McLaren

United Kingdom McLaren
Nama penuhMcLaren
PangkalanWoking, Surrey, United Kingdom
51°20′45″N 0°32′52″W / 51.34583°N 0.54778°W / 51.34583; -0.54778Koordinat: 51°20′45″N 0°32′52″W / 51.34583°N 0.54778°W / 51.34583; -0.54778
Ketua pasukanÉric Boullier
Pengarah TeknikalTim Goss
Neil Oatley
Paddy Lowe (Akan meninggalkan pasukan)
Laman sesawangwww.mclaren.com/formula1
Formula Satu musim 2023
Pemandu4. United Kingdom Lando Norris[1]
81. Australia Oscar Piastri[2][3]
Pemandu ujianMexico Pato O'Ward
Jepun Ryō Hirakawa
CasisMcLaren MCL38
EnjinMercedes-Benz
TayarPirelli
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Monaco 1966
Perlumbaan terkiniGrand Prix Abu Dhabi 2023
Perlumbaan disertai942
Kejuaraan Pengeluar8 (1974, 1984, 1985, 1988, 1989, 1990, 1991, 1998)
Kejuaraan Pemandu12 (1974, 1976, 1984, 1985, 1986, 1988, 1989, 1990, 1991, 1998, 1999, 2008)
Kemenangan183
Petak pertama156
Pusingan terpantas158[nb 1]
Kedudukan 2022Ke-5 (159 mata)

McLaren, ditubuhkan pada 1963 oleh Bruce McLaren (1937–1970) dari New Zealand, ialah sebuah pasukan Formula Satu yang berpengkalan di Woking, Surrey, UK. McLaren lebih dikenali sebagai pasukan pengeluar Formula Satu tetapi turut bersaing di dalam kejuaraan Indianapolis 500-Mile Race dan Canadian-American Challenge Cup. McLaren adalah salah satu pasukan paling berjaya dalam Formula Satu, telah memenangi 177 perlumbaan, 12 Kejuaraan Pemandu dan 8 Kejuaraan Pengeluar.

Pasukan sekarang ditubuhkan hasil gabungan Bruce McLaren Motor Racing dengan Project Four Racing Ron Dennis pada tahun 1981. Pasukan ini diurus oleh Ron Dennis dan merupakan sebahagian daripada syarikat McLaren Racing, ahli Kumpulan McLaren. Enjin dibekalkan oleh pemegang saham McLaren Mercedes-Benz melalui Rangkaian kuasa berprestasi tinggi Mercedes AMG.

Penajaan

Pasukan ini telah mempunyai empat jenama untuk penajaan kejuaraan dalam sejarahnya: Yardley (1971-1973), Marlboro (1974-1996), West (1997-2005) dan Vodafone (2007-kini).

Reemtsma (melalui jenama West) merupakan penajaan kejuaraan McLaren dari 1997 hingga 29 Julai 2005, after which McLaren were obliged to seek a new principal sponsor due to a European Union directive banning iklan tembakau. Pasukan tersebut oleh itu dikenali sebagai Team McLaren Mercedes sehingga akhir 2006.

Penajaan kejuaraan semasa adalah Vodafone, dengan nama rasmi pasukan untuk musim 2007, 2008 dan 2009 ialah Vodafone McLaren Mercedes, seperti diumumkan pada Disember 2005.[4]

Selain daripada penajaan kejuaraan, penaja semasa yang lain termasuk Diageo (jenama wiski Johnnie Walker), aigo, FedEx, Hugo Boss, H&R, Hilton Hotels, Mobil 1 (fuel and lubricants), Santander, SAP, Lenovo dan Reebok.[5][6]

Sejarah perlumbaan: Formula Satu

2000-an

Mekanik menolak kereta Kimi Räikkönen ke dalam garaj di Grand Prix Amerika Syarikat 2004.

