Abdul Aziz Bari

YB Dr.
Abdul Aziz Bari
ADN; PhD
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Tebing Tinggi
Menyandang jawatan
3 Julai 2018
Didahului oleh Ong Boon Piow
Majoriti660 (PRU-15)
3,927 (PRU-14)
Ketua Pembangkang
Dewan Negeri Perak
Dalam jawatan
12 Mei 2020 – 17 Oktober 2022
Didahului olehSaarani Mohamad
Digantikan olehRazman Zakaria
Maklumat peribadi
Lahir (1959-08-22) 22 Ogos 1959 (umur 65)
Sabak Bernam, Selangor
Parti politik DAP
Anak4
PekerjaanAhli politik

Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah bekas seorang ahli akademik, pensyarah dan pakar undang-undang berbangsa Melayu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini beliau bertugas di Universiti Selangor (UNISEL).[1] Beliau merupakan profesor undang-undang perlembagaan khasnya berkaitan perlembagaan beraja. Beliau adalah ahli akademik tunggal yang menulis tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.[2] [3] Beliau bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). [4], [5] Aziz Bari bertanding sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan menggunakan tiket DAP, bagi DUN Tebing Tinggi.[6]

Kerjaya

Abdul Aziz Bari berasal dari Sabak Bernam, menjadi pensyarah undang-undang di UIAM sejak 1989. Lebih 100 pelajar di bawahnya daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD). Antara bekas pelajarnya ialah Shamsul Iskandar Md Akin. Selepas berjaya memenangi kerusi DUN Tebing Tinggi pada PRU ke-14 tahun 2018, Aziz Bari dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak bagi sesi 2018-2023.[7]

Pandangan dan Pendapat

Beliau banyak memberi pandangan dan pendapat dalam isu-isu berkaitan undang-undang perlembagaan. Diantaranya ialah isu kontroversi penyertaan gadis islam didalam pertandingan ratu cantik Miss Malaysia, isu PPSMI dan lain-lain lagi.[perlu rujukan]

Beliau dijemput menyampaikan buah fikiran dalam 'Seminar Memantapkan Parti PAS' pada 7 November 2009. Ini ada kaitan dengan artikelnya dalam Sinar Harian pada Oktober 2009.

Abdul Aziz Bari juga menganggap Presiden PAS ,Abdul Hadi Awang sebagai "Pak Lah versi PAS" kerana kepimpinannya terlalu lemah berbanding dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat. Beliau mendakwa bahawa kepimpinan Abdul Hadi semasa menjadi presiden tidak menyerlah dan kehilangan daya tarikan. Beberapa pemimpin PAS perlu dikorbankan demi kelangsungan PAS.[8]

Beliau dilanda kontroversi sejak penerbitan rencana dalam laman web Malaysiakini yang menyatakan bahawa Akta Hasutan tidak mengharamkan kritikan Raja-raja Melayu, dan raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa [9].

Digantung tugas

Pada 20 Oktober 2011, Aziz Bari digantung tugas dan dihantar surat tunjuk sebab oleh UIA [10]. Rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan penggantungan tersebut. Beliau dilarang masuk ke pejabat dan kuncinya hendaklah diserahkan kepada pihak keselamatan UIA.[11] Penggantungan tersebut adalah penggantungan bergaji penuh.[12]

Datuk Zulkifli Noordin menyeru Abdul Aziz memohon maaf kepada Sultan Selangor kerana ulasannya biadap dan kurang ajar.[13] Senator Mohamad Ezam Mohd Nor ,bekas ketua Pemuda PKR menyeru beliau meletak jawatan dan membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam.

Pegawai PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyiasat beliau berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya. Beliau turut ditanya tentang kemahiran ICT dan artikel-artikel tulisannya.Malahan editor Malaysiakini, Jimadie Shah Othman [14] turut diminta menyerahkan artikel tulisan Abdul Aziz.

Aziz menjelaskan lagi bahawa Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.[15]Sultan Selangor mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.[16] Sultan Sharafuddin telah bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor, dan komen Abdul Aziz Bari boleh dilihat sebagai tidak senang dengan usaha baginda menentang usaha melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Ironinya, pada 1983, Dr Mahathir Mohamad meminda Perlembagaan Persekutuan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Kuasa mengisytiharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri.Pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.[17][18]

Sekumpulan mahasiswa khususnya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah menyatakan sokongan mereka terhadap beliau dan membantah penggantungannya. [19] Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin mengajak alumni universiti itu mengadakan protes di Masjid UIA di Gombak selepas solat Jumaat, 21 Oktober 2011.

