulo: Companhia das letras, 2006. ISBN 8535908072(Portugis)
Moreira, Igor A. G. O Espaço Geográfico, geografia geral e do Brasil. 18. Ed. São Paulo: Ática, 1981. (Portugis)
Munro, Dana Gardner. The Latin American Republics; A History. New York: D. Appleton, 1942. (Inggeris)
Schwarcz, Lilia Moritz. As barbas do Imperador: D. Pedro II, um monarca nos trópicos. 2nd ed. São Paulo: Companhia das Letras, 1998. ISBN 8571648379(Portugis)
1 1975 adalah tahu di mana Pengistiharan Kemerdekaann di Timor Timur sebelum diserang oleh Indonesia. Pada tahun 2002, kemerdekaan Timor Timur diakui sepenuhnya.