Pada tahun 2000, McLaren gagal untuk mengulangi kejayaan mereka yang terkini, meskipun memenangi tujuh buah perlumbaan dan berjuang dengan pasukan Ferrari sepanjang musim, tetapi akhirnya Ferrari dan Schumacher memenangi kedua-dua kejuaraan. Pada tahun 2001, Häkkinen telah dikalahkan oleh Coulthard buat kali pertama sejak tahun 1997 dan Häkkinen bersara selepas musim ini berakhir, dan tempatnya diambil oleh Kimi Räikkönen,[7] Pada tahun 2002, Coulthard memenangi satu-satunya perlumbaan McLaren pada musim ini di Monaco, manakala Ferrari mengulangi kejayaan McLaren yang dicapai pada tahun 1988, dengan memenangi 15 buah perlumbaan dalam satu musim.

Tahun 2003 bermula dengan baik, dengan Coulthard memenangi Grand Prix Australia dan Räikkönen memenangi Grand Prix Malaysia. Walau bagaimanapun, prestasi mereka terjejas apabila kereta MP4-18 yang direka untuk tahun ini mengalami masalah ujian kemalangan dan kebolehpercayaan. Ini memaksa McLaren untuk menggunakan kereta MP4-17D.[8] Namun begitu, Räikkönen menjaringkan mata secara konsisten dan mencabar untuk kejuaraan sehingga ke perlumbaan terakhir, dan akhirnya kalah dengan dua mata sahaja. Pasukan memulakan tahun 2004 dengan MP4-19, namun prestasi kereta ini yang teruk menyebabkan ia digantikan pada pertengahan musim oleh MP4-19B. Dengan ini, Räikkönen memenangi satu-satunya perlumbaan McLaren pada musim ini di Grand Prix Belgium, dan McLaren mendapat tempat kelima dalam kejuaraan pengeluar, iaitu keputusan mereka yang paling teruk sejak tahun 1983.

Coulthard kini memandu untuk Red Bull Racing pada tahun 2005, dan digantikan oleh bekas juara CART dan pemandu Williams, Juan Pablo Montoya. McLaren memenangi sepuluh buah perlumbaan, namun masalah kebolehpercayaan sekali lagi menimpa McLaren. Ini menyebabkan Renault dan pemandu mereka, Fernando Alonso, memenangi kedua-dua kejuaraan pemandu dan pengeluar.

Kimi Räikkönen hampir memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia pada tahun 2005.

Pada tahun 2006, pasukan gagal untuk membina kereta yang berdaya saing untuk memenangi mana-mana kejuaraan. Kebolehpercayaan dan kelajuan pasukan Ferrari dan Renault menghalang pasukan daripada memenangi mana-mana perlumbaan buat kali pertama dalam masa satu dekad. Montoya meninggalkan McLaren untuk bertanding dalam NASCAR selepas Grand Prix Amerika Syarikat, di mana beliau berlanggar dengan Räikkönen pada awal perlumbaan; dan pemandu ujian, Pedro de la Rosa, mewakili McLaren bagi baki perlumbaan pada musim ini.[9] Räikkönen pula meninggalkan McLaren untuk menyertai Ferrari selepas musim ini berakhir.[10]

Steve Matchett berpendapat bahawa kebolehpercayaan McLaren yang teruk pada tahun 2006 dan pada tahun-tahun sebelumnya adalah disebabkan oleh kekurangan kesinambungan dan kestabilan dalam pasukan.[11]

Fernando Alonso menghadapi tahun yang sukar dan berkontroversi bersama McLaren pada tahun 2007.