Rujukan

  1. ^ Controversial Aziz Bari returns to academic life.
  2. ^ "Pakar perlembagaan akan saman Utusan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-19. Dicapai pada 2011-10-20.
  3. ^ http://www.iium.edu.my/laws/staff_print.php?uid=50[pautan mati kekal]
  4. ^ "Aziz Bari Bertanding Di Sabak Bernam Atas Tiket PKR". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada 2014-01-20.
  5. ^ "Aziz Bari bertanding satu lawan satu di Sabak Bernam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-02. Dicapai pada 2014-01-20.
  6. ^ "Aziz Bari menang di Tebing Tinggi". Sinar Harian. 10 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  7. ^ "Aziz Bari, Nizar dilantik exco, Zainol Fadzi tidak tersenarai". Utusan Online. 19 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018. ADUN Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari merupakan antara lima wakil rakyat DAP yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di sini hari ini
  8. ^ ""Kepemimpinan Hadi jadi isu panas", Malaysiakini.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-13. Dicapai pada 2009-11-07.
  9. ^ Aziz Bari: Tidak salah kritik Raja-raja. Malaysiakini.
  10. ^ UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari. Malaysiakini, 20 Oktober 2011
  11. ^ "UIA suspends Aziz Bari". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada 2014-01-20.
  12. ^ "Jika Hendak Sokong Janganlah Bersikap Double Standard". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada 2021-09-22.
  13. ^ "Zul Noordin cabar Aziz Bari bertanding dalam PRU". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-20. Dicapai pada 2011-10-20.
  14. ^ "Dakwaan hina Sultan: SKMM siasat prof, Mkini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-19. Dicapai pada 2011-10-20.
  15. ^ "UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-22. Dicapai pada 2011-10-20.
  16. ^ "Pakar perlembagaan akan saman Utusan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-19. Dicapai pada 2011-10-20.
  17. ^ "Pakar: Siapa kurang ajar pada raja-raja Melayu?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-19. Dicapai pada 2011-10-20.
  18. ^ "Abdul Aziz Bari: Majoriti yang sokong saya Melayu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-22. Dicapai pada 2011-10-20.
  19. ^ Penggantungan Aziz Bari: Mahasiswa demo esok Diarkibkan 2011-10-23 di Wayback Machine Free Malaysia Today, 20 October 2011

Read other articles:

International relations between Australia and Latvia Bilateral relationsAustralia–Latvia relations Australia Latvia Diplomatic missionEmbassy of Australia, StockholmEmbassy of Latvia, CanberraEnvoyAmbassadorAmbassador Foreign relations exist between Australia and Latvia. Australia first recognised Latvia on 22 September 1921 and was among the first countries to re-recognise Latvia's independence on 27 August 1991. Both countries re-established diplomatic relations on 21 November 1991. Austr...

 

Vicente Martín y Soler Vicente Martín y Soler (Valencia, 2 mei 1754 - Sint-Petersburg, 11 februari 1806) was een Spaans componist. Zijn achternaam bestaat, als gebruikelijk in veel Spaanstalige landen, uit de achternaam van zijn vader en die van zijn moeder. Hij componeerde meer dan 30 opera's (waarvan er 21 bewaard zijn gebleven) en balletmuziek, waarvan vele hits waren in zijn tijd. Hoewel hij tegenwoordig nauwelijks nog bekend is, was hij in zijn tijd niet minder beroemd dan zijn tijdgen...

 

Bellwood Villa Lema: Tu familia es nuestro futuro[3]​ BellwoodUbicación en el condado de Cook en Illinois Ubicación de Illinois en Estados UnidosCoordenadas 41°52′58″N 87°52′35″O / 41.8829, -87.8764Entidad Villa • País  Estados Unidos • Estado  Illinois • Condado CookSuperficie   • Total 6,21 km² • Tierra 6,21 km² • Agua (0 %) 0 km²Altitud   • Media 192 m s. n. m.Población (20...

