Pada tahun 2004, beliau telah menang besar selepas mendapat undian tertinggi untuk salah satu jawatan tertinggi UMNO[4][5] dan seterusnya telah mendapat jawatan tersebut. Beliau juga dilihat sebagai seorang calon yang berpotensi untuk menjadi Naib Presiden Bahagian Pemuda UMNO. Tetapi, beliau menarik diri daripada pencalonan.[6] Abang beliau, Mokhzani juga seorang yang bergiat aktif dalam UMNO.
Beliau secara berterusan bercakap bagi pihak bapanya mengenai isu perbalahan antara bapanya dan Abdullah Ahmad Badawi.[7][8] Pada 2006, beliau telah menang majoriti lima undi di dalam pemilihan UMNO Bahagian Kubang Pasu. Beliau mempertahankan bapanya yang telah kalah di dalam pemilihan tersebut dengan mengatakan bahawa terdapat konspirasi yang mahu menjatuhkan bapanya.[9]
Namun begitu, dalam pilihan raya umum 2008, beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Jerlun (P005).[10][11] Sebelum ini, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi, tetapi keinginannya telah dibantah oleh 85 daripada 91 cawangan UMNO di Langkawi.[12] Tetapi kemudian, banyak pemimpin di Langkawi menyokongnya. Berbeza pula dengan UMNO bahagian Jerlun yang mengalu-alukan beliau untuk bertanding kerusi Parlimen dan mereka berjanji untuk memberi sokongan penuh dalam pilihan raya akan datang.[13]
Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding dengan menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding untuk kawasan parlimenJerlun, Kedah. Beliau telah memenangi pertandingan tersebut dengan mendapat undi sebanyak 19,424. Calon lawan beliau ialah Idris Bin Ahmad daripada parti PAS dengan undian sebanyak 17,219. Peratus pengundi yang keluar ialah 99.8% manakala undi rosak sebanyak 599.
Menteri Besar Kedah (2013–2016)
Pada pilihan raya 2013, Mukhriz melepaskan kerusinya di parlimen persekutuan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam. Langkah itu diambil dengan tujuan untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional boleh mengalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Azizan Abdul Razak. Mukhriz memenangi kerusi Ayer Hitam mengalahkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sekaligus merampas semula kerajaan negeri Barisan Nasional, dan Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya, di hadapan bapanya.[14] Pada 3 Februari 2016, beliau mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar selepas majoriti ADUN BN mengisytiharkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
Kembali sebagai Menteri Besar Kedah (2018–2020)
Pada pilihan raya 2018, Mukhriz bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra. Mukhriz memenangi kerusi Jitra mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sekaligus membentuk kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH), dan Mukhriz mengangkat sumpah sebagai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit. Ini kali kedua Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah dengan yang pertama ketika bersama Barisan Nasional (BN) selepas parti itu merampas penguasaan negeri daripada PAS melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).[15]
Pada 17 Mei 2020, beliau telah mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah kerana kehilangan sokongan majoriti daripada ADUN.[16]
Pelucutan keahlian BERSATU
Pada hari Khamis 28 Mei 2020, Mukhriz bersama empat orang ahli BERSATU yang lain telah digugurkan keahlian masing-masing kerana keengganan duduk di bangku kerajaan malah duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei.[17][18]
Kerjaya perniagaan dan kehidupan peribadi
Beliau pergi ke Universiti Sophia, Tokyo pada tahun 1982, di mana beliau menerima ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan. Beliau kemudiannya menerima ijazah sarjana muda dalam pemasaran selepas menamatkan pengajian di Universiti Boston pada tahun 1987.[19][20]
Beliau banyak mengadakan hubungan perniagaan yang besar seperti Opcom Holdings,[21][22] Kosmo Tech[23] atau lebih dikenali sebagai Persatuan Francais Malaysia.[24] Selain itu, beliau juga berketurunan India Muslim dan pengarah eksekutif dalam Perdana Peace Global Foundation.[25]
Mukhriz berkahwin dengan Datin Paduka Norzieta Zakaria pada 14 November 1993,[26] dan mempunyai empat anak. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat vaksin kanser Malaysia, Bioven.[27]
Pada 27 Ogos 2020, Mukhriz mengesahkan anaknya, Meera Alyanna binti Mukhriz ditahan oleh polis di sebuah pub kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Beliau berkata, Meera Alyanna bagaimanapun sudah membayar kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut.[28] Pada 28 Ogos, Meera Alyanna memohon maaf.[29]
Mukhriz telah berkahwin dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi bagi Bioven, sebuah badan pertubuhan vaksin bagi kanser.