Musim 2007 menyaksikan Fernando Alonso, yang telah diberikan kontrak setahun sebelumnya,[12] di samping protege jangka masa lama McLaren, Lewis Hamilton[13], memulakan musim ini bersama McLaren. Pasangan tersebut memenangi empat perlumbaan masing-masing, tetapi ketegangan timbul di dalam pasukan selepas beberapa pengulas mendakwa bahawa Alonso tidak dapat mengatasi kedayasaingan Hamilton.[14] Di Grand Prix Hungary, Alonso sengaja menghalang rakan sepasukannya pada pusingan kelayakan dan pasukan tidak dibenarkan untuk mendapat mata kejuaraan pengeluar pada perlumbaan tersebut.[15] Selepas itu, pasukan McLaren telah disiasat oleh FIA kerana memiliki pelan terperinci kereta Ferrari - yang dipanggil kontroversi "Spygate". Pada perbicaraan pertama, pengurusan McLaren secara konsisten menafikan semua pengetahuan mengenai perkara tersebut, dan menyalahkan seorang "jurutera penyangak". Walau bagaimanapun, pada pendengaran terakhir, McLaren telah didapati bersalah dan dikecualikan daripada kejuaraan pengeluar dan didenda $100 juta.[16] Pemandu dibenarkan berlumba tanpa menerima penalti, dan walaupun Hamilton mendahului kejuaraan pemandu ketika berada pada perlumbaan terakhir di Brazil, Räikkönen dan Ferrari memenangi perlumbaan tersebut dan memenangi kejuaraan pemandu, satu mata di hadapan kedua-dua pemandu McLaren. Pada bulan November, Alonso dan McLaren bersetuju untuk menamatkan kontrak mereka dengan persetujuan bersama, dan Heikki Kovalainen mengisi kerusi perlumbaan yang kosong itu bersama Hamilton.[17][18]

Lewis Hamilton memenangi perlumbaan pembuka tirai musim 2008 di Australia dan memenangi kejuaraan tahun tersebut.

Pada tahun 2008, Hamilton dan pemandu Ferrari, Felipe Massa dan Räikkönen bersaing untuk kejuaraan tahun 2008; Hamilton menang lima kali dan walaupun menang di Grand Prix Belgium, beliau kemudiannya diturunkan ke tempat ketiga kerana memotong sebuah selekoh, dan kemenangan tesebut diberikan kepada Massa. Selepas tiba di Brazil, Hamilton memiliki kelebihan tujuh mata ke atas Massa. Massa memenangi perlumbaan tersebut, tetapi Hamilton memenangi kejuaraan pemandu pertamanya dengan memintas Sebastian Vettel untuk tempat kelima pada selekoh terakhir perlumbaan. Walaupun memenangi Grand Prix sulungnya di Hungary, Kovalainen menamatkan musim di tempat ketujuh dalam kedudukan keseluruhan, dan membolehkan Ferrari untuk memenangi kejuaraan pengeluar.

Sebelum bermulanya musim 2009, Dennis bersara sebagai ketua pasukan, dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Martin Whitmarsh. Tetapi McLaren memulakan tahun ini dengan teruk: Kereta MP4-24 menunjukan prestasi yang kurang memberangsangkan. Namun begitu, McLaren bangkit kembali selepas Hamilton menang di Grand Prix Hungary dan Grand Prix Singapura. McLaren menandatangani juara tahun ini, iaitu Jenson Button, untuk menggantikan Kovalainen, dan menjadi rakan sepasukan Hamilton pada tahun 2010.[19]

2010-an

Fernando Alonso (2018)

Button memenang dua kali (di Australia dan China) dan Hamilton menang tiga kali (di Turki, Kanada dan Belgium), tetapi mereka dan McLaren gagal untuk memenangi kejuaraan masing-masing kerana tahun ini dikuasai oleh pasukan Red Bull.

Hamilton dan Button kekal bersama McLaren untuk musim 2011, dengan Hamilton memenangi 3 perlumbaan - China, Jerman dan Abu Dhabi. Button juga memenangi tiga perlumbaan - Kanada, Hungary dan Jepun. Butang menamatkan musim di tempat kedua dalam kejuaraan pemandu, 270 mata di belakang Juara Pemandu tahun 2011, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull Racing. McLaren pula mendapat tempat kedua dalam kejuaraan pemandu, di belakang Red Bull Racing.