العصر البرمي قك ك أ س د ف بر ث ج ط ب ن Permian الرمز P المقطع النموذجي بيرم ( روسيا) المستوى الزمني عصر/نظام الحقبة الحياة القديمة -الدهر البشائر علم الطبقات البداية 298.9 ± 0.15 م.س.مضت النهاية 251.902 ± 0.024 م.س.مضت المدة 46.998 م.س تقريبا الفحمي الثلاثي   الحياة الوسطى خطأ لوا في وحدة:Ma...

 

Kitarō NishidaLahir(1870-05-19)19 Mei 1870Unokema, Ishikawa, JepangMeninggal7 Juni 1945(1945-06-07) (umur 75)Kamakura, Kanagawa, JepangKebangsaanJepangAlmamaterUniversitas TokyoEraFilsafat abad ke-20KawasanFilsafat JepangAliranMazhab KyotoInstitusiUniversitas KyotoMinat utamaBuddha Zen, filsafat moralGagasan pentingLogika bashoketiadaan mutlak[1] Memengaruhi Hajime Tanabe Nishitani Keiji Miki Kiyoshi Tosaka Jun Masao Abe Shin'ichi Hisamatsu Shizuteru Ueda Kitarō Nishi...

 

Sidang RuSHAHari pertama dari Persidangan RuSHA, 20 Oktober 1947Dakwaan7 Juli 1947, NurembergDiputuskan10 Maret 1948 Sidang RuSHA (secara resmi, Amerika Serikat vs. Ulrich Greifelt, dkk.) adalah persidangan terhadap 14 pejabat SS yang dituduh melaksanakan kebijakan rasial Nazi. Ini merupakan persidangan kedelapan dari dua belas persidangan yang diselenggarakan di Nuremberg oleh otoritas Amerika Serikat untuk kejahatan perang Nazi setelah berakhirnya Perang Dunia II. Keduabelas persidangan ini...

United States historic placeWaban Library CenterU.S. National Register of Historic Places Waban Library CenterShow map of MassachusettsShow map of the United StatesLocation1608 Beacon St., Newton, MassachusettsCoordinates42°19′37.5″N 71°13′46.0″W / 42.327083°N 71.229444°W / 42.327083; -71.229444Built1929ArchitectDensmore, LeClear & RobbinsArchitectural styleTudor RevivalMPSNewton MRANRHP reference No.90000037 [1]Added to NRHPFebru...

 

Studies of the nature of technology The philosophy of technology is a sub-field of philosophy that studies the nature of technology and its social effects. Philosophical discussion of questions relating to technology (or its Greek ancestor techne) dates back to the very dawn of Western philosophy.[1] The phrase philosophy of technology was first used in the late 19th century by German-born philosopher and geographer Ernst Kapp, who published a book titled Elements of a Philosophy of T...

 

The Orbital Debris Co-ordination Working Group (ODCWG) is one of the working groups of the International Organization for Standardization's Technical Committee 20/Subcommittee 14 TC20/SC14 Spacecraft Systems and Operations. History The Orbital Debris Co-ordination Working Group was formed by unanimous agreement at the May 2003 Plenary meeting of TC20/SC14.[1] Description The ODCWG recognizes that the mitigation of orbital space debris is an international concern, thus international, c...

La Malesia britannica nel 1922      Stati malesi non federati      Stati malesi federati      Stabilimenti dello Stretto Il termine Stati malesi non federati (in malese: Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu) fu il nome collettivo dato ai cinque stati sotto la protezione britannica nella penisola malese della prima metà del XX secolo. Questi stati erano Johor, Kedah, Kelantan, Perlis e Terengganu. A differenza degli St...

 

Ministério do Exército Bandeira do Ministro do Exército Organização Natureza jurídica Ministério Dependência Governo Federal do Brasil Documentos institucionais Decreto de 2 de maio de 1822[1] Lei 23, de 30 de outubro de 1891[2]Decreto-lei 200, de 25 de fevereiro de 1967[3] Localização Jurisdição territorial Brasil Sede Rio de Janeiro / Brasília Histórico Criação 2 de maio de 1822 Extinção 9 de junho de 1999 Emblema do Ministério da Guerra em 1956 Sede do então Ministério...

