Dato' Wira Haji Mahfuz Omar (lahir 25 Ogos 1957) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Pokok Sena selama empat penggal (2008-2022 dan 1999-2004) dan mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia (2018-2020). Di peringkat parti beliau ialah Naib Presiden AMANAH. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan ketika dalam PAS.
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negara ini yang dilihat menimbulkan kesukaran kepada rakyat,justeru itu PAS di bawah Dewan Pemuda menerusi Lujnah Undang-undangnya, mengambil inisiatif untuk menawarkan perkhidmatan guaman secara percuma.khidmat guaman secara percuma itu ditawarkan kepada individu yang disaman dan bersedia untuk ke mahkamah setelah menerima notis.
[2]
Isu MYKAD
Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar,menunjukkan surat pekeliling iaitu surat arahan yang didakwa dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung kad pengenalan dan MyKid.Mahfuz dalam satu sidang akhbar mendakwa JPN melalui surat pekeliling bertarikh 14 Disember lalu telah mengarahkan semua kad pengenalan yang tidak dikutip pemohon melebihi 18 bulan dihantar ke satu alamat di Keningau, Sabah.Bagaimanapun dakwaan Mahfuz Omar itu telah disiasat oleh JPN mengesahkan surat itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan jabatan tersebut.
[3]