Tahun 2012 menyaksikan McLaren memenangi perlumbaan pembuka tirai di Australia dengan keputusan 1-3 untuk Button dan Hamilton, manakala Hamilton memenangi Kanada, tetapi pada pertengahan musim ini, iaitu pada perlumbaan tanah air pasukan di Silverstone, McLaren hanya mampu mendapat tempat kelapan (Hamilton) dan kesepuluh (Button), manakala kejuaraan pemandu dan pengeluar dikuasai oleh Red Bull Racing dan Ferrari. Kereta McLaren tahun ini juga mengalami masalah kebolehpercayaan yang menyebabkan pasukan dan pemandu gagal untuk meraih mata yang berharga, terutamanya di Singapura dan Abu Dhabi, di mana Hamilton bersara dari kedua-dua perlumbaan tersebut ketika mendahului perlumbaan.[20]

Sergio Pérez mengantikan Hamilton untuk tahun 2013, dengan Hamilton menggantikan Michael Schumacher di Mercedes.[21][22] Kereta pasukan untuk musim ini, iaitu MP4-28, telah dilancarkan pada 31 Januari.[23]

2020-an

Lando Norris (2021)

Pada tahun 2021, McLaren sekali lagi menggunakan enjin Mercedes.

Rujukan

  1. ^ "Lando Norris agrees major contract extension to stay at McLaren until 2025". formula1.com (dalam bahasa Inggeris). 9 February 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2022. Dicapai pada 18 June 2022.
  2. ^ "2021 FIA F2 champion Oscar Piastri to join McLaren Racing in 2023". mclaren.com (dalam bahasa Inggeris). 2 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2022. Dicapai pada 2 September 2022.
  3. ^ "F1 2023: Piastri explains why he chose number 81 for debut". RaceFans (dalam bahasa Inggeris). 27 September 2022. Dicapai pada 27 September 2022.
  4. ^ "McLaren seal deal with Vodafone". BBC News. BBC. 2005-12-14. Dicapai pada 2007-04-12.
  5. ^ "Whisky brand to sponsor McLaren". BBC News. BBC. 2005-02-22. Dicapai pada 2007-04-12.
  6. ^ "Vodafone McLaren Mercedes Corporate Partners". www.mclaren.com. Dicapai pada 2007-04-12.
  7. ^ "Hakkinen announces retirement". BBC Sport. BBC. 26 Julai 2002. Dicapai pada 23 April 2013.
  8. ^ Benson, Andrew (23 Disember 2003). "Bold new dawn for McLaren". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 23 April 2013.
  9. ^ "McLaren agree to release Montoya". BBC Sport. BBC. 11 Julai 2006. Dicapai pada 24 April 2013.
  10. ^ "Ferrari reveal Raikkonen signing". BBC Sport. BBC. 10 September 2006. Dicapai pada 24 April 2013.
  11. ^ Matchett, Steve (Jun 2007). "No-catch 22". F1 Racing. Haymarket Publishing. m/s. 58–63. |access-date= requires |url= (bantuan)
  12. ^ Moffitt, Alastair (20 Disember 2005). "Alonso to make shock switch from Renault to McLaren". The Independent. UK: Independent News & Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-20. Dicapai pada 12 April 2007.
  13. ^ "Hamilton gets 2007 McLaren drive". BBC Sport. BBC. 24 November 2006. Dicapai pada 24 April 2013.
  14. ^ "How Hamilton drove Alonso to the edge". BBC Sport. BBC. 16 September 2007. Dicapai pada 24 April 2013.
  15. ^ "Hungarian Grand Prix 2007". BBC Sport. BBC. 5 Ogos 2007. Dicapai pada 24 April 2013.
  16. ^ "McLaren hit with constructors' ban". BBC Sport. BBC. 13 September 2007. Dicapai pada 24 April 2013.
  17. ^ Benson, Andrew (2 November 2007). "Alonso secures exit from McLaren". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 24 April 2013.
  18. ^ "Kovalainen to partner Hamilton at McLaren for 2008". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 14 Disember 2007. Dicapai pada 24 April 2013.
  19. ^ Benson, Andrew (18 November 2009). "Button joins Hamilton at McLaren". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 23 April 2013.
  20. ^ "Abu Dhabi GP: Lewis Hamilton says McLaren not good enough". BBC Sport. BBC. 4 November 2012. Dicapai pada 23 April 2013.
  21. ^ Benson, Andrew (28 September 2012). "Lewis Hamilton to leave McLaren after signing Mercedes contract". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 23 April 2013.
  22. ^ "Lewis Hamilton: Sergio Perez joins McLaren from Sauber". BBC Sport. BBC. 28 September 2012. Dicapai pada 23 April 2013.
  23. ^ "McLaren set to launch MP4-28 on January 31". ESPN F1. ESPN Emea Ltd. 20 Disember 2012. Dicapai pada 23 April 2013.

