Dato' Asmuni Awi (lahir 16 Novembed 1962) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Manjoi selama sepenggal (2018-2022) dan mantan EXCO Perak (2018-2020). Di peringkat parti beliau ialah Pengerusi AMANAHPerak.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Douglas, Ipoh, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Sekolah Raja Chulan, Ipoh dan seterusnya menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya.
Beliau pernah berkhidmat di Jabatan Kerajaan sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Jitra Kedah, Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman di Perak, Timbalan Pendakwaraya Badan Pencegah Rasuah di Kuala Lumpur dan Peguam Persekutuan Jabatan Hasil dalam Negeri di Kuala Lumpur.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai sebagai Peguambela & Peguamcara di Messrs Maxwell,Kenion,Cowdy & Jones serta Peguambela & Peguamcara di Messrs Awi & co.
Apabila Pakatan Harapan dapat memerintah negeri Perak pada Mei 2018, beliau telah dilantik sebagai Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak. Beliau dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama & Pendidikan Islam,Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan. Disamping itu beliau memegang jawatan Pengerusi Yayasan Perak sehingga bulan Mei 2020.
Oleh kerana mempunyai pengalaman yang banyak dalam pilihanraya, beliau telah dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Pilihanraya Amanah Nasional sebagai persiapan Amanah menghadapi PRU ke 15.