Grand Prix Malaysia 2006 (nama rasmi: VIII Petronas Malaysian Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang di Selangor, Malaysia pada 19 Mac 2006. Ia merupakan perlumbaan kedua dalam kalendar Formula Satu musim 2006, dan merupakan Grand Prix Malaysia yang kelapan dalam Kejuaaran Dunia Formula Satu. Perlumbaan ini, yang dipertandingkan sebanyak 56 pusingan, telah dimenangi oleh pemandu Renault, Giancarlo Fisichella, yang memenangi perlumbaan terakhirnya dalam Formula Satu. Beliau juga memulakan perlumbaan ini dari petak pertama. Rakan sepasukan, Fernando Alonso, mendapat tempat kedua, manakala Jenson Button mendapat tempat ketiga untuk pasukan Honda F1.
↑1 — Michael Schumacher diberi penalti 10 petak grid berikutan pertukaran enjin selepas sesi latihan pagi Sabtu.[3]
↑2 — Ralf Schumacher diberi penalti 10 petak grid berikutan pertukaran enjin selepas enjin beliau meletup ketika sesi kedua. Akibatnya beliau tidak dapat beraksi dalam sesi kelayakan terakhir - Q3.[3]
↑4 — Felipe Massa diberi penalti 10 petak grid berikutan pertukaran enjin sebelum sesi kelayakan. Untuk menyelamatkan enjin yang ditinggalkan pada sesi kelayakan kedua - Q2.[3]