Nota kaki

  1. ^ Termasuk John Surtees yang menetapkan masa pusingan terpantas di GP Afrika Selatan 1970 dalam kereta bukan hasil kerja McLaren.

Pautan luar

Read other articles:

Monopterus Monopterus albus Klasifikasi ilmiah Kerajaan: Animalia Filum: Chordata Kelas: Actinopterygii Ordo: Synbranchiformes Famili: Synbranchidae Subfamili: Synbranchinae Genus: MonopterusIlliger, 1811 Spesies Monopterus albus (Zuiew, 1793) Monopterus bicolor H. D. Nguyễn & V. H. Nguyễn, 2005 Monopterus dienbienensis V. H. Nguyễn & H. D. Nguyễn, 2005 Monopterus javanensis Lacépède, 1800 Sinonim[1] Amphipnous Müller, 1840 Apterigia Basilewsky, 1855 Cryptophthalmus...

 

Questa voce o sezione sull'argomento drammi non cita le fonti necessarie o quelle presenti sono insufficienti. Puoi migliorare questa voce aggiungendo citazioni da fonti attendibili secondo le linee guida sull'uso delle fonti. L'improvvisazione di VersaillesFarsa in un atto unico AutoreMolière Titolo originaleL'impromptu de Versailles Lingua originaleFrancese Generecommedia Prima assoluta14 ottobre 1663 Personaggi Molière: se stesso   Manuale L'improvvisazione di Versailles (L'Imp...

 

Nordthüringisch Gesprochen in Thüringen, Sachsen-Anhalt, Niedersachsen LinguistischeKlassifikation Indogermanisch Germanisch Westgermanisch Hochdeutsch Mitteldeutsch Thüringisch-Obersächsisch Nordthüringisch Nordthüringisch ist ein Dialekt der Thüringisch-Obersächsischen Mundartgruppe, welcher im südlichen Harz, Goldene Aue, Kyffhäuser, Wind- und Hainleite und im nördlichen Thüringer Becken gesprochen wird: Dazu gehört also (1) der Norden Thüringens, mit (1.1) dem gesamten Landk...

Зображення було скопійовано з wikipedia:en. Оригінальний опис містив: Summary I, Seth Whales, believe that the use of this non-free image in the article Hotter than July is fair because: No free or public domain images have been located for this album. The image does not limit the copyright owners' rights to distribute the album in any way. This image is widely distributed in other venues, so its use on Wikipedia does not make it significantly m...

 

Cabonne Shire Council Local Government Area van Australië Locatie van Cabonne Shire Council in Nieuw-Zuid-Wales Situering Staat Nieuw-Zuid-Wales Hoofdplaats Molong Coördinaten 33°6'ZB, 148°51'OL Algemene informatie Oppervlakte 6.026,0[1] km² Inwoners 12.940 (juni 2007)[2] Overig Wards 6 Website https://www.cabonne.nsw.gov.au/ (en) Portaal    Australië Cabonne Shire Council is een Local Government Area (LGA) in Australië in de staat Nieuw-Zuid-Wales. Cabonne Sh...

