6 Julai
6 Julai merupakan hari ke-187 (hari ke-188 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 178 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Mata wang Dolar Amerika Syarikat
1535 - Penentang Reformasi Protestan Thomas More dipancung kerana enggan menerima Henry VIII sebagai Ketua Tertinggi Gereja England .
1609 - Bohemia mendapat kebebasan beragama .
1785 - Dolar (gambar) dipilih sebulat suara sebagai unit mata wang Amerika Syarikat . Ini merupakan kali pertama sebuah negara menggunakan sistem mata wang perpuluhan .
1809 - Angkatan Perancis Napoleon menewaskan tentera Austria Archduke Charles dalam Pertempuran Wagram , konfrontasi muktamad Perang Gabungan Kelima .
1885 - Louis Pasteur dan Émile Roux berjaya menguji vaksinnya untuk penyakit anjing gila pada Joseph Meister .
1887 - Raja Kalākaua dari Kerajaan Hawaii dipaksa untuk menandatangani Perlembagaan Bayonet yang memberikan lebih banyak kuasa kepada Amerika Syarikat di Hawaii serta merampas hak-hak masyarakat kerajaan tersebut.
1892 - Pekerja keluli yang mogok bertempur dengan 300 orang ejen Pinkerton semasa Mogok Rumah Ladang (Homestead Strike ), menyebabkan 10 orang maut dan berdozen lagi cedera.
1942 - Keluarga Anne Frank menyembunyikan diri di dalam "Ruang Tambahan Rahsia" yang terletak di atas pejabat ayahnya di sebuah gudang di Amsterdam .
1957 - Althea Gibson menjadi pemain tenis hitam pertama memenangi Kejohanan Wimbledon .
1957 - John Lennon dan Paul McCartney daripada The Beatles bertemu buat pertama kali.
1966 - Hastings Banda menjadi presiden pertama Malawi , tepat dua tahun selepas kemerdekaannya daripada United Kingdom.
1988 - Satu letupan dan kebakaran yang menyusul memusnahkan pelantar minyak Occidental Petroleum Piper Alpha di Laut Utara , membunuh 168 orang.
1991 - Perang Sepuluh Hari tamat, hasil kemenangan untuk Slovenia , manakala Yugoslavia tewas.
2008 - Perhimpunan anjuran Sekretariat Gabungan Memprotes Harga Minyak (PROTES ) diadakan di Stadium MBPJ , Kelana Jaya , Selangor , Malaysia.
2011 - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengumumkan yang Pyeongchang , Korea Selatan, akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 .
2013 - Qari Indonesia dan qariah Maghribi menjadi johan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 1434H .
Kelahiran
George W. Bush
1781 – Stamford Raffles , ahli politik Inggeris dan penakluk Singapura (meninggal 1826)
1785 – William Hooker , botanis dan cendekiawan Inggeris (meninggal 1865)
1789 – María Isabella dari Sepanyol (mangkat 1846)
1796 – Nikolai I dari Russia (mangkat 1855)[ 1]
1902 - Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin , Menteri Besar Kedah ke-3 (meninggal 1967)
1914 – Joe Shuster , pengilustrasi Kanada dan pencipta bersama watak Superman (meninggal 1992)
1914 – Rempo Urip , pengarah filem Indonesia
1920 – Owen Chamberlain , ahli fizik Amerika Syarikat dan pemenang Hadiah Nobel (meninggal 2006)
1921 - Nancy Reagan , pelakon dan aktivis Amerika Syarikat (meninggal 2016)[ 2]
1926 - Wojciech Jaruzelski , jeneral tentera dan Presiden Poland pertama (meninggal 2014)
1946 - George W. Bush , Presiden Amerika Syarikat ke-43
1946 - Sylvester Stallone , pelakon dan pengarah filem Amerika Syarikat
1951 - Geoffrey Rush , pelakon Australia
Kematian
Louis Armstrong
Rujukan
^ The British Imperial Calendar, on General Register of the United Kingdom of Great Britain and Ireland, and Its Colonies . Arthur Varenham. 1853. m/s. 93.
^ "Nancy Reagan > Her Life & Times" . Ronald Reagan Presidential Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada October 24, 2006. Dicapai pada September 22, 2007 .
^ Schaff, David Schley, John Huss: his life, teachings and death, after five hundred years , (Charles Scribner's Sons, 1915), p. 257
^ "Aum Shinrikyo: Japan executes cult leader Shoko Asahara" . BBC News . July 6, 2018.
^ João Gilberto: Brazilian 'father of bossa nova' dies aged 88