 

This article is about a media player in Sony Walkman product line. For information about the generic item, see Walkman. Sony Walkman X seriesNWZ-X1060ManufacturerSony CorporationTypePortable Media PlayerOperating systemSony Proprietary OSStorage16 GB (NWZ-X1051)32 GB (NWZ-X1061)Display3 OLED Touch Screen432x240 262,144 ColorsConnectivityWM-PORTUSB 2.0 CompliantWi-Fi (IEEE 802.11b/g)PowerLi-Ion BatteryNon User ReplaceableDimensions2.13 x 3.87 x 0.38 inchesMass3.5 oz.SuccessorSony Walkman Z ser...

Animated television space Western For Japanese version of Saber Rider and the Star Sheriffs, see Bismark (anime). Saber Rider and the Star SheriffsScreenshot of the title screen from Saber Rider and the Star SheriffsGenreSpace Western, mechaCreated byWorld Events ProductionsBased onStar Musketeer Bismarkby Studio PierrotDirected byFranklin CofodVoices of Rob Paulsen Pat Fraley Townsend Coleman Pat Musick Peter Cullen Music byDale SchackerCountry of origin United States Japan Original language...

 

Pondok KelapaKecamatanNegara IndonesiaProvinsiBengkuluKabupatenBengkulu TengahPemerintahan • Camat-Populasi • Total28.609 jiwaKode pos38382Kode Kemendagri17.09.03 Kode BPS1709050 Desa/kelurahan22 Pondok Kelapa adalah sebuah kecamatan di Kabupaten Bengkulu Tengah, Bengkulu, Indonesia. Kecamatan ini berjarak lima km dari ibu kota provinsi. Sementara jarak ke pusat pemerintahan kabupaten mencapai tujuh km. Pondok Kelapa memiliki luas wilayah 165,20 km2, yang terdiri ...

 

2004 American science fiction drama film directed by Shane Carruth PrimerTheatrical release posterDirected byShane CarruthWritten byShane CarruthProduced byShane CarruthStarring Shane Carruth David Sullivan Edited byShane CarruthMusic byShane CarruthProductioncompanyStudioCanalDistributed by THINKFilm IFC Films Release date October 8, 2004 (2004-10-08) Running time77 minutes[1]CountryUnited StatesLanguageEnglishBudget$7,000[2]Box office$841,926[3] Primer...

Marquesado de Santa Marta Corona de MarquésPrimer titular José Antonio Herrera y LoaysaConcesión Felipe V19 de junio de 1746Actual titular Juan José Mesía y Medina[editar datos en Wikidata] El marquesado de Santa Marta es un título nobiliario español creado el 19 de junio de 1746 por el rey Felipe V a favor de José Antonio Herrera y Loaysa, capitán de navío de la Real Armada.[1]​ Marqueses de Santa Marta Titular Periodo Creación por Felipe V I José Antonio Herrera ...

 

This article has multiple issues. Please help improve it or discuss these issues on the talk page. (Learn how and when to remove these template messages) The topic of this article may not meet Wikipedia's notability guideline for music. Please help to demonstrate the notability of the topic by citing reliable secondary sources that are independent of the topic and provide significant coverage of it beyond a mere trivial mention. If notability cannot be shown, the article is likely to be merge...

 

Internet divide for communication technology The digital divide is a term used to describe the disadvantage in access to information which people without access to ICT suffer.[1] Nigeria's digital divide refers to the inequality of Nigerian individuals, groups, or organizations with regard to access to Information and communications technology (ICT) infrastructure or to the internet for daily activities.[2] The digital divide has been attributed to many factors among which is ...

MRTรถไฟฟ้ามหานคร Платформенные раздвижные двери на станции Силом (станция)[en] Описание Страна Таиланд Расположение Бангкок Дата открытия 3 июля 2004 Эксплуатант Mass Rapid Transit Authority of Thailand[d] Сайт bangkokmetro.co.th Маршрутная сеть Число линий 2 Число станций 42 Технические данные Ш...

 

Arusukmono Indra SucahyoWasekjen PPAL Informasi pribadiLahir10 November 1962 (umur 61) IndonesiaKebangsaan IndonesiaAlma materAkademi Angkatan Laut (1985)Karier militerPihak IndonesiaDinas/cabang TNI Angkatan LautMasa dinas1985—2020Pangkat Laksamana Muda TNISatuanKorps PelautSunting kotak info • L • B Laksamana Muda TNI (Purn.) Arusukmono Indra Sucahyo, S.E., M.M. (lahir 10 November 1962) adalah seorang Purnawirawan TNI-AL yang sekarang menjabat sebagai Wasekjen...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!