Yang Berhormat Tuan Lim Lip Eng merupakan seorang ahli politik dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau kini merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Kepong, Kuala Lumpur atas tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP) di dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Lim sebelum ini merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Segambut selama dua (2) penggal dari tahun 2008 hingga 2013. Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau berjaya memenangi kerusi kawasan Kepong, Kuala Lumpur. Beliau menggantikan kepimpinan Yang Berhormat Tan Seng Giaw yang telah bersara dalam arena politik.
Pada 16 Mac 2023, Lim Lip Eng telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi berjumlah RM2 juta kepada sebuah firma e-dagang MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya, Datuk Seri Jessie Lai.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati Lim Lip Eng bertanggungjawab memfitnah Lai dan MonSpace yang bertindak selaku plaintif pertama dan kedua dalam tuntutan saman difailkan mereka.
Keputusan pilihan raya
Parlimen Malaysia[1][2][3][4]
Tahun
|
Kawasan
|
Pembangkang
|
Undi
|
Pct
|
Kerajaan
|
Undi
|
Pct
|
Jumlah undi
|
Majoriti
|
Peratus unjuran
|
2008
|
P117 Segambut, Kuala Lumpur
|
|
Lim Lip Eng (DAP)
|
25,046
|
59.13%
|
|
Ma Woei Chyi (Gerakan)
|
17,314
|
40.87%
|
43,531
|
7,732
|
72.93%
|
2013
|
|
Lim Lip Eng (DAP)
|
41,383
|
65.10%
|
|
Jayanthi Devi Balaguru (Gerakan)
|
22,184
|
34.90%
|
64,052
|
19,199
|
84.69%
|
2018
|
P114 Kepong, Kuala Lumpur
|
|
Lim Lip Eng (DAP)
|
56,516
|
92.04%
|
|
Ong Siang Liang (Gerakan)
|
4,888
|
7.96%
|
61,812
|
51,628
|
85.03%
|
Rujukan
Pautan luar