Tunku Syer Putra Abdul Razak Mu'azam Shah (lahir 31/03/1993) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Abdul Razak dengan memegang portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia. Di peringkat parti beliau ialah Pengerusi Pakatan Harapan Kedah sejak 11 Februari 2025[1].
YB Senator Dato Seri Saifuddin Nasution berasal dari Singapura. Nama 'Nasution' dapat dikaitkan dengan keturunan Batak Mandailing di tengah Sumatera, Indonesia. Ramai penduduk Sumatera berhijrah ke Kedah dan lain-lain lokasi kerana Perang Belanda-Aceh. Anaknya Arham Rahimin Nasution melanjutkan pelajaran ke Mesir di sebuah pusat pengajian yang dikenali sebagai Ma'ahad Buuth Islamiyyah di bawah naungan Al-Azhar. Dan kini anak beliau telah melanjutkan pelajaran ke Afrika Selatan kerana semangat cita-citanya yang ingin mengikut jejak langkah ayahnya sebagai ahli politik.[2]
Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional kemudian dipecat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad sebelum Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998. Beliau antara sebahagian pemuda UMNO yang mengadakan demonstrasi dari Masjid Negara ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Ketika itu media arus perdana menuduh beliau memecahkan pintu PWTC.[3]
Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Syed Hamid Albar (bekas Menteri Luar Malaysia). Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000 dan menang.[4]
Semasa masih berada dalam UMNO beliau juga mengambil bahagian dalam satu protes pada tahun 1996 untuk menentang "Second Asia Pacific Conference on East Timor" di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Beliau mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan seramai 400 orang dan berdemonstrasi di hotel tersebut secara biadab kerana Saifudin mendakwa mendapat arahan dan dicabar oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.[5]. Dalam dialek Perak, Megat Junid mencabar "Kalau tidak, saya anggap Pemuda UMNO tiada telur".[5]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saifuddin Nasution telah bertanding di Parlimen Machang di Kelantan dan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah dengan memenangi majoriti yang baik.
|deadurl=
1 • ke-2 • ke-3 • ke-4 • ke-5 • ke-6 • ke-7 • ke-8 • ke-9 • ke-10 • ke-11 • ke-12 • ke-13 • ke-14
,