24 Februari merupakan hari ke-55 dalam takwim Gregorius. Tinggal 310 hari (atau 311 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 303 - Maharaja Rom Diocletianus memulakan tindakan penahanan dan penyeksaan besar-besaran terhadap orang Kristian dalam Empayar Rom.
- 1387 – Raja Charles III dari Naples dan Hungary dibunuh di Buda, Hungary.
- 1525 - Tentera Sepanyol-Austria menewaskan tentera Perancis dalam Pertempuran Pavia.
- 1582 - Paus Gregorius XIII (gambar) mengeluarkan titah-perintah Inter gravissimas yang mengisytiharkan penggunaan takwim Gregorius suatu takwim baru yang diubahsuai daripada takwim Julius yang sebelumnya.
- 1803 - Keputusan kes Mahkamah Agung A.S. Marbury lwn. Madison mewujudkan kajian semula kehakiman di Amerika Syarikat.
- 1826 – Perjanjian Yandaboo ditandatangani, maka berakhirnya Perang Burma Pertama.
- 1839 – William Otis menerima paten untuk ciptaan penyodok stim.
- 1848 - Revolusi Perancis 1848: Raja Perancis Louis-Philippe turun takhta dan melarikan diri ke England.
- 1917 – Perang Dunia Pertama: Duta Amerika Syarikat ke United Kingdom menerima Telegram Zimmermann, yang bertulis jaminan Jerman agar memastikan kembalinya negeri-negeri New Mexico, Texas dan Arizona ke Mexico sekiranya Mexico mengisytiharkan perang terhadap A.S.
- 1920 – Parti Nazi ditubuhkan di Jerman.
- 1945 – Perdana Menteri Mesir, Ahmed Maher Pasha dibunuh dalam bangunan Parlimen sebaik sahaja membacakan dekri.
- 1946 - Kolonel Juan Perón dilantik sebagai Presiden Argentina.
- 1968 – Perang Vietnam: Serangan Tet dihentikan; Vietnam Selatan menawan semula Hué.
- 1981 – Istana Buckingham mengumumkan pertunangan Putera Wales dan Lady Diana Spencer.
- 1989 – Ayatollah Ruhollah Khomeini menawarkan ganjaran AS$ 3 juta untuk kematian pengarang novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.
- 2003 - Penerbangan pertama Boeing 777-300.
- 2006 - Darurat diisytiharkan di Filipina, selepas satu rampasan kuasa terhadap Presiden Gloria Macapagal-Arroyo digagalkan.
- 2007 – Jepun melancarkan satelit perisik keempatnya untuk mempertingkatkan keupayaannya untuk memantau kemungkinan ancaman seperti Korea Utara.
- 2008 – Fidel Castro bersara selaku Presiden Cuba setelah hampir 50 tahun memerintah.
- 2011 – Misi STS-133, penerbangan terakhir Space Shuttle Discovery, dilancarkan daripada Pusat Angkasa Kennedy.
- 2013 – Nicos Anastasiades terpilih sebagai Presiden Cyprus.
- 2020 - Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7, Parti Pribumi Bersatu Malaysia serta 10 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat secara rasmi mengumumkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan sekaligus menjejaskan majoritinya di parlimen.
- 2022 - Beberapa hari selepas mengiktiraf Donetsk dan Luhansk sebagai negara merdeka, presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan pencerobohan skala penuh ke atas Ukraine.
Kelahiran
Kematian
1931 - Wan Muhammad Amin bin Wan Muhammad Sa'id, seorang Dato' Amar Diraja Penghulu Istiadat Selangor