 

Uhre Parochie van Denemarken Situering Bisdom Bisdom Viborg Gemeente Ikast-Brande Coördinaten 55°56'9NB, 9°2'41OL Algemeen Inwoners (2004) 520 Leden Volkskerk (2004) 520 Overig Kerken Uhre Kirke Proosdij Ikast-Brande Provsti Pastoraat Brande Foto's Portaal    Denemarken Uhre (tot 2010: Uhre Kirkedistrikt) is een parochie van de Deense Volkskerk in de Deense gemeente Ikast-Brande. De parochie maakt deel uit van het bisdom Ribe en telt 520 kerkleden op een bevolking van 520 (2004)....

  Vilademulsفيلاديمولس (بالكتالونية: Vilademuls)‏[1]  فيلاديمولس موقع فيلاديمولس في مقاطعة جرندة (إسبانيا) تقسيم إداري البلد  إسبانيا[2] المنطقة كتالونيا المسؤولون المقاطعة جرندة خصائص جغرافية إحداثيات 42°08′26″N 2°53′24″E / 42.140555555556°N 2.89°E / 42.140555555556; 2.89  [...

 

陆军第一二二师陆军旗存在時期1945年 - 1985年國家或地區 中国效忠於 中国 中国共产党部門 中国人民解放军陆军種類陆军师功能陆军轻步兵規模约11,000人直屬陆军第四十一军參與戰役第二次国共内战 本溪战役 临江战役 新開嶺戰役 東北1947年夏季戰役 東北1947年秋季戰役 東北1947年冬季戰役 辽沈战役 塔山阻击战 平津战役 衡宝战役 广西战役 东山岛战役 对越自卫反击

 

SD Negeri Curug 2 BojongsariInformasiDidirikan18 Juli 1977JenisNegeriAkreditasiBNomor Statistik Sekolah101026600223Nomor Pokok Sekolah Nasional20228697Kepala SekolahNaidih S.PdRentang kelasI, II, III, IV, V, VIKurikulumKurikulum 2013StatusSekolah Standar NasionalAlamatLokasiJalan Raya Curug №58, Curug, Kec. Bojongsari, Depok, Jawa Barat, IndonesiaTel./Faks.(0251) 8614457Situs webSitus ResmiSurelsdn_curug2bojongsari@yahoo.co.idMoto SD Negeri Curug 2 Bojongsari adalah sebuah sekolah...

العلاقات القطرية الروسية     قطر   روسيا تعديل مصدري - تعديل   العلاقات الروسية القطرية ((بالروسية: Российско-катарские отношения)‏) تشير إلى العلاقات الخارجية الثنائية بين البلدين، قطر وروسيا. أقيمت العلاقات الدبلوماسية بين الاتحاد السوفيتي وقطر في 2 أغسطس 1...

 

NFASC التراكيب المتوفرة بنك بيانات البروتينOrtholog search: PDBe RCSB قائمة رموز معرفات بنك بيانات البروتين 3P3Y, 3P40 المعرفات الأسماء المستعارة NFASC, NF, NRCAML, neurofascin, NEDCPMD معرفات خارجية الوراثة المندلية البشرية عبر الإنترنت 609145 MGI: MGI:104753 HomoloGene: 24945 GeneCards: 23114 علم الوجود الجيني الوظيفة الجزيئية ...

 

Primera página de la edición de 1566 de la Ética nicomaquea en griego y latín, quizás el primer tratado de ética de las virtudes. La ética de las virtudes es la corriente de estudio de la moral que parte en que esta surge de rasgos internos de la persona, las virtudes, en contraposición a la posición de la deontología —la moral surge de reglas— y del consecuencialismo —la moral depende del resultado del acto—. La diferencia entre estos tres enfoques de la moral yace más en ...

