10 Mac merupakan hari ke-69 (hari ke-70 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 296 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
Raja Louis-Philippe dari Perancis
Bencana lombong Courrières
241 SM - Republik Rom menewaskan Carthage dalam Pertempuran Kepulauan Aegates , dengan itu mengakhiri Perang Punic Pertama .
1735 – Perjanjian antara Nadir Shah dan Rusia ditandatangani berhampiran kota Ganja , kemudian tentera Rusia berundur dari Baku .
1762 – Huguenot Perancis Jean Calas yang terhukum atas pembunuhan anaknya, mati setelah teruk diseksa oleh pihak berkuasa; peristiwa ini mengilhamkan Voltaire untuk melancarkan kempen toleransi keagamaan dan pembaharuan undang-undang.
1814 – Napoleon I dari Perancis tewas dalam Pertempuran Laon di Perancis.
1831 - Raja Louis-Philippe (gambar) mengasaskan unit sukarelawan asing Legion Asing Perancis untuk mendukung perangnya di Algeria .
1848 – Perjanjian Guadalupe Hidalgo diratifikasi oleh Senat Amerika Syarikat , maka berakhirnya Perang Mexico-Amerika .
1855 - Tengku Ali diisytiharkan sebagai Sultan Johor oleh British dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Shah setelah termeterainya Perjanjian antara Tengku Ali dan Temenggung Ibrahim .
1861 - Angkatan tentera Toucouleur yang diketuai al-Haj Umar Tall menawan Ségou dan menakluki Empayar Bambara , kini di Mali .
1876 – Alexander Graham Bell julung kalinya menjayakan panggilan telefon dua-hala dengan menyalurkan pesanan "En. Watson, mari sini, saya nak berjumpa dengan encik."
1905 – Eleftherios Venizelos menyeru agar Crete disatukan dengan Greece, lalu mencetuskan pemberontakan Theriso .
1906 - Lebih seribu orang pelombong batu arang terbunuh dalam bencana lombong Courrières (gambar) di utara Perancis, bencana perlombongan paling dahsyat di Eropah.
1912 – Yuan Shikai mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik China Sementara yang kedua.
1917 – Batangas dirasmikan sebagai salah sebuah encomienda terawal di Filipina.
1922 – Mahatma Gandhi diberkas di India, dibicarakan atas dakwaan menghasut , lalu dihukum penjara enam tahun, sebelum dibebaskan selepas dua tahun untuk menjalani pembedahan apendisitis .
1952 - Dilarang undang-undang untuk menyertai semula pilihan raya, bekas Presiden Fulgencio Batista merampas kuasa untuk terus menguasai Cuba .
1959 – Pemberontakan Tibet : Oleh sebab takut diculik oleh China, 300,000 orang Tibet mengepung istana Dalai Lama untuk melindunginya.
1969 – Di Memphis, Tennessee , James Earl Ray mengaku bersalah atas tuduhan membunuh Martin Luther King, Jr.
1970 – Perang Vietnam : Kapten Ernest Medina didakwa atas kesalahan jenayah perang My Lai .
1975 – Perang Vietnam: Tentera Vietnam Utara menyerang Ban Me Thuot , Vietnam Selatan , dalam perjalanan menawan Saigon .
1977 – Para ahli astronomi menemui gelang di keliling Uranus .
1990 – Di Haiti, Prosper Avril digulingkan selepas merampas kuasa 18 bulan lalu.
2000 – Indeks pasaran saham NASDAQ Composite mencapai kemuncaknya pada 5132.52 mata, menandakan zaman penggelembungan dot-com bakal berakhir.
2005 – Ketua Eksekutif Hong Kong pertama Tung Chee Hwa mengumumkan perletakan jawatan disebabkan ketidakpuasan hati meluas terhadap kepemimpinannya.
2006 – Kuar NASA Mars Reconnaissance Orbiter mencapai orbitnya di sekeliling Marikh .
2011 – Di tengah pemberontakan di Libya , Perancis menjadi negara pertama mengiktiraf Majlis Peralihan Nasional sebagai kerajaan Libya yang sah.
2012 – Parti bekas Perdana Menteri Robert Fico Hala – Demokrasi Sosial mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Slovakia.
Kelahiran
Kematian