American entertainment industry executive For those named Alan Horne, see Horne baronets. Alan F. HornBornAlan Frederick Horn (1943-02-28) February 28, 1943 (age 80)New York City, New York, U.S.Alma materUnion CollegeHarvard UniversityOccupationFilm executiveYears active1973–presentEmployer(s)Warner Bros. (1999–2012; 2022–present)Walt Disney Studios (2012–2021)TitleChairman, Chief Creative OfficerSpouseCindy HarrellChildren2, including Cody Alan Frederick Horn (born...

 

Battle Programmer Shirase バトルプログラマーシラセ Informações gerais Gêneros Comédia, Seinen, Ficção Científica, Ecchi Battle Programmer Shirase Anime Direção Hiroki Hayashi Estúdio de animação G Plus Emissoras de televisão originais TV Kanagawa Período de exibição 3 de Outubro de 2003 – 4 de Janeiro de 2004 Episódios 15 Battle Programmer Shirase Portal Animangá Battle Programmer Shirase (BPS バトルプログラマーシラセ, Battle Programmer Shirase?), ...

 

American baseball player (born 1991) Baseball player James PazosPazos with the Seattle MarinersFree agent PitcherBorn: (1991-05-05) May 5, 1991 (age 32)Gilbert, Arizona, U.S.Bats: RightThrows: LeftMLB debutSeptember 5, 2015, for the New York YankeesMLB statistics (through 2020)Win–loss record9–6Earned run average3.95Strikeouts127 Teams New York Yankees (2015–2016) Seattle Mariners (2017–2018) Colorado Rockies (2019–2020) James Manuel Pazos (pronounced PAH-zohse;&...

This article has multiple issues. Please help improve it or discuss these issues on the talk page. (Learn how and when to remove these template messages) This article is an orphan, as no other articles link to it. Please introduce links to this page from related articles; try the Find link tool for suggestions. (January 2019) This article relies excessively on references to primary sources. Please improve this article by adding secondary or tertiary sources. Find sources: Sarvodaya Sansk...

 

Governor of BatmanBatman ValiliğiLogo of the Governor of BatmanIncumbentAzmi Çeliksince February 13, 2014AppointerPresident of TurkeyOn the recommendation of the Turkish governmentTerm lengthNo set term length or limitInaugural holderTuncer PerçinlerJuly 24, 1990WebsiteOffice of the Governor Map of the Province of Batman, showing the provincial districts. The Governor of Batman (Turkish: Batman Valiliği) is the bureaucratic state official responsible for both national government and ...

 

State university in Kerala, India University of CalicutSeal of the University of CalicutOther nameCalicut UniversityMottoNirmāya Karmana SriMotto in EnglishProsperity will be Produced by Pure ActionTypePublicEstablished1968; 55 years ago (1968)FounderCH. Mohammed KoyaAccreditationNAACBudget₹4,155,323,172 (US$52 million) (2018–19)[1]ChancellorGovernor of KeralaVice-ChancellorM. K. Jayaraj[2]Undergraduates301 (NIRF-2020)Postgraduates1799 (NIRF-20...

Irish actor (1938–2017) John RoganRogan, pictured in 2012Born24 July 1937 (1937)Waterford, County Waterford, IrelandDied19 March 2017 (aged 79)London, United KingdomOccupationActorYears active1971–2017 John Rogan (1938 – 19 March 2017) was an Irish actor.[1][2] His career began in theatre, appearing in productions ranging from Shakespearean plays to musicals and contemporary drama, and he then moved into film and TV work.[3][4][5] He was...

 

Violation of the law committed by the driver of a vehicle while it is in motion For other uses, see Moving violation (disambiguation). This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Moving violation – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (November 2013) (Learn how and when to remove this template mes...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!